Iklan! Iklan! Sila Click!

15 May 2011

Apa Barang-barang Yang Sesuai Dijadikan Hantaran?

Sejahteralah ke atas kamu...

Perkahwinan Melayu dan dulang hantaran memang tidak dapat dipisahkan. Cuma yang selalu menjadi isunya ialah 'apakah barang-barang yang sewajarnya diletakkan di atas dulang tersebut sebagai hantaran kepada pasangan kita'?. Apa yang menjadi penentu mengapa sesuatu barang tersebut menjadi pilihan untuk dijadikan hantaran? Adakah kerana harganya, sama ada murah atau mahal? Atau kerana keperluan barangan tersebut? Atau mungkin juga kerana adat kita mensyaratkan barangan tersebut perlu dijadikan hantaran, contohnya tepak sirih atau sirih junjung? Atau kerana apa? Saya tiada jawapannya.

Apa yang pasti, barangan yang saya pilih untuk dijadikan hantaran untuk saya dan untuk si dia adalah 1) barangan yang kami perlukan atau yang kami belum ada, atau jika ada yang dah hampir rosak bersepai, - ini penyebab yang paling utama. 2) Sebab murah dan takmau membazir. 3) Sebab takut kena marah dengan orang-orang tua kalo tak letak, contohnya lagi sekalilah sirih junjung. 4) Kerana ikut suka-suka hati kami je, asal ada, janji rock!

Berikut adalah benar-benar pendapat personal saya sahaja. Jadi jangan termakan atau terkesan daripada apa yang saya katakan ini... Masing-masing ada pandangan masing-masing dan saya ok jika ada yang tidak bersetuju.

Contoh-contoh barang hantaran dan pendapat saya tentang mereka;-

1. Kasut - Bagi saya jika ingin memberi kasut, untuk perempuan sesuai juga. Lebih-lebih lagi jika kasut tersebut jenis highheels bertali-tali. Tetapi jika untuk pihak lelaki, letak kasut kulit di atas dulang, nampak seperti terlalu besar. Kalau kaki dia kecik takpe la. Tapi kalau saiz kasut dia dah 12, huhu... letak plak atas dulang. Agak tak lawa la bagi saya. Untuk perempuan tak pe la. Sebab kaki perempuan biasanya lebih kecil.

2. Jam Tangan - Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Cuma pastikan jam tersebut betul-betul keperluan, jangan sampai membazir. Contohnya kalau sudah ada satu jam tangan ataupun lebih, tak perlulah lagi hadiahkan jam tgn. Jam tangan itu keperluannya hanya untuk memberi pedoman kepada kita tentang masa. Masa berubah ke jika kita selalu bertukar-tukar jam tangan setiap hari? Waktu kita akan jadi lebih cepat ke jika kita memakai jam A dan jadi lebih lama jika memakai jam B? Sama saja kan? Tapi terpulang la.. Ada yang berbahagia jika dapat buat koleksi jam tangan. Itu saya tidak mahu komen.

3. Perfume/Minyak wangi - Juga sesuai untuk lelaki dan perempuan. Lagi sekali pastikan pasangan kamu itu benar-benar jenis yang suka memakai wangian. Jika tidak, hanya beli dan terus tak pakai, pun membazir juga kan? Tidak dinafikan, perfume adalah salah satu barangan kegemaran bagi pasangan berkahwin utk dijadikan sebagai hantaran. Mungkin kerana nampak exclusive dan botol minyak wangi juga cantik dan berbagai bentuk. Tapi kalau tidak mahu digunakan, lebih baik jangan beli ok? Tiada siapa akan potong markah kamu jika perfume tidak termasuk di dalam senarai hantaran kamu.

4. Manisan [Kek, Kuih muih, Coklat dan Buah-buahan] - Kalau nak senang bagi je manisan. Harga pun murah. Cuma kalau bagi makanan, perlu siapkan last minute. Sebab makanan tak tahan lama. Kecuali coklat. Itu pun jika coklat itu coklat komersil yg dibeli di pasaran. Jika homemade chocolate juga tidak begitu tahan lama rasanya. Betul tak? Kesimpulannya, manisan ini sesuai utk dijadikan barangan back up jika dah buntu tak tau nak beli apa sebagai hantaran. Heheheh. Letak je semua makanan. Ramai skit orang lain boleh kongsi betul tak? Malahan jika tidak memberi makanan, terasa seperti pelik pula. Lagipun kesian sanak saudara sebab tak boleh berebut untuk buka hantaran. Yelah.. Dah semua brg2 lain hanya untuk pengantin. Paling tidak, jika ada manisan, ada jugalah bahagian untuk keluarga. ;)

5. Pakaian/Persalinan - Kain pasang dan telekung untuk perempuan. Kemeja untuk lelaki. Seluar panjang untuk lelaki. Stokin untuk lelaki. Atau apa-apa sahaja ikut kehendak kamu dan pasangan. Pernah saya dengar, ada orang tu letakkan lingerie sebagai hantaran semasa perkahwinan untuk isteri dia. Ishh... Segannya lah... Tapi kalo family dia sporting takpe la kan? Apa-apa pun, adab perlu dijaga.

6. Barangan Kulit - Handbag + purse untuk perempuan. Wallet untuk lelaki. Tali pinggang untuk lelaki. Harganya, jangan pedulikan orang lain. Kalau mampu nak beli yang mahal, beli la yg mahal tapi jgn sampai melampau. Bukan orang kisah pun dgn brand yang ko pakai. Kalau beli yang mahal sebab pentingkan kualiti tu boleh dimaafkan. Tapi banyak juga barangan yang murah pun berkualiti. Cuma kamu je yang tak cuba. Dan jika beli yang murah pula, jangan beli barangan tiruan. Sungguh-sungguh very the very-very tidak dibenarkan sama sekali. Kalau dah tak mampu nak beli yang original bagi jenama tertentu, takyah ngada2 nak letak atas dulang hantaran barangan tiruan. Setakat nak beli sendiri di waktu-waktu biasa tu boleh diterima. Ok? Beli barangan tempatan pun bagus juga. Tapi... masalahnya... harga barangan tempatan lagi mahal daripada barangan import, abih tu mcmn? Contohnya Bonia. Belt dia pun lagi mahal daripada Valentino Creation. Apa kes? Ishh..ish... tak faham.

7. Produk penjagaan diri - Set alat solek untuk perempuan. [Kalau nak jenama mahal, beli la designer label. Atau MAC, atau Bobbi Brown dan sebagainya. Kalau yang murah pun bleh beli Maybeline, Loreal atau Avon dan lain-lain. Tapi sila pastikan juga barangan tersebut akan dipakai. Setakat nak jadikan hiasan dalam almari, baik tak payah ok?]. Set mandian untuk lelaki dan perempuan. Set penjagaan rambut untuk lelaki [contohnya Gatsby, LoreaL dll]. Set bercukur untuk lelaki [shaving foam, electronic shaver, after shave lotion dll jenama Gillette atau Nivea dll]. Terpulang kepada keperluan masing-masing.

8. Barang kemas - Kalo mampu, beli la rantai emas sebesar tali mengikat kerbau utk pasangan kamu. Jika tidak mampu, paling busuk pun boleh sahaja hadiahkan cincin. Kecil atau besar barangan kemas yang kamu berikan, jangan fikirkan tentang apa orang lain akan kata. Yang penting, kamu beli guna duit kamu, bukannya duit mereka. Kecuali kalau kamu kawen sponspor pastu nak demand lebih-lebih, maka lebih elok dilempang je kamu ni. Heheh.

9. Electronic gadget - Telefon bimbit. Ipod. Camera. Boleh je jika perlu.


Apa-apa pun yang ingin kamu pilih untuk dijadikan hantaran kamu, kamu sendiri perlu jelas...kenapa kamu pilih barangan itu. Bagi saya, biarlah hantaran itu biasa-biasa sahaja. Lepas kahwin, kan masih boleh juga beli barang-barang mahal untuk si dia?

Ok, saya tanya kamu... apa bezanya di antara 'hadiahkan kereta mewah kepada pasangan kamu sebagai hantaran semasa perkahwinan', dengan 'hadiahkan kereta mewah kepada pasangan kamu selepas majlis perkahwinan'? Jawapannya ialah... Jika hadiahkan semasa perkahwinan, orang lain akan tahu [heboh satu kampung] dan jika hadiahkan selepas majlis perkahwinan, orang lain tak tau kecuali keluarga terdekat. Jadi, kesimpulannya... memang hantaran mewah itu hanya untuk orang tau la kan?

Kesimpulannya, bagi saya... barangan hantaran itu hanya sebagai simbolik sahaja untuk pasangan kita. Jadi, takyah le time tu la semua benda kamu nak jadikan hantaran kan? Kereta mewah atau rumah. Sengaja nak suruh orang tau kan? Sebab nak suruh orang kagum kan? Pastu diri sendiri terasa hebat sebab kita lebih daripada orang lain? Jadi, fikir sebijaknya sebelum pilih. Lepas kahwin, masih boleh kalau nak hadiahkan rumah atau kereta, cuma orang lain tak tau je la. Itu la bezanya.

Maaf jika tersalah kata. :) Peace...

6 comments:

  1. follow me .. tqvm >_<http://cahayadarisyurga.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. cumil la.. agak bguna juga kan.. tq :)

    ReplyDelete
  3. ok jgk tuk hntrn ni kn..ptungan n pnikahan..hurmm mnarik...tp mcm hntaran sesuai tuk dlm dulang bult or petak???

    ReplyDelete
  4. Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian kanak2 murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

    layari blog kami di http://kb8282onlinetempah.blogspot.com
    atau http://s1000.photobucket.com/user/kb8282enterprise/library/

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...