Iklan! Iklan! Sila Click!

01 January 2011

Amat Sedikitlah Kamu Bersyukur

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

1.1.11 [Cantik ke tarikh ni? Aku rasa biasa je.]

Hari ni hari pertama bagi tahun 2011. Kerana itu, saya tidak mahu ketinggalan untuk menulis entry baru pada pembuka 2011 ini.

Manusia, dijadikan oleh Allah dengan sempurna. Bercakap tentang sempurna... Saya kerap memikirkan betapa geniusnya penciptaan manusia ini. Membuatkan saya kagum, takjub dan insaf betapa hebatnya Allah.

Pernah tak kamu terfikir... Sistem tubuh kita yang hebat ni. Maksud saya, tubuh kita ni... apa yang otak kita fikir utk lakukan, terus sahaja dapat diterjemahkan oleh anggota badan tanpa perlu 'loading' walaupun sesaat. Contohnya, bila kita terfikir nak angkat tangan, maka kita boleh terus angkat tangan, tanpa tersekat-sekat. Pergerakan kita juga smooth je. [Lebih smooth daripada kepala botak Harris Iskandar dlm iklan Nescafe]. Betapa synchronize nya tubuh kita ni dengan otak, even kalo buat maksiat pun masih lagi berjalan lancar. Jika Allah mahu, tentu sahaja dengan mudah Dia boleh menyekat manusia yang ingin berbuat kejahatan dengan meng'hang'kan tubuh mereka kan?

Cuba anda bayangkan [wei, bayangkan sekarang.. cepat!], sistem tubuh kita ni sama macam sistem komputer. Heheheh... Asyik2 loading. Pastu hang. Nak korek hidung, tapi kena tunggu 2 saat baru tangan bleh bergerak ke hidung. Atau pun, bila otak dah letih sangat... Semua arahan dari otak kita, tak diterjemahkan langsung oleh anggota badan, sbb hang. Kan ke menyampah namanya tu?

Lagi hebat.... Tubuh kita ni 24jam bekerja. Walaupun sewaktu tidur. Tapi tetap juga dapat berfungsi dengan baik, walaupun sewaktu tidak sihat. Hebat kan? [Jika ada penyakit tertentu, atau sejak kecil dilahirkan bermasalah, itu adalah another chapter of this story. Siapa yang boleh mempersoalkan, *5 wife and 1 husband tu kan? Hanya Allah yang lebih mengetahui.].

Jika tubuh kita ni, sama seperti sistem perkomputeran... Untuk charge, perlukan voltage yang tinggi... Dan perlu statik sahaja kedudukannya semasa mengecas.. kan payah. Tubuh manusia boleh dicas, hanya dengan makan dan tidur serta solat. Ooowhh... Kagumnya! Kagumnya!

Tapi.... berapa ramai yang bersyukur? Syukur tu bukan semata-mata mengucapkan dengan mulut "Saya bersyukur.". Tapi perbuatan tak menunjukkan langsung kesyukuran? Sejauh mana kita bersyukur dengan tubuh kita? Macamana kita menjaga tubuh kita? Apa yang kita makan? Balik-balik coklat Beryl's. Balik-balik cheesecake. Ishh.... Tak baik untuk kesihatan tau tak??? [Tengah tengking diri sendiri ni.. ]. Pastu, cuba la tgk, berapa banyak fastfood yang kita makan? Makan Mekdi berapa kerap sebulan? KayFC berapa kerap? Pizza? Burger Queen? Berapa kerap dalam setahun kita makan makanan yang tak berkhasiat tu?

So, lepas ni... Bagi tahun ni... Saya nak kurangkan makan makanan yang tak berkhasiat tu. Sebulan... hanya sekali je saya akan makan fastfood. Kalau bulan ni saya dah makan burger Mekdi, so, saya dah tak boleh makan fastfood lain dah dlm bulan yang sama. Kalau nak makan KayFC, kena tunggu bulan depan baru bleh makan. Lagi bagus kalau terus tak makan fastfood.[Kalo saya langgar azam ni, mesti kena kutuk dengan OrgKgBaru dan JekJan. Kehkeh]

Air plak... Kalau makan kat kedai makan pun, saya nak order air suam je. Selama ni, kalo makan kat luar je... Haah!! Mcm2 air saya mintak. Kekeke. Semua air manis la, dan ais.

Sesungguhnya... Allah telah menempatkan manusia di muka bumi, dan Dia telah memberikan di atas muka bumi itu sumber penghidupan yang banyak... [Tetapi] amat sedikitlah kamu bersyukur...

Apa yang cuba saya nak sampaikan kat sini ialah.... Sayangi perut anda setiap hari.. Vitagen! Ok.. Iklan. Maksud saya... Sayangilah tubuh anda. Jaga dengan baik jika kamu betul2 org yg bersyukur.

Ok 2011!! Spooky bombasti!! Oppsss... Silap motivation quote. Yang sebenarnya... "Go go Salida! Banzai!!!!"


*5 wife, 1 husband itu bermaksud 5 persoalan yg bermula dengan huruf 'W' [What, Where, When, Who, Why] dan 1 yang bermula dgn 'H' [How].

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...