Iklan! Iklan! Sila Click!

21 November 2010

Cuma Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Yang saya tak faham tentang majlis perkahwinan.......

1. Lagu - Kalo ada live band kat majlis tu, lagu 'Bosanova' memang tak-penah-tak-ada. Mesti ada punyer. Tak kira ler kat KL ke, kat Kuantan ke. Balik-balik lagu tu. Balik-balik lagu tu. Serius saya rasa nak muntah dgr lagu tu. Nyanyi le lagu2 yg up to date sket. Lagu Yuna ke. Lagu Tilu ke. Mcmn le industri music tempatan nak maju?? *Chey... macam le aku ni menyokong sgt industri muzik tanahair. Padahal selama ni donlod kat internet je semua lagu.

2. Hantaran - Tak faham kenapa mesti nak kena bagi daun sirih masa bertunang atau kahwin. Ye saya tau itu adalah adat.... Maksud saya, saya tak faham, kenapa org yg mencipta adat tu memilih daun sirih, instead of daun2 lain yg ada kat atas muka bumi ni? Bak kata Mr Storm, kenapa tak bagi daun pucuk ubi ke, daun sawi ke. Daun-daun tu bleh dimakan gak apa.... Kot2 zaman dulu, daun sirih tu adalah daun yg termahal dan menjadi jajan yg paling sedap, tak tau la kan? Saya persoalkan perkara ni bukan sebab apa.... Tapi sebab lepas dpt sirih tu, dah tak tau nak buat apa dgn daun-daun tu. Sape je yg makan sirih skrg ni? Bukankah last skali buang je? Sian plak kat daun2 tu. Kalo mereka terus tinggal di pokoknya kemudian layu dan gugur sendiri pon lebih baik drpd kita petik, then bazir-bazirkan kemudian buang. Eii... Benci! Masa saya gubah sirih junjung utk hantaran bertunang saya ari tu... mmg perasaan saya agak kurang happy. Sbb saya mcm sedih nak sia-siakan daun sirih tu. Jadi, sbb tu la sirih junjung yg saya buat tu tak lawa pun. Hahahah.. *Ayat cover sbb tak reti gubah sirih.

3. Salam - Pegi umah org kawen, bila bersalam dgn tuan rumah.... kena bagi duit. Kalo tak bagi, kita akan rasa bersalah sorang2. Seolah2 macam gi makan kat kedai gak.... Lepas makan, kena bayar. Memang ler pemberian tu mengikut keikhlasan... Tak dinafikan. Cuma perasaan 'bersalah dan segan' kalo kita tak beri apa2 tu yg saya rasa tak berapa best. Tapi nak buat canner kan? Majlis kawen saya nnt, mesti akan begitu juga. Sbb dah jadi adat, mmg org buat mcm tu. Cuma pesan saya kat kawan2 yg akan hadir ke majlis perkahwinan saya nnt, tak perlu rasa bersalah kalo tak hulur duit, atau tak bwk hadiah utk saya. Serius, saya tak kisah. Kehadiran kamu semua dah saya anggap sbg hadiah yg paling bermakna utk saya. Itu pon dah memadai. Yela.. Ada tetamu yg dtg dari jauh. Kos perjalanan lagi. Makan masa yg lama lagi. Pastu kena bagi duit lagi, hadiah lagi kat pengantin. Bukankah jadi beban? So, saya hanya harapkan kedatangan kamu semua je. Utk meraikan saya. Hehehe..

Tu je la kot. Mesti la ader lagi dlm fikiran saya. Tapi yg lain2 tu biarlah saya pendam je. Sbb terlampau taboo... Nnt marah plak org kalo baca. Kekeke.
Dah le dah lama tak tulis blog... Bila tulis entry baru, citer pasal kawen plak. Mau tak boring? Hahaha... Nasib la kan? Sbb nak citer pasal anak... takde anak lagi. So, citer le pasal apa yg saya sedang lalui.

5 comments:

  1. 1-lagu: no komen. masa aku kawen, sajer tak nak pasang. kat serdang pun laki aku tak nak pasang lagu2, tapi majlis kawen aku kat serdang tu telah dicanangkan oleh family & jiran2 serdang sebagai kenduri kawen yg paling sunyi sepi. ntah apa2, bukannya takdok org dtg. tradisi diorang suka psg lagu kuat2 & karaoke bagai. ko tau, siap bilal pun karaoke bagai nak rak. haih...sendiri mau ingat.

    2-sirih: ko pakai sayur lain, abis la layu. sirih tu tak layu pun. pastu sirih tu sebenarnya sangat elok utk wanita

    3-ntah aku pun taktau naper :)

    ReplyDelete
  2. nak tgk pic "gitu2" masa hari haji hari tue..

    ReplyDelete
  3. Kakak CHumel : Aku pon bercdg takmo psg lagu2 masa lajlis aku nnt. Sbb aku tak suka memekak. Oo...sirih tu utk pengantin pompuan ke? Haa. Takpe, kalo mcm tu, nnt masa kawen, aku kutip semua sirih tu, aku rebus, then airnyer aku minum... Kehkeh. Thanks for the info. Aku lupa.
    Anynomous : Org yg bertuah itu adalah Mr Storm.
    Yuna : Aku share kat FB.

    ReplyDelete
  4. Ini jwpn kawan saya [Kak Ros] di Facebook :
    "Sireh ni sebenarnya simbolik adat melayu kita. saya pernah terbaca artikel berkenaan hantaran nireh ni, lupa dah nama buku n pengarangnya...dlm artikel tu ditulis berkenaan simboliknya hantaran sireh ni sebenarnya ada byk rasa, masam, manis , pahit masam....mcm rasa daun sireh, pinang, gambir, jadi itulah sebenar rasa dalam hidup berumahtangga,,,klu org dulu2 mereka yang menerima pinangan atau perkawhinan perlu makan sireh ni...tapi hari ni, lebih kepada hiasan semata2, sbb kita x tahu rasionalnya sireh tersebut diberi., klu kaum india pulak wajib ada pokok pisang, daun mangga, ini pun simbolik kepada pelbagai rasa dlm alam rumahtangga ~wallahua'lam~"

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...