Iklan! Iklan! Sila Click!

10 January 2011

Drama King!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Semalam, sewaktu di rumah kakak saya, saya makan nasi bersama Siti Sarah. Pastu datang Si Amaluddin terkedek-kedek panjat kerusi, berdiri atas kusi dan mintak suap. So, saya suap le walaupun dgn rasa yang serba salah, sebab macam pedas je lauk sambal bilis yg saya makan tu. Lepas dia dah telan, baru le menggelupur dia mintak air. Sebab pedas. Jadi, saya bagi le air kosong kat dia. Biler air tu dah ader dlm mulut, dia muncungkan mulut dgn air tu ader penuh dlm mulut.[biasanya ada juga anak-anak sedara saya yg lain, kalo dia buat muka mcm tu, maksudnya dia nak sembur air tu.]. Saya terus cakap kat Amaluddin "Telan air". Tapi dia tak telan2, pastu dia nak amik cawan Siti Sarah, tapi sempat Sarah amik dulu. Last-last skali... Dia halakan muncung dia tu kat pinggan sayur campur, pastu dia sembur air dalam mulut dia tu ke dalam pinggan sayur tu... Eeeii..... Geramnyaaaaaa................ Nasib baik le comel.

Lepas dia dah buat onar kat meja makan tu, dia ngaco kakak dia, Siti Hajar lipat baju. Pastu dia amik jersi Chelsea abang dia, dia pakai. Besar gedoboih la. Pastu dia amik tudung Siti Sarah dia pegang je. Mak dia plak sempat warning dia "Pegang je tudung tu, jangan pakai... Sebab tudung tu utk pompuan. Amaluddin lelaki.". Then dia angguk je dgn rambut kerinting dia tu. Sambil main-main lompat2 dgn baju besar tu, bila dia tengok saya nak naik atas utk solat, dia pun ikut saya. Saya amik wuduk, nak prepare utk solat.... Dia pun nak jugak. Pastu dia pakai tudung Sarah tu, berdiri kat sebelah saya, dia pun buat2 solat. *Dia start solat dulu. So, saya pun rakam le adegan yg tidak sepatutnya dilihat tu... Hishh.. Amaluddin ni... Nasib baik le comel.

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...