Skip to main content

Cara-cara Untuk Dapat Jodoh

Sejahteralah ke atas kamu...yg membaca blog ini...

Entry ini khas untuk orang bujang yang masih menunggu jodoh. Stress kan bila sendirian? Bukannya pasal sunyi jugak.. Tapi sebab orang lain asyik tanya 'bila nak kawen?', 'bila nak makan nasik minyak', bla..bla..bla... Lain kali kalo orang tanya kamu mcm tu, kamu tanya dia balik "kalo aku tanya ko, bila ko nak mati, ko tau???".. heheh.. ok..ganas sangat. So, tukar soklan. Tanya orang tu, "bila ko nak naik haji?". Haa.. Mesti dia pun tak tau kan? Sama la situasinya.

Ok... Straight to the point. Kalau nak cepat dpt jodoh.... Setiap hari, perlu banyak beristigfar... kepada Allah. Setiap pagi, bangun solat Subuh, perlu beristigfar. Tapi ada caranya... Bukan sebarangan. Tau? Tau ke tak? Hehehe.. Saje je kerek. Syarat-syarat supaya istigfar ini berkesan ialah :

1) Istigfar mestilah dalam keadaan sedar dan berniat untuk menyucikan diri. ~Maksudnya kena la istigfar dalam keadaan fokus dan kusyuk. Takyah le nak baca kat mulut, tapi dalam hati teringat benda lain. Contoh mcm tetiba ada member sergah kamu, pastu kamu secara reflek menyebut istigfar sebab terkujat. Tapi dalam hati takde feel. Haaa. Kalo yg tu kurang la mustajab dia. Tapi Allah jua yg lebih mengetahui.

2) Mesti berkesan di hati dan sanubari.~ Apabila membaca istigfar tu, mesti dengan sepenuh hati, pasti akan rasa tenang.

Istigfar ni sesuai baca pada bila2 masa. Jangan plak baca masa tengah buang air. Ishh..itu tidak patut. Agak-agak la sendiri kan? Tapi yang paling afdal ialah pada;

1) Waktu sahur/selepas sahur. Kalo waktu tak berpuasa tu, agak-agak pada waktu Subuh la kan?
2) Selepas berbuat ketaatan kepada Allah. Maksudnye lepas solat. Lepas buka puasa. Atau lepas buat apa2 je yang melambangkan ketaatan kita kepada Allah.
3) Pada waktu petang
4) Selepas berbuat dosa/maksiat. [Haaa.. Istigfar pada waktu ini wajib].

Relevannya istigfar ni dgn nak dapatkan jodoh ialah.... selama ini bila kamu berdoa tetapi tidak dimakbulkan mungkin kerana masih ada dosa-dosa kamu yang belum terampun. Jadi, doa-doa kamu tidak dimakbulkan oleh Allah. Istigfar ini adalah zikir yang kita baca utk bertaubat. Jadi, cubalah. Boleh juga sentiasa beristigfar untuk memohon rezeki dan dapatkan anak. Yang paling penting, perlu yakin. :). InsyaAllah, akan diperkenankan harapan-harapan kamu itu.

Nak tau... Kalo entry ni bermanfaat dan berguna... itu adalah dtgnya drpd Allah. Tapi kalau yg buruk tu, mmg sebab saya yang tak pandai.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya