Iklan! Iklan! Sila Click!

05 May 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Diri Saya Sendiri.

Sejahteralah ke atas kamu....

Pertama sekali, untuk hari ulang tahun kelahiran saya ni, saya nak ucapkan terima kasih yam leaves to my mom and my dad. Without them, i will never be in this world. Eceh. Mata hijau sebentar.

Bday saya tahun ni saya tak dapat hadiah pun. Mcm tahun lepas juga, En Stormpong hanya jumpa saya dan kami pegi makan2 ditemani oleh muhrim [err.. takde la muhrim sgt, tak la sampai bawak 4 org pompuan, hanya sorang 2 je, tapi paling tidak pun kami tidak berdua-duan menyulam kasih sayang di atas pentas dunia penuh pancaroba ini. ~ayat mcm kambing. ]

En Stormpong hanya hadiahi saya dgn doa dan kasih sayang je. Huhu. Apa yg nak diherankan sangat, sebab semua org pun dia doakan juga. Kekeke. Tunang saya itu mmg begitu sikapnya.

Tahun ini nampaknya kali terakhir saya menyambut hari ulang tahun kelahiran saya sebagai anak dara. Anak ke? Hehehe.. Kalo dari segi status mmg la anak dara, tapi dari segi umor, tak berapa 'anak' sangat la... Mak cik ni dah kertu nak oiii...

Semoga tahun ini akan menjadi lebih bahagia daripada tahun-tahun sudah. Tak lupa juga saya nak wish selamat hari lahir untuk JekJan walaupun terlambat. Nak buat entry utk wish kat dia mcm yg saya buat utk Ashabul, rasanya byk perkara personal kalo nak cerita. So takleh la kan...

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...