Iklan! Iklan! Sila Click!

07 November 2010

Perkahwinan Impian Saya

Hahaha... Mesti korang rasa cam nak muntah bila saya citer pasal bab-bab kawen, bab-bab geli2 dan jiwang2 kan? Kwn2 saya dah mula meng'sniff' adakah saya ni dah diambang perkahwinan? Hahaha... Blum lagi ye kengkawan. Saya sendiri blum tahu bila.

Ok.. Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sebenarnya sejak lama dulu, biler tgk orang lain kawen, saya tak ada plak terbayang perkahwinan impian saya seperti apa. Takde pon teringin nak buat pelamin mcmn. Garden wedding ke. Nak guna bunga apa. Baju berapa pasang. Karpet bulu apa. Nak kad kawen bentuk atau corak cane. Semua saya tak fikir.... Cuma yang pasti.... Saya hanya nak majlis perkahwinan saya tu dibuat di dewan kat kampung saya. Alasannya, sbb saya takmo mak saya stress bile ramai org di rumah. Takut sakit beliau datang menyerang dan tak ada tempat yang tenang utk beliau berehat. Bukan nya bermakna, beliau tak suka org dtg rumah. Beliau mmg suka sgt kalo org dtg rumah. Saya pun suka. Cuma takut biler beliau sakit, nnt dlm keadaan bising2 kat umah tu... Bleh memudaratkan kesihatan beliau.

Dan satu lagi impian saya... Ialah nak buat sesi fotografi outdoor di Muzium Sg Lembing. Sbb kawasan situ mcm cantik je. Siap ader keta antik lagi. Kehkeh... Letaknya di atas bukit yg hijau plak tu. Bangunan kat situ plak, sungguh historical. Yelah, rumah British lama. Memang cool lah kampung saya. [Perasan. Hahaha].

Tapi, impian pertama, nampaknya tak dpt restu daripada family saya. Hahahah.. So, takper la.. ikut saje la pendapat mereka. Tentu ada kebaikannya. Betul tak?

Dua perkara itu hanya sebahagian drpd impian perkahwinan saya. Selain itu... perkara yang paling penting yg saya harapkan semasa perkahwinan saya ialah.... Perkahwinan yang berkat dan mendapat rahmat Allah. Yang pasti saya TAKMAU bersanding. Sbb rasanya semua majlis perkahwinan abang-abang dan kakak-kakak saya [di side keluarga kami], takde sorang pon yg bersanding. So, saya pun tak teringin nak dok atas pelamin berdua, sambil diperhatikan oleh org ramai. Saya sungguh tersiput. Malu you..

Dari segi doorgift pula... Saya takmo bagi satu uncang kain net yg di dalamnya diletakkan ermm.. potpouri merapu tu, pasu-pasu kecik yg bakal dibazirkan dan diletakkan merata-rata oleh kebanyakkan tetamu [berapa kerat sgt yg suka kumpul pasu2 kecik tu kan?], atau apa-apa jua cenderahati picisan yg dah sah akan membazir. Kalau mak saya izinkan... Bunga telur pon jangan harap saya nak bagi. Tapi mesti mak saya suh sediakan juga kan? Sbb adat dah berzaman buat gitu. Kang saya melawan kang, jadi anak derhaka plak. Huhu. Doorgift pasti akan berupa makanan yg boleh dimakan. Muktamad.

Kemudian... Saya nak pasang lagu-lagu nasyid terutamanya lagu Barakallah nyanyian Maher Zain pada hari perkahwinan saya nanti dengan volume yang just nice, tak memekak sampai tetamu nak berbincang tentang kecantikan saya pada hari itu pun terkancat. [hahahah.. perasan again...]. Saya cuma tak faham jika majlis kahwin yg pasang lagu kuat gila. Nak bagi org Singapore dan Brunei dgr skali ke lagu-lagu tu? Sorry.. Jauh. Tak sampai punyer. Pasang slow-slow je sudah. Tapi rasanya Kak Long saya mesti tak bagi pasang lagu-lagu. Kalo beliau tak bagi, takper la.. I ikut je. Takde la penting sgt pun semua tu.

Dan juga, saya tak hingin utk menukar berpasang-pasang baju. Sebab saya pemalas. Hahaha.. Aku takleh rimas2 gitu. Nanti saya jadi badmood. Sebab serabut. Hehehe... Saya juga berharap, saya period pada hari perkahwinan itu... Hahahaha... Mesti korang fikir lain kan? Sbelum korang fikir yg bukan-bukan, biar le saya explain. Sbb time kawen, once in a blue moon, nak juga la saya mekap walaupun tak tebal. Mesti la perlu kelihatan rapi dan terurus. Kan hari penting. Kang kuar muka kulit kering saya time tu kang... Haa... pengsan plak tetamu tgk. Jadi, kalo saya period, tidaklah saya terlewat untuk solat dalam keadaan sibuk2 tu. Takut saya terlalai je. Tapi kalo saya tak period pun ok je. Ader la kebaikan yg lain di waktu lain kan? Kehkeh...

Saya ni sebenarnya simple je orangnya. Itu la diri saya yang sebenarnya. Jadi, perkahwinan saya pun saya nak simple. Yg tak beriya-iya. Saya hanya akan buat majlis tu, betul2 mengikut duit yg saya miliki sahaja, tanpa membuat personal loan. Bagi saya... cukup-cukup la hutang yg ada. Tak sanggup nak tambah lagi. Jadi,.... Sahabat-sahabatku... Andai kata kamu dtg ke kenduri perkahwinan saya nanti [yang tak tau biler. Hahaha... Doa-doakan la agar cepat ye..]... Sila jangan merasa aneh jika kamu mendapati, majlisnyer sangat ala kadar dan tak glamer serta tak grand continental.

Pengantin adalah raja sehari. Maka, saya ingin menjadi raja sehari yang berjiwa rakyat. Heheh.

3 comments:

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...