Skip to main content

Teluk Cempedak!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sape tak tau Teluk Cempedak* tu kat mana, angkat tangan. Ni nak flashback memory lagi ni. Faham-faham je la... Time ada benda nak diceritakan, time tu la ada connection problem. Ntah bile la saya nak pegi Kedai Celcom untuk terminate broadband yg hilang tu. Haihhh...

Sabtu lepas yang masa saya balik kampung tu, sebelum sampai umah, saya melencong pegi jumpa kawan-kawan baik saya masa skolah dulu. Sekarang pun masih kawan baik cuma jarang jumpa. Kawan-kawan saya tu namanya Waki dan Duyuh [dua-dua bukan nama sebenar, ahakss...]. Tapi 2-2 tu pompuan yer. Bukan transexual. Ngeh2.

Kami berjanji utk berkumpul di Masjid Negeri Sultan Haji Ahmad Shah, sbb mcm center bagi kami 3-3 org. Baik kan? Buat perjumpaan kat masjid. Lepas dah datang 3-3 org ahli-ahli Geng Kapak tu, kami bergerak ke Teluk Cempedak. Weehuuu!! Teluk Cempedak [TC]! Tempat nostalgia larian marathon masa skolah menengah dulu.

Pastu, dah sampai tu, kami pilih KFC utk melepak. Sbb kat TC tu hanya ada McDonald dan KFC. Kedai2 makan nampak mcm tutup je. Sbb kiterang datang tu waktu petang bukan peak hours. [Ceh, propa, padahal aku tak gi tgk pun kedai2 makan tu buka ke tak. Sbb aku yg pilih nak makan kat KFC sbb dah lama tak makan ayam goreng spicy yg bleh dpt cawan emas 24 karat macam CekCah tu. Hukhukk...]. Best wooo, melepak kat TC... Wp langit mendung, dengan ombak nampaknya sungguh kuat, tapi dok tepi pantai, makan ayam goreng, cicah sos cili Thai, dgn angin bertiup sampai terbang2 tisu dan senget benget tudung, tapi syok wooo... Kami pilih meja kat luar, so dapat la rasa suasana tu. Lagi pun, demi nak jaga ketenteraman pelanggan-pelanggan KFC yang lain daripada mendengar gelak ketawa Geng Kapak tu.. Duyuh je kalo gelak, 2 blok bangunan bleh dengar. Blum masuk saya dgn Waki lagi. Hahahah... Boleh huru hara nnt.

Tengah-tengah seronok bercerita, sambil kutuk2 Duyuh, dan flashback kisah2 bingai masa skolah dulu, dengan gelak ketawa yang tak hingat, tetiba datang sekor bapak munyit dekat dengan meja kiterang. Saya memang fobia dengan munyit-munyit liar ni. Sebab mereka bukan takut orang. Kalo mereka nak amik apa yang ada pada tangan orang, dia bleh datang rampas je. Huhu.. Sape berani nak lawan. Bile nampak Papa Munyit tu makin dekat dengan meja kiterang, saya dengan ahli Geng Kapak semua bangun and ran for our lives. Tapi saya dgn Duyuh, apa-apa hal sempat selamatkan ayam. Waki plak, bangun terus je tinggalkan ayam dia kat meja. Memang dah rezeki Papa Munyit la kalo macam tu kan. Papa Munyit tu agak besar bagi kategori munyit dan berbulu lebat. Uihh.. Seram. *Masa tu muka Waki dah purple. Saya pun tak sure sama ada sebab takut dgn Papa Munyit atau bengang pasal tak dpt selamatkan ayam. Heheh. Tu la.. Saper suruh pilih meja paling tepi. Papa Munyit plak syok je dpt ayam goreng, tp last-last kena hambat dgn pekerja KFC tu. Heheh... Sian Papa Munyit.

Tapi, wp kena serbu dgn Papa Munyit, kiterang masih tak insaf. Selambe je kiterang masuk dlm restoren KFC tu dan sambung bergelak ketawa. Tapi kena control le skit sebab dalam ruang tertutup, takleh gelak freestyle. Nnt kena serang dgn Papa Yang Tak Munyit plak kang. Haaa.. Masa tgh gossip2 ni la si Duyuh buka cite pasal kwn transexual dia. Yg dah tukar jantina dari lelaki ke pompuan. Pastu saya beriya nak tgk gmbr Cik Pon tu kat Facebook. Briya ni... log in Facebook guna akaun Duyuh. Then tgk gmbr2 sensasi Cik Pon. Ish..ish... Apa nak jadi. Cantik plak tu. Lebih ayu daripada IdaAyu. Hihi. Masa nak balik tu, saya rasa masa saya nak keluarkan kunci kereta, ada sumthing yg jatuh dari beg saya kat tempat parking. Tapi saya buat hati kering, malas nak tgk apa yg jatuh. Penyudah nyer... Balik tu, saya cari broadband.... huuwaa... tak jumpa... ~!@#$%^&&**())*&%$## vavi!
*Teluk Cempedak = Di Kuantan Pahang.

Comments

  1. TC mmg banyak monyet...menyampah betul...!!!sampaikan kite kena selalu berjaga-jaga...letak barang sekejap atas kereta kat parking pun, selamat kena sepah...benci nye la...eh...!!!emo tetibe...hahaha...

    btw, saya ada tag contest kat awk...senang2 leh join ok...(^_^)

    ReplyDelete
  2. Tak baik nyampah kat Munyit. Mereka hanyalah makhluk yg menjadi mangsa keadaan kerana pembangunan. Chey wahhh... Tp mmg byk monyet. Kt Taman Gelora, Taman Teruntum.. haihh..

    ReplyDelete
  3. Haha..menarik jugak ceta korang ni yek..nasib baik aku tak join kalu tak..habis la TC tu gamat teramat sgt la..lain kali biar korum cukup lagi gamat..hehe

    ReplyDelete
  4. Tu la maya.. kalo ko ader, mesti lagi meriah. Hehehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya