Iklan! Iklan! Sila Click!

24 May 2011

Troli Kayu. Dah Lama Tak Jumpa

Sejahteralah ke atas kamu...



Tengahari semalam saya kuar pergi Jalan TAR untuk beli beberapa barang kat kedai Bunga Reben. Dengan muka selamba ya-ya tapi ada sedikit kekesalan dan rasa berdosa, saya masuk ofis semula jam 3 ptg. Huhu.. Apa ko ingat hari tu hari Jumaat? Rehat lama? Sorry sket. Semalam hari Isnin tau tak??

Tengahari tadi pula, saya kuar lagi pergi The Mall plak. Nak survey souvenir untuk dijadikan doorgift utk kengkawan rapat yg dtg majlis kawen saya nanti. Saya survey kat Hot Market. Erm.. kira ok la jugak. Banyak barang-barang kaca yang boleh dijadikan cenderahati. Harga plak, dari RM1 ke RM5. Dah la murah, beli 1, percuma 1 plak tu. Ish..ish..ish... baik sungguh hati tokey Hot Market ni. Saya beli gelas kaca tadi harganya RM1, percuma 1. Kehkeh.. Nasib korang la kawan-kawan aku... Sebab kawan kamu ni semekin. Tak mampu nak bagi doorgift yg gempak-gempak seperti Pendrive yang built in sekali dengan pen menulis dan ada laser pointer untuk presentation plak. Huhh.. Canggih. Saya juga tak mampu nak beri jam yang bleh dijadikan alarm dan disertakan pula pembaca suhu bilik. Tak mampulah saye. Jadi, saya bagi gelas je la ye kengkawan. Kalo dahaga, buleh buat minum air oren. Tapi air orennya saya tak sediakan sekali la ye. Kena beli sendiri.

Lagi sekali, dengan muka selamba wa-wa dan sedikit kekesalan juga rasa berdosa, saya masuk ofis semula jam 3.30ptg. [nampak sangat le menipunya... padahal kalo rasa bersalah, ngape buat lagi haaaa???. ~begitu la saya akan dimarah oleh boss saya kalau beliau tau saya dah 2 hari masuk lambat. Heheh]. Tak sia-sia JekJan mengucingkan saya sebelum saya pegi tadi... Beliau kata, ko jangan buat hari ni macam hari Jumaat lagi, sbb ari ni hari Selasa. Then saya jwb, kalo semalam hari Jumaat, ari ni aku buat la macam hari Sabtu plak. MUehehehhe... Rupanya betul plak saya masuk lagi lambat daripada semalam. Mana tidak nya... Beli gelas 100pcs, pekerja Hot Market tu balut satu demi satu dgn surat kabar lama. Dah tu canner. Terpaksa la saya tunggu walaupun tak ikhlas.. [Eceh.. nampak sangat saya menipu lagi skali.. sebab saya ckp kat pekerja Hot Market tu, "Takpe dik, bungkus slow-slow. Akak boleh tunggu." ~mcm cipan]

Gambar kat atas tu saje je saya letak sebagai pengubat rindu untuk sesiapa yang rindu dengan troli kayu. Antik tu. Dah lama tak tengok. Saya tadi, bila tengok je troli tu kuar dari stor, saya terus gelak dalam hati. Tapi terkeluar gak skit bunyi tahan gelak tu dari mulut. Comel je troli kayu. *Lelaki yang tolak tu sudah tentulah bukan En Stormpong, tapi pekerja Hot Market.

Untuk En Stormpong... saya nak katakan... yg... i love you so much.. mesti pening kepala dia sebab saya selalu buat dia pening. Lalalala....

2 comments:

  1. Awak.. knp x beli gelas kaca comel kat IKEA? Hrg pun murah juga.. Siap dlm kotak, xplu tunggu bbalut dgn plastik.. Last 3wks g sana, ada org borong smpai 5 trolly, mesti utk hadiah kawen juga...

    alang2 dah kuar lama2 tu, bwk2 la jenguk 'akak' yg sakit ni kat pusrawi..

    ReplyDelete
  2. Jauh la plop nak ke IKEA tu. Lagipun, kalo pegi jauh-jauh tp dah takleh makan meatball, agak hancur juga hati ini. *Sbb meatball IKEA diragui mengandungi vavi. Huhu.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...