Skip to main content

Cerita Bulan Puasa

Sejahteralah ke atas kamu..

Hari ini 11 Ogos 2011, bermakna sudah 11 hari umat Islam berpuasa [kecuali bagi perhiasan dunia yang uzur syar'i]. Bagus juga tahun ini 1 Ramadhan jatuh betul-betul pada 1 Ogos. Senang nak kira berapa hari kita puasa, tak gitu? *pastu ramai-ramai jawab, "gitu-gitu-gitu".

Setiap orang yang berpuasa, mesti ada makanan feveret masing-masing bila tiba bulan Ramadhan ye tak? Makanan feveret saya time bulan puasa ialah, tak ada. Huhu. Tahun ni, saya hanya pegi sekali je kat pasar ramadhan. Beli kuih-muih je. Pastu selainnya masak sendiri kat rumah, ala kadar. Bukan apa, saya ni bahaya sikit. Ada penyakit. Penyakit takleh-tengok-saje-mesti-nak-beli-pastu-tak-habis-then-buang. BFF syaiton sungguh sikap sebegitu. So, sebab tu saya tak suka pegi pasar ramadhan selain dari sebab sesak dan ramai orang.


Apa saya nak citer ni sebenarnya? Erm... takde idea la. Pekata kalau saya tanya soalan, then saya jawab je sendiri. Ehehehe...


1. Ramadhan yang paling mencabar keimanan?
- Semasa tunggu result SPM, sebab tolong kakak saya goreng kuih tempeyek untuk tempahan raya. Fuhh... Panas sungguh bertenggek tepi dapur gas, dalam keadaan berpuasa dan tidak bersahur. [Sape suruh ko tak sahur??!! Masa tu saya memang tak biasa bersahur. Makan sekali je pada waktu berbuka pastu, dah. Sebab tu dulu aku kuruihhhh... mak aihh.. skrg je tak kuruih..]

2. Ramadhan yang paling bahagia?
- Semestinya Ramadhan tahun ini... Kerana kali pertama berpuasa dengan suami. Tak perlu komen panjang-panjang la kan. Nanti ada yang meluat. Lagipun tak penting pun untuk diceritakan. Sebab alasannya bahagia itu sangat tipikal seperti semua orang yang sudah berumahtangga. So, berenti di sini saje.

3. Ramadhan yang paling seronok tak hingat?
- Masa zaman sekolah dan tinggal di asrama. Merasa le juga berpuasa sebagai anak terbiar yg berjauhan daripada keluarga, makan lauk-lauk hostel yang sungguh tak va-va-vroom, tapi takde pilihan lain kena makan jugak kalau tidak kebulur takde sape peduli. Waktu tu, semua orang sama. Sebelum berbuka dah chop tempat kat dewan makan, amik makanan siap-siap, tanda tempat dengan botol air atau barang-barang peribadi yang tak berharga untuk memberitahu orang bahawa 'tompek ini den yang punyo'. Lepas dah tanda tempat, main bergalok kt court bola tampar depan asrama pompuan, main kejor-kejor sampai ada yang jatuh tersagat hidung kat simen jalan tar. Ishh... sadis. Dah la nak raya. Sorry Waki. Aku cerita pasal ko. Hahaha.. Tapi ko memang 'world'.

4. Ramadhan semasa kanak-kanak?
- Seumur hidup saya, saya tak pernah puasa penuh sebulan. Masa belum baligh banyak mengelat. Pastu bila dah baligh, memang confirm tak dpt puasa penuh walaupun teringin nak puasa penuh. Hahahaha... Saya ni memang mengade-ngade. Anak bongsu plak tu. Lagipun mak saya bukan jenis yang paksa anak puasa [anak yang belum akil baligh la.]. Kalau larat, buat. Kalau tak larat berbuka la. Dan mak saya pun takde ajar kalau puasa penuh, dapat duit ke apa. Tu semua takde dalam diari hidup mak saya. Beliau sangat cool. Yelah, asalkan boleh latih saya puasa dan puasa dengan ikhlas sudahlah kan. Kuantiti tu tak perlu. Yang perlu adalah kualiti. Sebab tu la saya ni bila dah besar, saya jadi manusia yang berkualiti. Sungguh 'berkuali...ti'. Hahahah... macam halal...

5. Ramadhan yang paling disia-siakan seumur hidup?
- Bulan Ramadhan pada tahun 2008 dan 2009. Tu paling suwey skali dlm hidup. Masa tu memang saya alpa, lalai, leka, berlagak bagus dan semua perkara-perkara tak best. Tengok le masa tu saya berkawan dgn sape. Tapi bukan salah dia jugak, tapi salah saya sebab lupa daratan. Saya sungguh hina pada waktu itu. Banyak dosa. Duit banyak dibazirkan dengan berbuka pose dia tempat-tempat bajet bagus. Saya puasa tapi macam tak pose. Huuhuu... Pengsan.

6. Ramadhan paling sunyi?
- Pada tahun 2010. Masa ni saya berbuka puasa mostly sorang2 je kat rumah. Sahur sorang2. Housemate saya masa tu jarang balik juga. Sebab dia dah ada special someone pada waktu itu sedangkan saya tiada special someone. Beras jati speacil pun takde. Sadis betul aku waktu tu. Huhu...

Lainkali lah sambung. Nak balik dah. Babai.

Comments

  1. hehe.. bestnyer bila hingat2 ramadhan yang lepas2.. nexx pun nak hingat2 jugak ler,.. walopun asenye tiap tahun cam same jer huhuh

    ReplyDelete
  2. Sila nexx. Sila update blog dgn entry baru. Akakkkk nak baca. Cepat!!! ko update skrg.. ~Saiko. ngehngeh.

    ReplyDelete
  3. Salam;
    bagi aku...Ramadhan zaman kanak2 paling indah...

    ReplyDelete
  4. Pembetulan ye, bukan sagat kt simen tapi kat jalan tar, tu yang dapat chop garis-garis jalanan kat hidung. Tapi sbb kes tu la en stormpong ko ada tolong aku sapu sampah dalam kelas, tu pun sebab dia tgk aku terkial-kila pegang penyapu sebelah tangan. Maklumle, sblah tangan lagi tutup hidung yg dah calar balar. Aku rasa dia tolong sbb dia nak duduk tp bwh meja dia kotor lagi, nak tunggu aku sapu konfirm lamabt. huhu.

    ReplyDelete
  5. puasa 2010 aku tgh bz meng'prepare' brg2 nk bertunang... sori ek bff huhu

    ReplyDelete
  6. Puteri : Takpe..Takpe... Dah lepas dah tu... Aku sgt memahami situasi ko pada waktu itu.. well...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya