Skip to main content

Sub-conscious Mind. Minda Bawah Sedar. Hypnosis. Hipnosis.


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Kamu sedar tak bahawa, apa saja sifat atau tabiat kamu dikawal oleh minda bawah sedar? Termasuk le buang tebiat. Kehkeh. [Sorry. Buang tebiat tu saya tak pasti sama ada dikawal oleh minda bawah sedar juga atau tidak].

Masa tengah sedar, tgh berjaga, tgh tak tido, tak pengsan, tak hisap dadah..... Minda kita ni hanya mengawal 10% sahaja daripada seluruh tubuh kita. 90% lagi, minda bawah sedar yang kawal.



Hah, nampak gmbr iceberg kat atas ni? Mcm ni la umpamanya menggunaan minda kita. Minda bawah sedar atau subconscious mind ni adalah minda kamu yang paling dalam. Dan ada cara tertentu untuk mencapai minda bawah sedar anda sendiri. Iaitu dengan hipnosis [hypnosis]. Tapi kalau orang-orang yang dah professional, dierang takyah berhipnosis pun takper. Dierang bleh access subconscious mind dierang dgn mudah.

Apa kaitannya minda bawah sedar ni dgn perbuatan kita? Errm... Menurut pakar hipnosis... semasa kita berada di dalam keadaan minda bawah sedar, apa-apa jua ayat yang dicadangkan [suggestion] kepada kita pada waktu tu, akan melekat di minda dan akan menjadi arahan kepada tubuh kita semasa kita dalam keadaan sedar. Alaa.. susah la nak terangkan topik ni kat sini. Semasa kita di hipnos tu, kita tak tido tau. Kita sedar. Cuma dalam keadaan bawah sedar. Tapi bukan juga mabuk todi.

Contohnya.... Kalau kamu ada masalah mengawal nafsu makan. Kamu asyik rasa nak melantak je. Asal nampak makanan je, kamu otometik bertukar jadi kebulur. Padahal, baru je 2 minit sebelum itu, kamu dah makan nasik beriani kambing 2 pinggan. Huhu... sadis. Ok, kalau kamu melakukan hipnosis... Kemudian dapat berada di dalam minda bawah sedar kamu... Waktu itu, kamu bagi le suggestion kat minda kamu sendiri sperti ini contohnya..."Saya akan sentiasa merasa kenyang. Saya hanya makan apabila lapar sahaja.". Maksudnya.. Mcm reset otak kamu. Kena lakukan berulang-ulang kali... Macam makan ubat gak. Sampai la kamu dah betul-betul 'sentiasa rasa kenyang' dan 'makan bila lapar'. Suggestion tu juga, sebaik-baiknya, biarlah di dalam bentuk ayat positif. Elakkan daripada menggunakan perkataan negatif seperti 'tidak', 'jangan', 'bukan atau lain-lain. Contoh ayat negatif "Saya tidak mahu merasa lapar". "Jangan makan jika tidak lapar". Ok? Faham?

Dengan hipnosis ini juga, kita boleh melatih minda kita untuk menjadi lebih positif. Setiap hari, kita hanya perlukan fikirkan perkara positif je. Jika perkara negatif nak datang je dalam fikiran kita, kita perlu tepis. Eyah! Eyah! Nyah kau dari sini!

Berada di dalam minda bawah sedar ini seumpama kusyuk. Kita fokus dgn minda kita dan berazam. Macamana nak tau kita dah berada dalam minda bawah sedar? Biasanya.... Kalau orang yang amatur [tak professional/baru] perlukan bantuan profesional untuk mencapai minda bawah sedar mereka. Sewaktu melakukan proses hipnosis, apabila kamu dapat merasakan tenang, relax, dan badan seperti berat... atau sesetengah orang merasa ringan melayang dan fikiran rasa sangat fokus... itu mungkin sudah berada di minda bawah sedar.










Hipnosis bukan sihir. Bukan jampi atau ilmu hitam. Tapi menerokai satu bahagian lain minda kamu sendiri. Sebab itu lah, jika kamu perasan... ada orang yang jiwanya sangat lemah. Semangat mereka lemah. Mungkin sebab minda mereka lemah. Minda lemah tak ada kaitan dengan kebijaksaan. Tetapi kekuatan minda itu sendiri. Sebab ada juga orang yang cerdik dalam pelajaran, lemah mindanya. Kekuatan minda menghalang anasir negatif yang lain daripada menguasai minda mereka. Dan ada juga orang yang minda mereka kuat. Tidak mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang negatif. Contoh seperti seseorang, yg apabila dikatakan kepada mereka 'jangan terkena hujan, nanti demam'. Jika minda dia lemah, apabila terkena hujan... dia akan boleh betul-betul demam. Tapi jika minda dia kuat, tidak akan terjadi apapun kepada mereka walaupun terkena hujan. Segalanya juga dengan izin Allah. Sama juga jika kita masuk sesuatu pertandingan.... Jika minda kita sudah setkan... Dengan penuh yakin, penuh keazaman, dengan kusyuk serta fokus.... InsyaAllah kita akan boleh menang.
Macamana caranya nak hipnosis? Haaa.. Yang ini perlulah pergi kursus. Cari la kat internet. Saya tau. Tapi hanya tau asasnya saja. Nak cerita panjang tak dapat la kan... Jadi.. Itu aje. Babai. Thanks for reading.

Comments

  1. dalam sesi perkongsian ilmu disini, akak tu cakap kita perlu merangsang minda bawah sedar kita . Ia dapat menjadikan otak kita lebih kreastif dan berinovasi..

    antara cara2 utk merangsang minda bawah sedar:

    1. kalau drive mana2- jangan pakai GPS..biar sesat sebab ape benda dalam otak kita tgk benda baru..sebab tu kalau perasan, kalau kite pergi suatu tempat rasa jauh..tapi balik kejap je..sebab data tu da ada dalam otak kita..

    2. selalu pergi ke tempat baru.. x kisahla, shopping compleks ke, kedai makan ke.apa sahaja yang tak pernah pergi..

    3. Selalu masuk kedai buku..

    apela yang aku kerepekkan ni..dah macam entri

    ReplyDelete
  2. Bagus Dek Da! Aku suka dengan respon dan perkongsian begini. Sbb part 'cara nak merangsang minda bawah sedar' tu.. aku tak sempat blajar ari tu. Kehkeh. Sbb aku pegi kelas basic je. Dan betul la.. COmment ko kali ni... aku rasa lebih panjang dari entry ko. Heheh.

    ReplyDelete
  3. komen lagi...kalau nak beri anak nasihat, waktu anak mamai2 nak tido tu..waktu yang paling elok bercakap dengan dia sebab minda dia menyerap gitu waktu tu tanpa banyak gangguan..

    jadi die akan terima saja cakap..InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. owww..begitu ya...ahakss...i like...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya