Iklan! Iklan! Sila Click!

18 August 2011

Amboi, Bukan Main Seronok Nak Raya Kan?

Sejahteralah ke atas kamu...

Isnin lepas, Waki sms saya. Tanya saya dapat tak separuh gaji yg kerajaan beri untuk raya ni. Memang confirm jawapannya ialah 'tidok'. Pastu Waki kata nak share dengan saya duit gaji yang beliau dapat. Saya ok je. Sape je yang giler sangat tanak duit kan? Then Waki transfer ke akaun saya.

Walaupun amaunnya tidaklah sebesar mana, tapi saya sangat suka dan bersyukur. Sebab ada rezeki Allah berikan kepada saya. Juga rasa terharu bila Waki ingat pada saya. Wooo.wwoooo...wooo... Nanges~! Saya ni je la yang selalu tak ingatkan Waki. Haihh... Membazir je dapat kawan macam saya ni.

Kita ni kan.. bila dapat duit, mula la macam-macam plan yang timbul di kepala otak, "Apa la aku nak buat dengan duit juta-juta yang aku dapat ni?". Saya pun sama la. Terfikir macamana saya nak manfaatkan pemberian BFF saya tu. Nak bayar duit tempahan baju raya ke? Nak beli barang-barang untuk buat biskut raya ke? Nak bayar broadband ke? Atau nak buat belanja balik kampung? HUh! Bermafaat le sangat gayanya.

Tengah berangan dalam keadaan yang sungguh tekun, tetiba hati rasa tersentap bila tengok blog Ben Ashaari. Beliau kongsikan video tentang penderitaan saudara-saudara seIslam kita di Somalia. Tak makan. Yang kanak-kanak pula kurus kering dihurungi lalat. Sesape yang ada anak, cuba la bayangkan anak-anak kamu yang sihat walafiat tu tetiba kurus kering tak cukup makan dan dihurungi lalat. Sedih tak hati? So, mcm itu le juga perasaan mak-mak kepada anak Somalia tu. Nak menyusu badan pun susu kering.



Kita biasa dengar tentang Somalia kebuluran. Kita biasa tengok gambar anak-anak yang kurus keding tu, dan kita akan insaf. Tapi insaf kita itu sungguh la seketika. Kita akan rasa simpati dan bersyukur sebab anak-anak kita tidak jadi begitu, tapi sekadar simpati je la kan? Takde pun usaha apa-apa nak membantu. Ye dok?

Kat Malaysia pun ramai jugak orang susah. Kalau kita nak derma kepada rakyat Somalia pun biar la lepas habis orang miskin kat Malaysia ni kan? Bagus juga azam itu, cuma yang tak bagusnya kita tak sumbangkan juga untuk rakyat miskin negara kita kan? Haah.. saya dah start membebel ni payah ni. So, elok stop dulu la.

Jadi, pembaca semua.... kalau ada sedikit rasa simpati dan rasa ingin berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita dengan saudara Islam kita yang memerlukan, jangan fikir panjang... Lawat website IRM[Islamic Relief Malaysia] ni dan derma. Kalau tak mampu nak derma RM10,000, derma RM10 pun boleh. Senang je. Bleh derma melalui MaybankTuYu. Click je pada button 'Make A Donation' pastu ikut je arahan. Bulan Ramadhan ni kan elok bersedekah. Even kalau dah bayar zakat pun apa salahnya derma. Zakat tu zakat le. Derma lain plak ganjarannya.

Untuk Waki, aku dah sumbangkan semua duit raya yang ko bagi tu ke sini. Memanjangkan sedekah bak kata Ijan.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...