Skip to main content

What A Jodoh-jodoh? Part 1

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tentang jodoh ni susah nak cerita. Kronologi jodoh bagi setiap insan kat dunia ni, berbeza. Ada org yg jodohnya cepat, ada yang lambat dan ada juga yang tak sampai-sampai sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Ada yang melalui jalan yang sukar utk bertemu jodoh tapi ada juga yang senang je. Bila? Kenapa? Dan bagaimana? Semuanya adalah persoalan tentang jodoh yang bukan di dalam bidang kuasa kita utk menjawabnya.

Tak dinafikan, orang yang semakin meningkat usianya, akan risau kalau jodohnya belum muncul. Terutamanya kaum wanita. "Org-org pompuan ni, bila masuk je umor 25 thn, dah mula la panas punggung kalo masih belum berpunya". Itu la diantara kata-kata Mr Storm yang saya ingat semasa pertama kali saya bertemu dgn beliau di gerai nasi lemak Perindu. Waktu itu, fikiran saya sangat tidak keruan kerana baru putus cinta dgn seseorang[not really 'cinta' la actually]. Tetapi saya bersetuju dengan kata-kata itu, kerana saya pon sama. Heheh. Mana tak menggelabah joe, kalo 95% daripada jumlah kawan yang kamu ada, semuanya sudah berkeluarga dan ada anak berduyyun tibaa... Tapi, kita sorang je yg belum berpunya. It feels like a loser. Rasa seperti 'left behind'. Seolah-olah, semua orang sudah sampai ke tingkat 28, tapi saya masih di tingkat 2. Huuu.... Down nya. Nak-nak bila semua org bercerita tentang anak-anak dan suami masing-masing. Waktu tu, kita tak ada point nak menyampuk. Maka, hanya mendengar, atau slow-slow je blah dari situ. Tapi ada juga org yang tak kisah dengan semua situasi tu. Mungkin sbb minda dia kuat kot. Tapi takper. Lain org, lain la karektornya kan?

Bagi pendapat personal saya pula... Jodoh ni saya anggapkan seperti satu barang yang dihantar melalui delivery service. Jodoh ini dihantar daripada Allah kepada hamba-hambaNya, melalui 'delivery serviceNya yang berlainan bagi setiap individu. Ada yang sampai cepat. Mungkin jodoh tu dihantar melalui jalan paling dekat dan jalan pintas. Maka jumpalah dia dgn jodohnya lebih awal daripada org lain. Dan ada yang sampai lambat sbb dihantar melalui jalan jauh, melintas sungai, mendaki gunung, menyeberangi 7 lautan, merentasi 5 benua.... Baru le sampai jodoh tu kepada destinasinya. Maksudnya kat sini... Semua orang sudah ditentukan ada jodoh... Cuma cepat atau lambat. Yang cepat tu, maksudnya jodoh dia pilih jalan dekat atau jalan pintas utk sampai kepadanya dan siapa lambat bertemu jodoh pula bermaksud jodoh dia pilih jalan jauh untuk sampai kepadanya.

Mr Storm adalah ex-schoolmate saya dulu. Dan beliau juga berasal dari kampung yang sama dengan saya. Jarak umah saya dgn umah beliau hanya 8 minit kalo naik keta. Kalo merempit naik moto, 5 minit je. Umah arwah nenet beliau lagi dekat dgn umah saya. Jalan kaki 8 minit pun bleh sampai. Masa darjah 1, beliau sama sekolah rendah dgn saya sebelum beliau bertukar ke skolah lain yang 'banyak badak'. Naik skolah menengah pun, kami sama-sama bersekolah tingkatan 1 di Sekolah Menengah Sg Lembing [sama kelas plak tu], sebelum kami sama-sama bertukar ke sekolah berasrama iaitu Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan. Tapi selama itu, saya dan beliau tidak pernah berkenalan dan menjadi kawan. Bayangkan ler... Beliau amik masa sehingga umor kami 30thn untuk beliau sampai kepada saya. Ini bermakna, beliau dah pilih jalan yang jauh untuk datang kepada saya... Eeii... Geramnyerrr dgn beliau tu. Nnt biler dah kawen, saya nak jentik punggung beliau, sbb beliau lambat sgt. Heheheh... Galok.

To be continued.......


Comments

  1. hahaha dia pusing kot lain dulu kot, singgah sana, eh tak berkenan, singgah sinun, eh tak berkenan. takperla balik rumah dulu, tetiba eh...tersangkut pulak kat org sekampung. jodoh kan, how sweet life is. more difficulties, the more you'll appreciate.

    ReplyDelete
  2. owhh..soo sweett...doaku agar kalian kekal bahagia hingga akhir hayat..huhu..aler..aku dolu pong jodohku dgn allahyarhamah siap kene naek 2 kali flight(makan sehari perjalanan)..kalo drive..kene merentas negara lagik..lepas rentas negara lain, kene lalu gunung plak....br sammpai ujung benua...hahahaha...padahal satu pulau borneo jerk...ahakss...dan utk kali kedua ni..aku ttp akn berpegang pd prinsip.."biasanya jodoh ni muncul dlm suasana yg x disangka2 sptmana jua rezeki milik Allah yg Allah pinjamkn utk kita.." ^__^..always peace..

    ReplyDelete
  3. lama tak jengok blog salida, tup tup tuppppp... dah bertunang, mr stromopong plak tuh... takde kronologi lengkap plak, kisah cekelat ke bertunang... ha3... tahniah lah untuk cik nak jadi puan salida...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya