Iklan! Iklan! Sila Click!

24 November 2010

Gubahan Hantaran Bertunang




Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ok... Fine. Nak cerita pasal tunang lagi. Hahahah... Nampaknya cerita tentang bertunang ni hanya akan habis, bila saya kawen nanti je. Sbb lepas kawen, akan citer pasal kawen plak. :p.

Majlis pertunangan saya ari tu, bleh dikatakan mcm 'all of sudden' juga. Sbb mula-mula plan nak merisik je. Pastu ntah mcmn ader minah gedik sorang tu [aku la tu kot, hahaha] nak buat majlis bertunang terus. Err... Dalam masa 2 minggu je dari tarikh bertunang yg saya ada untuk buat preparation. Tapi oleh sebab saya ni seorang yang 'cool' menurut kata Mr Storm [suka beli jiwa saya], so saya relax je walaupun masa dah suntuk. Ok.. Saya tipu. Saya tak relax langsung. Rasa mcm menggelupur gak sebenarnya. Tanya OrgKgBaru, tanya JekJan pasal mcm2. Hantaran le, baju ler. Nak pinjam baju bertunang OrgKgBaru dah tentu la tak muat kan.. Memandangkan saya ni dari baka yg lebih besar dr beliau. Pasal hantaran saya mmg betul2 takde experience sbb dalam family saya pun, yang terakhir kawen ialah abg saya iaitu 10 thn dulu. Masa tu saya skolah lagi dan mmg tak amik port hal-hal ni semua. Nasib baik le ader OrgKgBaru. Dia la yang bgtau kat mana nak beli barang-barang utk gubah hantaran, barang apa yg perlu dibeli, then nak buat mcmn semua...

Jadi, sesiapa yang last minute mcm saya jgk... kalo blur, atau takde idea, bleh la rujuk kalo membantu. Saya kongsikan cara-cara utk menggubah hantaran [yang simple je], kalau kamu terpaksa buat sendiri.

Ok... Mula-mula sekali... Kamu perlu dok diam-diam... tenang-tenangkan fikiran... Kemudian kamu perlu... :

1) Tahu berapa jumlah dulang hantaran yang ingin diberikan kepada pasangan kamu. Ikut adat Melayu, pihak perempuan perlu memberi 2 dulang lebih daripada pihak lelaki dan mesti di dalam no ganjil. Contohnya jika lelaki beri 29 dulang, pihak pompuan balas 31. [Giler vavi banyak nak mampus. Heheh]. Takder la.. biasanya standard 7 balas 9. Masa saya hari tu, 5 balas 7. Last minute la katakan.

2) Lepas dah tau berapa dulang, kamu perlu fikir plak nak bagi apa... Terus je set siap-siap apa yg kamu nak bagi kat dia. Supaya kamu senang nak beli barang-barang gubahan. Biasanya utk bertunang, org bagi makanan-makanan, coklat, buah, kek, kuih2, sirih [sama ada tepak sirih atau sirih junjung - bergantung kepada negeri]. Terpulang la nak bagi barang mahal ke murah. Oleh sebab majlis bertunang saya ari tu dah last minute, saya hanya bagi tunang saya brg2 yang biasa-biasa je. Takde pon jam tangan Tag Heuer atau wallet Braun Buffel. Saya hanya bagi towel, kain pelikat lalalala, sejadah, coklat, kek, buah dan sirih junjung [yg tak lawa langsung hahaha.].

3) Beli bahan-bahan untuk buat gubahan.

Barang-barang yang wajib ada ialah ; a] Gunting, b] Jarum peniti [perlu banyak], c] Glue-gun [ala, gam yg mcm pistol mainan tu, harga RM12 dan refill dalam RM7], d] Pita pelekat [Seletip].



Sebenarnya mengikut teori saya... untuk buat gubahan hantaran ni senang je. Asalkan tahu basicnya. [Gubahan yg saya nak tunjukkan ini adalah yang biasa punyer dan simple je yer. Kalau nak grand2, sila tempah mak andam artis utk gubahkan].

Mula-mula, kamu perlu tahu... Hantaran ni, apa-apa pun, mesti kita nak kena letak barang yang kita nak bagi tu, di atas sesuatu sebelum digubah kan? Jadi, biasanya orang akan alas dengan polistrene atau dlm bahse Melayunya = gabus... Gabus ada banyak bentuk. Ada bentuk bulat, 4 segi atau bentuk love. Dan ader saiz besar, ada saiz kecik skit. Dan ada yang tebal, ada juga yang nipis skit. Yang saya pilih ni, gabus 4 segi yang nipis.

Harganya RM 1.00 sekeping. Biasanya buah org akan letak dlm bakul. Jadi, drpd 7 dulang... tolak buah, kena beli 6.

Oleh sebab gabus ni togel je. Putih gitu je, pastu nampak bulat-bulat teksturnya, maka kita perlula balut skit ye dak? Takkan nak biar je putih kosong gitu. Jadi, silalah beli pembalut. Kertas. Atau kain. Nak kertas yg warna apa, corak mcmn, terpulang. Ikut tema masing-masing. Katakan saya pilih silver. Utk pembalut ni, biasanya utk 6 keping polistrene... Cukup dgn 2 gulung je kertas tu. Tapi kalo tak yakin, takut terkoyak ke, tak pandai bajet kertas ke, bleh le beli 3 gulung. Kertas ni segulung RM4.20.



Lepas tu, balut le gabus tu dgn kertas silver tadi. Nak lekatkan tu guna pita pelekat. Jgn guna glu-gun. Kang berlubang plak gabus tu.



Tapi walaupun dah balut dgn kertas warna, masih lagi nampak togel kan? Jadi, balut la keliling gabus tu dgn reben. Reben ader mcm-mcm jenis, mcm2 pattern, warna. Sila cari kat kedai barangan gubahan. Kalo nak lagi nampak bersungguh-sungguh skit [bior nnt org akan tau... "pergh.. minah ni memang sungguh2 nak bertunang". Hahaha], boleh hias lagi dgn kain. Kalau tak silap, nama kain tu organza. Atau bleh try kain net. Atau chiffon. Saya pilih organza. Semeter harganya RM 6.00. Bleh beli 2 meter utk 6 keping polistrene. Tu pon ada lebih lagi.


Caranya, potong kain organza tu, 2 inci lebih besar dari saiz gabus. [Lebihkan 2 inci di ke-empat-empat sisi segiempat itu]. Dan lekatkan menggunakan glue-gun. Nanti efeknya akan nampak berombak macam ini....




Kemudian, belilah bakul-bakul kecil, bunga ikut selera masing-masing, then susun dan lekatkan ikut suka-suka hati you all aje. Contoh yang saya buat...



Ini untuk letak coklat. Kalau nak letak potpouri yang tak berfaedah tu pon bleh. Nak letak bunga rampai pun boleh juga.


Dah siap 1 gubahan kan?

Ni Gubahan Kain Pelikat

9 comments:

  1. xleh guner glue gan sbb glue gan panas ker? (yg ko cakap gabus tu akn lobang)

    ReplyDelete
  2. Ayunk Mama : Ye, tepat skali. Sbb gluegun panas. Nnt berlubang gabus.

    Aida : Cantik ke? Thank you... hihi.

    ReplyDelete
  3. I pakai glue gun tak berlubang pn? hmmm...kena make sure gum tu tak terlalu byk la kot...so that cantik sikit n melekap dgn kemas..hehehe...anyway, i pn hantaran sibuk buat sendiri try n error..bidan terjun jugak...congrats la ye??

    ReplyDelete
  4. Red : Owh, tak berlubang ek? Heheh.. I tak tau pon. Org yg ckp mcm tu. So, it's a nice share. Thank you. Tahniah utk u juga. Seronok kan buat hantaran sendiri. Puas hati wp takde la lawa mana.

    ReplyDelete
  5. thanx...idea menarik...blh la ikut mana yg patut. mmg btl2 blur nak buat hantaran ni. dah tanya kedai mcm mahal sgt lak...so, rasanya better buat sendiri n lebih puas ati.. :)

    ReplyDelete
  6. Ija : Goodluck.. Nak bertunang ke? Tahniah ye... Buat sendiri walaupun tak cantik mana, tapi akan rasa best je..

    ReplyDelete
  7. yes... bley tnjuk kat couzen yg nx tnang ta0n ny
    =)

    ReplyDelete
  8. askum cntik lah gubahan ne but the way i pn nk lah cuba xcntik asl kn puas hati kn emm.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...