Iklan! Iklan! Sila Click!

09 November 2010

Terbakar Hati Siapa Yang Tahu

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Bila berhadapan dgn situasi yang... err.. let say ; tegang atau menyakitkan hati... Kita akan ada 2 pilihan. Sama ada utk 1] marah atau, 2]tidak merasa marah. Dan jika kita telah memilih untuk marah, kita masih lagi ada 2 pilihan iaitu 1] untuk menunjukkan kemarahan, atau 2] pendam sahaja kemarahan itu. Abg Di saya kata; "Kita masih boleh memilih untuk tidak marah".

Setiap pilihan yg kita pilih tu, akan ada kesan yg berlainan dalam hidup kita juga org-org sekeliling. Sama juga jika ada perselisihan faham. Kita bengang dgn seseorang. Dan kita rasa dia yg bersalah dgn kita. Dia pula merasakan bahawa kitalah yang bersalah terlebih dahulu. Kemudian... Sama ada kita ataupun dia... sama-sama memilih jalan untuk... Tidak bertegur sapa. Terus bermusuh. Masing-masing, menunggu pihak yg sebelah lagi utk mengalah. Akhirnya, masalah yg kecil, menjadi besar dan berpanjangan.

Tidakkah rugi jika begitu? Bila berselisih faham atau pendapat.. kita juga ada 2 pilihan. 1] Melupakan hal tersebut, maafkan pihak lawan dan berbaik semula atau; 2]Memanjangkan perkara tersebut, besar-besarkan lagi api kemarahan dan terus bermusuh. Tapi biasanya manusia akan pilih option kedua. Kerana mereka merasakan diri mereka lebih mulia daripada pihak sebelah lagi, jadi pihak satu lagi tu la yg perlu mengalah. Haaihhh... Rugi-rugi... Dalam keadaan umat Islam yang berpecah belah ini... Kita masih lagi ingin menjadi penyumbang kepada statistik. Hal-hal remeh diperbesarkan sehingga penutup perkara yang sepatutnya lebih besar, seperti, bersatu dalam agama... menegakkan agama Islam.

Well... Bergaduh tu kan mmg seronok. Motif entry ini adalah supaya mengajak umat Islam 'buang yang keruh, ambil yang jernih'. Buang yang vavi, ambil yg viva. Hehehe...

1 comment:

  1. dalam apa jua keadaan pun..memaafkan itu lebih utama, biarlah kita masih dibenci atau dipulaukan...dgn memaafkan, jiwa akn lebih tenang, hidup lebih ceria,hati lebih dekat pd Allah dan sentiasa doakan hidayah Allah dan semoga Allah memberikan kefahaman utk pihak yg berselisih faham dgn kita kerana sesungguhnya mereka tidak memahami..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...