Skip to main content

Saya Dan Mr Storm

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....




Join giveaway Petak Bunga.

Aku tahu aku jatuh cinta bila aku rasa selesa berdampingan dengan orang tu. 

Hek eleh,.... Kecoh nak bitau semua org pasal kisah percintaan sendiri... Takpe.. takpe.. Relax... Nak citer jugak.

Saya dan Mr Storm sama skolah menengah. Kami sebaya. Namun tak pernah berkawan pun masa skolah dulu. Tapi saya tau dia tinggal kat mana dan dia anak sapa. Dan saya rasa, dia pun tau saya tinggal kat mana dan anak siapa. Sebab kami berasal dari DUN yang sama.

Masa sekolah dulu, saya tinggal di asrama. Mr Storm pun, kalo tak silap saya... tinggal di asrama. Dan dia ada adik pompuan. Nama Ina. Pun tinggal di asrama. Cuma saya dah tak ingat Ina ni sebilik dgn saya atau tak. Tapi saya berkawan la dgn Ina tu. Ina muda 2 tahun daripada saya. Waktu skolah menengah tu, Mr Storm hensem. Mungkin waktu tu dia budak2 lagi, so jambu la kan. Hehehe. Saya siap beli gmbr waktu Hari Sukan yang ader muka Mr Storm secara senyap2. Then simpan dlm album. Pastu masa saya volunteer kemas stor skolah, saya jumpa satu bundle buku-buku rekod keputusan peksa masa kami tingkatan 1. Semua kelas ada. Cikgu nak buang utk lupus. Tetiba saya jumpa buku rekod Mr Storm. So, saya amik gmbr berukuran pasport yang tertampal kat buku tu.. Pun saya simpan dalam album.. Huhu.. Stalker. Lupa nak tgk result peksa dia, kot2 bleh la tau dia tu cerdik ke bodo masa skolah dulu. Hahahah...

Penah sekali tu, Ina ckp pada saya yang dia tak suka orang [pompuan] yang berbaik dgn dia semata-mata nak dekat dengan abg dia [Mr Storm la tu]. Saya plak masa tu mmg suka kat Mr Storm. Tapi saya mengaku jgk kat Ina.. "err.. Inaa... [sambil tersipu2, muka gatal nak mampusss], akak pun suka jgk kat abang Ina sebenarnya..." *mesti Ina rasa nak cakar je muka saya masa tu kan... Heheh. Saya bitau Ina pun sebab saya tanak dia sangka saya kawan dgn dia sebab nak ngorat abg dia. Sbb mmg saya suka Mr Storm, tapi takde niat pun utk ngorat. Alaa.. Mcm minat2 artis. Minat Yusri KRU, minat Keanu Reeves.. Mcm tu je. Bukan nak bercinta dgn dia pun. Sbb Abg Di saya pesan.. Kalo nak minat org, lebih baik minat member sama skolah. Bleh tgk tiap2 hari. Kalo minat artis takleh tgk secara live. ~Alasan.

Saya buat confession pada Ina yang saya suka pada abang dia tu, waktu tu saya Form 5. Ina Form 3. Tapi Ina sokong plak tu. Dia kata try la berkawan dgn abang dia. Siap bagi no tepon umah dia lagi suh saya call. Heheh.. malu betul. Ntah2 Ina saje je perli saya sbb dia pun ingat saya kawan dgn dia sbb nak dekat dgn abang dia.

Kalo nak tau, masa saya skolah dulu, saya biasa suka2 kat org. Tapi takde la hubungan yang lebih2. Cuma saya berani je tegur org yg saya suka tu. Tapi dgn Mr Storm, saya takde plak terfikir nak pegi berkawan dgn dia. Saya ingat lagi, masa Form 5, ader sukan skolah. Rumah sukan saya ialah Rumah Biru - Megat Terawis. Waktu pemilihan Ketua Rumah sukan... Mr Storm dipilih jadi Ketua Rumah Biru. Dan kawan baik saya, Zee sebagai Penolong Ketua. Tapi Mr Storm masa tu samseng taik kuceng skit. Langsung tak tunjuk muka. Tak dtg meeting. Tak collect duit. Tak jalankan tugas pun sebagai Ketua Rumah Biru. Saya plak, oleh sebab kawan baik saya Penolong Ketua Rumah, saya le yang tolong temankan Zee pegi buat tugas2 yang sepatutnya dia buat dgn Ketua Rumah Sukan. Huhu... Saat yang paling saya tunggu2 bile Zee kena jumpa Mr Storm utk bagitau update atau utk serahkan hasil kutipan yuran sukan kepada Mr Storm. Saya dok belakang Zee je. Hehehe.. tapi saya still tak bercakap dgn Mr Storm.


Lepas habis skolah.... saya masuk kolej. Paling last saya tau Mr Storm masuk satu kolej kat Kuantan. Kadang-kadang ader juga nampak dia naik bas yg sama dengan saya kalau nak balik kg. Tapi sangat jarang. Lepas tu dah tak tau lagi hal dia dan dah tak pernah nampak dia lagi. Kemudian, makin lama... makin sibuk dgn urusan sendiri... Dah habis belajar, praktikal, kerja... Saya pun dah tak ingat lagi pada Mr Storm. Langsung terlupa kewujudan dia kat dunia ni. Rasanya 10 thn kot. Saya tamat kolej tahun 2000.

Tahun 2009, Disember.... Ada kawan sekolah menengah yang invited saya utk join gathering bagi batch kami. . Saya excited nak pegi sebab gathering yang sebelum-sebelum ni saya takde kesempatan utk join. Kawan saya yang incharge tu namanya Hazlie. Lepas saya confirmkan kehadiran... Hazlie call saya utk bertanya khabar... Dia pun mula la senaraikan siapa yang bakal hadir ke gathering tersebut... Tak ramai pun yang akan hadir. Tapi saya tak kisah pun kalo tak ramai yg nak dtg. Asalkan dpt jumpa gak kawan2 lama, wp tak berapa rapat. Masa bersembang dengan Hazlie tu, dia ada cakap juga kawan2 lain yang dia dapat contact, tapi yg tak boleh hadir... Termasuk nama Mr Storm. Erm... Saya mcm tak amik port pun. Takde plak rasa excited pun bile dgr nama dia. Nmpak sgt dulu saya suka dia tu bukan suka betul2 kan? Nampak sangat suka memain je. Heheh.

Seminggu lepas gathering... Saya dapat satu 'friend request' daripada seseorang. Saya mcm tak kenal, tapi biler tenung lama-lama nama tu, tetiba baru saya perasan nama tu ialah Mr Storm. [Biasanya kat skolah, org panggil dia dgn nama samaran dia. Hazlie pun sebut nama samaran dia, sebab tu saya mcm tak berapa ingat nama sebenar Mr Storm.]. Friend request tu saya accept. Then Mr Storm wrote on my wall.. Dia kata lama tak jumpa saya. Erm... Saya agak pelik gak masa tu. Mcm le masa skolah dulu kami berkawan. So, sembang2, kami plan utk jumpa. Bermula daripada situ la... Kami mula berkawan. Berkawan biasa-biasa je. Takde pun kuar dating. Cuma sekali sekala jumpa. Atau lepak ramai2. BerSMS jarang-jarang sangat. Call lagi la bleh dikira dgn jari-jari kaki je.

Mula-mula berkawan dgn Mr Storm... Saya tak suka dia... Sebab saya rasa dia terlampau byk cakap. Saya rimas. Pastu dia selalu buat lawak yang saya rasa tak kelakar pun. Tapi kadang2 ader jugak la yang kelakar. Saya rasa bosan sgt dgn dia masa tu. Hehehe.. Lagipun waktu saya jumpa dia semula, saya baru lepas putus cinta. Padahal, saya tau Mr Storm nak hiburkan hati saya yang selalu sedih masa tu. Efforts dia saya bleh nampak la. Dan dia mmg sangat berusaha untuk jaga hati saya... Huuu... Terharunya saya bila saya kenangkan perkara itu skrg.

Dah lama-lama berkawan..... baru la saya sedar yg saya ni pun byk cakap dan bleh buat org rimas. Pastu, saya pun selalu buat lawak yg tak kelakar. Pastu, saya dah mula dapat rasakan chemistry antara saya dgn Mr Storm. Saya boleh bercakap merepek-repek pastu dia bleh plak melayan saya merepek. Vice-versa. Ntah macamana... Satu hari tu, pada bulan 9 2010... Mr Storm call saya... Dia melamar saya by a phone call. Saya terima.. :)... Sebab, bila dah lama2 skit berkawan dgn dia, saya dapat memahami dia dgn baik. Saya tahu dia dari keturunan yang baik. Akhlak dia juga baik. Menjaga iman dia. Dan yg paling penting, saya boleh rujuk dia kalau saya keliru tentang Islam. Saya juga selesa menjadi diri saya sendiri bila bersama dia. Saya tak cuba jadi org lain. Kesimpulannya... Saya suka Mr Storm waktu saya terima lamaran dia. :D Ngeee... Gateii... keh..keh...

Jadi, skrg... saya sangat bersyukur... Sebab saya dapat bersama orang yang saya betul-betul suka.. dan sesuai dgn perangai saya. Karektor dia, memang seperti yang saya mahu. Kadang-kadang saya rasa, perangai kiterang sama. Gaya bercakap pun dah lebih kurang sama. Kami pun suka benda yang sama. Dan kami bercakap dgn 'bahasa' yang sama. Apa yang kami mahu dalam kehidupan pun sama. So, apa lagi yang saya mahukan? Termakbul doa-doa saya selama ini... Ngee... Suka.. Yey! Yey!


 

19.5.2014.
Kalau ditanya aku sekarang, bila masa aku boleh jatuh cinta dengan suami aku... aku pun tak dapat menjawab dengan tepat. Semuanya datang sedikit demi sedikit selepas kami bernikah sebab kami bercinta pun selepas nikah. Sehari demi sehari menjadi isteri dia, aku belum pernah rasa benci kepada dia, yang ada hanya kasih dan sayang yang semakin menebal.





 

Apa yang aku pasti, aku tahu aku jatuh cinta terhadap suami, bila;

1. Dia selalu akan mengalah dengan aku tak kira siapa yang mulakan pergaduhan. Kadang-kadang aku nak juga mengalah bila aku yang cari pasal. Tapi selalunya tak sempat aku nak mengalah, dia yang akan minta maaf dan pujuk aku. Perkara begitu, walaupun kecil bagi orang lain.... sangat bermakna untuk aku.

2.  Sikap rajin dan suka menolong orang walaupun diri sendiri susah tu yang paling aku rasa susah untuk jumpa dalam diri seorang lelaki. Aku tahu lelaki suka tolong sesama kawan lelaki mereka. Ada juga lelaki yang akan tolong kalau pertolongan tu tak membebankan, tapi suami aku ni.... dia memang akan berkorban diri sendiri untuk tolong orang. Kadang-kadang aku rasa dia dipergunakan orang dan dibuli oleh orang lain yang suka ambil kesempatan pada kerelaan dia menolong orang. Bila aku suruh dia menolak bila orang minta tolong, jawapan dia senang je... "Bubi tolong semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nak balasan daripada orang tu".

3.  Yang paling membuatkan aku rasa sangat jatuh cinta dengan suami aku ialah dia ni sangat menghargai aku. Setiap perkara, walau sekecil mana pun... dia akan ucapkan terima kasih. Contohnya memasak. Padahal, tiap2 hari aku masak untuk dia. Tiap2 hari juga dia akan ucapkan, "Mama, terima kasih sebab masakkan untuk papa, tolong jaga anak kita, tolong sediakan keperluan papa. Papa terharu.". Padahalm aku rasa apa yang aku buat tu, semua isteri pun buat betul tak?

4.  Chemistry. Aku dengan suami aku memang sangat-sangat serasi. Boleh dikatakan selalu sangat kami sebut benda yang sama. Lepas tu kalau ada apa-apa yang berlaku depan mata, komen kami selalunya sama. 

5.  Aku ada sebut dalam entry kat atas ni pasal suami aku selalu buat lawak bodoh dan banyak bercakap. Sekarang, bila dah 3 tahun aku kahwin dengan dia.... Baru aku tahu bila dia banyak bercakap dan buat lawak bodoh tu sebenarnya bila dia tengah nervous. Dan sekarang, baru aku tahu yang masa mula-mula jumpa aku dulu, dia nervous. Selepas kawen, baru dia kata yang dia jatuh hati pada aku masa pertama kali keluar dengan aku sebab dia kata aku ni comel sangat [tangan atas bahuuu]. Ye lah, at least di mata dia aku comel. Tu je dah cukup. Hahaha.

Comments

  1. Ok ler sis ini ler jodoh namanya.... suke2 akak suke baca bole nampak ketransparencyannya kat situ.... huhuhuhu anyway... Cant wait to read next story.... :)

    ReplyDelete
  2. hye lyd ;)
    boleh juga tu..in shaa Allah nti ciksu try.

    ciksu sejak dah kawin kurang amik nenas..berhati2 kan.kot2 mana tau dah lekat mkn nenas ..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dapat apa yg sesuai dengan diri sendri kan.

    semoga berbahagia

    ReplyDelete
  4. Setiap perkara, walau sekecil mana pun... dia akan ucapkan terima kasih.

    :)

    ReplyDelete
  5. jodoh. walaupun lama tidak berhubung...puas baca dah..semoga berkekalan hingga ke jannah

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya