Skip to main content

Isu Melayu Murtad, Hina Islam

Sejahteralah ke atas kamu...

Saya tidak mahu memasukkan sebarang gambar atau imej tentang apa yang mereka tulis. Kalau kamu nak tahu, sila rujuk di SINI . Itu satu contoh je. Sebenarnya banyak lagi yang macam ni seperti Salleh Gregor, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara dan lain-lain. Tapi tak perlu la saya promote blog mereka. Nanti tak memasal saya jadi 'pendakwah' mereka secara tidak langsung.

Pendapat saya, orang-orang yang begini adalah orang-orang yang jiwa mereka sakit, tetapi mereka tidak sedar. Mereka memaki Allah, mereka ingat mereka dapat apa? Allah Yang Maha Agung, sedikit pun tidak terjejas.

Surah An-Nisa, Ayat 170 yang bermaksud; "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang Rasul (Muhammad) itu kepadamu dengan (membawa) kebenaran dari Tuhanmu, maka berimanlah kamu, itulah yang lebih baik bagimu. Dan jika kamu kafir, (maka kekafiran itu tidak merugikan Allah sedikitpun) karena sesungguhnya apa yang di langit dan di bumi itu adalah kepunyaan Allah[382]. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

Mereka ni semua... kalau mereka nak cakap apapun, nak menyangkakan apa yang mereka pegang dan buat itu adalah betul sampai merasakan diri mereka hebat tanpa Allah... Memang kesian la mereka. Kita ni sebagai hamba Allah, jika kita taat dan patuh kepada Allah, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan apa yang Dia larang, Allah tetap Maha Tinggi, tak kira kalau kita patuh atau ingkar, Allah tak perlukan kita pun. Dia menjadikan kita untuk hidup di muka bumi ni bukan untuk memberi manfaat apa-apa jua kepada Dia.

Jadi, manusia tak perlu nak berlagak sombong kononnya nak ingkar perintah Allah. Kalau manusia mati ke, hidup ke, Allah tetap juga Agung, tetap Hebat. Sama juga jika manusia ingkar, atau derhaka terhadap perintah Allah, Allah tidak akan rugi apa-apa pun. Yang rugi hanya manusia-manusia yang lalai dan ingkar tu juga.

Para blogger semua, kita boleh merasa marah dengan cacian orang-orang yg lebih sesat daripada binatang ternak ini, tetapi jangan jatuhkan reputasi kita sebagai umat Islam yang taat. Membalas balik caci-maki mereka seolah-olah mendedahkan kelemahan umat Islam sendiri yang 'cepat melatah', tetapi hanya berani bertekak dan berlawan cakap sahaja. Kalau kamu betul-betul sayangkan Islam, mantapkan diri sendiri dan bangkitkan Islam serta bersatu di atas nama Islam, bukan di atas nama parti politik atau individu berkepentingan tertentu. Bila kita dah kuat dan bersatu, baru la mereka-mereka yang menghina Islam ini akan dapat dibanteras dengan mudah. Tiada siapa lagi yang akan berani nak main-main atau mempertikaikan agama Islam selepas ini.

Tapikan... apa yang saya terfikir... dia ni [merujuk kepada Makcik Hajjah Sitt], takde keja lain ke? Apa yang ada dalam fikiran dia yer? Hidup dia seolah-olah, bangun pagi memang tujuannya hanya untuk memaki hamun agama Islam? Seperti kerjaya. Kalau tengok pengetahuan dia tentang Islam, nampak mcm pandai. Banyak yang dia tau tentang Al Quran dan Hadis. Tetapi cara dia menterjemahkan maksudnya tu yang merosakkan fikiran dia. Saya tak kata saya ni kalau mati esok confirm dapat masuk syurga. Mana la kita tau nasib masing-masing kan? Cuma, saya nak cakap... Makcik Hajjah ni..kesian la dia. Dia buat kerja yang sia-sia.

Comments

  1. suka dengan ulasan awak ni...

    mohon nak share boleh?

    Permainan SEO

    ReplyDelete
  2. nice entri.. dan awak2.. kadang2 saya terfikir kewujudan blog2 dan orang sebegitu sengajakah untuk mengalihkan perhatian kita? menunjukkan sikap segelintir muslim yg kurang sopan..
    seperti yang awak katakan.. kite perlu bersatu, perlu menambahkan ilmu2 ukhrawi dan duniawi untuk melawan mereka ni dengan berhikmah serta kemenangan..

    ReplyDelete
  3. MoneyMaker : Silakan share. Saya suka.

    Si Pengembara : Betul tu. Mereka sengaja nak provoke org Islam utk buktikan umat Islam ni lemah seperti buih. Ramai, tetapi mudah hancur. Berkumpul dan nampak putih, tp bila badai dtg, semuanya lari bertempiaran.

    ReplyDelete
  4. kes makcik hajjah tu kn,.err,sebenarnye xsanggup nk pnggil dgn gelaran cmtu,.layak ke?,.ermm,.agknye die tu bljr tggi2 ilmu agama ni cume xabes kot,.dn mybe hdupnye xtnteram,.sbb tu die asik nk salahkn Islam je,.pdhal die xtau ape kesan dn akibat bruk,.pape pon,doakn yg trbaik buat kite sume,.dn jg buat die,.:)

    ReplyDelete
  5. pilih yesus yang tidak pernah melkukan dosa atau muhamad yang kawin ramai (tidak mampu kawal nafsu), membunuh, mengajar umatnya melakukan kejahatan dan banyak lagi..? fikir2 la

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya