Iklan! Iklan! Sila Click!

08 August 2011

Jika Ingin Bersedekah, Sedekahkan Apa Yang Kita Sayang

Sejahteralah ke atas kamu....

Saya hanya memanjangkan pesan dan nasihat orang kepada saya. Seorang ustaz pernah berkata, jika kita ingin bersedekah, bersedekahlah dengan apa yang kita paling sayang atau suka, bukannya sesuatu yang kita sendiri dah tak mau. Contoh yang ustaz berikan, seperti peniaga-peniaga bazar Ramadhan...... Bila juadah yang mereka jual sudah tak laku, mereka akan humban semua makanan tu ke masjid atau surau seolah-olah masjid itu majlis perbandaran'Bahagiann Logistik'. Kalau nak bersedekah, lebih afdal sekiranya mereka ketepikan dahulu satu bahagian untuk masjid sebelum memulakan perniagaan, kemudian selebihnya buat berniaga. Ada berani?

Kita pun selalunya mempelawa kawan-kawan dengan makanan yang kita sendiri dah tak habis makan atau sesuatu yang kita memang tak suka makan, ye dok? Contohnya kita beli karipap di waktu pagi 3 ketul. Sampai ke petang, kita hanya habiskan 2 biji saje. So, tinggal sebijik je lagi. Waktu tu baru kita nak pelawa kawan sebelah untuk makan karipap tu. Huuhhh... Buruk sungguh perangai. Cuba kita pelawa masa karipap tu masih ada 3 ketul di pagi-pagi hari. Kan lebih manis dan beradab?

Contoh sedekah yang baik; katakan kamu makan tomyam. Kawan2 kita tak makan tomyam, makan benda lain. Dalam tomyam tu, part yang paling best ialah udang besar. Boleh kamu pelawa kawan kamu udang itu? Dan jika kawan kamu terliur dan inginkan udang itu, boleh kamu bagi dengan rela hati? Sanggup kamu pelawa kawan kamu makan coklat Beryl's yang kamu beli hanya 2 ketul kepada kawan kamu untuk berikan 1 kepada dia? Ada yang sanggup. Saya tau. Kawan2 saya ada yang begitu. Nama dia Ijan. Hahaha. Aku asyik promote Ijan je. Nampak sgt aku rindu kat dia sebab dia cuti bersalin. Tapi ada juga yang tak sanggup. Aku pun tau juga. Ak sendiri? Erm.. kadang2 sanggup, kadang2 tidok. Kehkeh. Biasa le. Manusia.

Atau, lebih bertambah afdal lagi, jika kita memang berniat untuk belikan kepada kawan. Contoh kita beli karipap 4 ketul, 2 untuk kita makan, 2 lagi untuk berikan kepada kawan2. Saya kalau makanan tak habis, saya jarang pelawa kepada orang. Kalau tak habis di ofis, saya akan bawa balik. Dan kalau saya nak berikan kepada kawan-kawan, saya memang dah siap2 beli banyak untuk mereka makan bersama-sama, bukan saya makan dulu, bila dah puas makan dah penuh perut, baru pass kat kawan2. Itu buruk namanya.

3 comments:

  1. betul.. kalau nak buktikan keikhlasan tu beri la ape yg kite syg kan.. :)

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...