Skip to main content

Iklan Yang Paling....

Sejahteralah ke atas kamu....

Suka tengok iklan tak? Maksud saya iklan kat TV. Dulu saya paling benci bila tiba waktu iklan [commercial break]. Now saya dah tak berapa benci. Bergantung juga la iklan apa. Ada iklan yang best, yang kelakar. Tak kurang juga ada iklan yang bila tengok je rasa nak bagi penyepak je.

So, kat sini saya nak buat Anugerah Iklan LydSunshine. Anugerah ni tak penting pun, tapi saya suka. Dan mungkin juga kamu tengok iklan tu tak rasa apa-apa seperti yang saya rasa. Tak kisahlah. Tapi saya nak jugak share dengan korang pendapat saya tentang iklan-iklan ni;

Iklan Paling Kelakar - Iklan Colgate Plax Mouth Wash. Ingat tak iklan ubat kumur Colgate ni. Yang sepanjang hari kena kumur sampai tak boleh bercakap tu. Kena saman, nak merayu polis pun sambil kumur, nak potong rambut kena gunakan bahasa isyarat nak ceritakan style rambut tu sebab mulut sibuk berkumur then nak order air pastu nak request minuman tu macamana pun guna bahasa isyarat last-last ada orang tak dapat sabar, hempas Colgate Plax kat depan muka dia. Kalo tengok betul-betul iklan tu kelakar giler.

Iklan Paling Menghiburkan - Iklan Corntoz. Ekspessi Dirimu. Iklan tu kisahnya ada satu kaple lelaki dengan pompuan tengah berdating atas tangga [mesti la kaple lelaki dengan pompuan. Kalo sama jantina kang semacam plak keadaannya ye tak? hukhuk]. Mula-mula boifren dia bergurau letak corntoz kat mulut dia macam taring. Pastu gepren dia tersipu-sipu, pandang belakang, tetiba bila dia pusing boipren dia semula, tgk-tgk mulut pompuan tu penuh dengan corntoz jadi gigi yg penuh mulut. Then boipren dia jatuh tergolek-golek jatuh tangga.


Iklan Paling Annoying - Iklan Horlick Versi Bulan Ramadhan. Haaaaa... Marsha tauuuuuuu.... Kehkehkeh... Tapi iklan ni adalah iklan feveret kawan saya JekJan... Sebab dia minat kat Marsha tu. Comel katanya. Tak dinafikan budak tu comel, sebab kanak2 semua comel. Tapi... eiii.. macam bleh naik darah je biler dengar suara dia tu.

Iklan Paling Comel - Iklan Oreo. "Ayah, boleh tolong bukakan Oreo ini untuk saya.". "Jadi, apa yang ayah dapat?". "Dapat kongsi satu rahsia.". ~Pelakon kanak-kanak di dalam iklan itu sungguh comel dan cool... Terutamanya semasa dia kenyit mata. Jatuh cinta aii tengok yu know..

Iklan Yang Bajet Comel Tapi Tak Comel - Iklan KFC [lama punya] yang jalan cerita dia, sorang anak pompuan berusaha nak sediakan makanan utk mak dia sebab tak nak mak dia penat, tapi last-last makin menyusahkan je, telur pecah, tepung bersepah sana-sini.. Tp tu ok lagi. Masih sweet. Tapi bila parents dia ajak pegi makan KFC, then dia ckp ayat, "Esok nak masak macam ni juga lah"... Saya rasa mcm ...eiii..eii... tak pandai berlakon budak tu. Hahahahaha...

Iklan Yang Beri Mood Ceria - Iklan Nippon Paint yang ada makhluk bulat-bulat berwarna-warni terlompat-lompat tu. COmel sgt makhluk colourful tu. Rasa cam nak bela je sekor tapi tak tau nak beli kat mana. Heheh.. Beli kat kedai cat la kan..

Iklan Yang paling Nampak Murahan - Iklan sabun pencuci Boom. "Boom, hebat.", "Boom, gempak..". Pastu yang penting, iklan tu mesti akan play 3 kali back to back. Bila tiba iklan tu, rasa mcm nak tuang sabun Boom tu dalam mulut pelakon iklan dia. Biar dia senyap. Haha.

Iklan Tak Logik Tapi Macho - Rexona Men. Eh, ye ke Rexona ye? Alaaa.. yang Remy Ishak berlakon tu. Dia kutip purse pompuan yg tercicir tu then kejar pompuan yg naik teksi tu dengan berlari merentasi bangunan. Pedooh sungguh iklan tu. Tapi suka je tgk sebab Remy Ishak nampak hensem dalam iklan tu.

Iklan Tak Logik Yang Rasa Nak Query - Iklan Fair and Lovely versi pendandan rambut. Ingat tak iklan yang pendandan rambut tu dalam hati dia nak sgt masuk majalah, tapi sebab ada bintik hitam, so dia malu.. Lepas dia pakai Fair And Lovely, baru le muka dia kuar majalah sambil diiringi lagu 'lalala...lalalala.. hmm..hmm..hmmm' yang annoying. Yang saya nak query ialah.... Kalau setakat bintik-bintik hitam tu... bukan ke boleh tutup dengan mekap? Inikan plak nak masuk magazine. Dah tentu orang akan mekapkan ko jugak sebelum buat fotoshoot. Aplaa.

Iklan Tak Logik Tapi Comel - Iklan LG kot. Tak ingat dah brand dia. Alaa... yang barang-barang letrik digunakan oleh haiwan tu. Arnab gunakan fridge dapatkan sayuran segar. Beruang kutub gunakan Microwave untuk panaskan makanan. Then penguin gunakan mesin basuh utk bersihkan bulu. Comel sangat arnab tu.

Haa.. ok la.. penat la nak fikir. Bye.













Comments

  1. Remy Ishak hensem!!! walaupon dia hitam.tp colgate plax n corntoz iklan paling best huhuhu

    ReplyDelete
  2. Selamba je minat remy ishak. Aaron Aziz lagi hensem. :p. SethTan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya