Skip to main content

Mungkin Sebab Aku Dah Tua...

Sejahteralah ke atas kamu, yg membaca blog ini....

Mungkin sebab aku dah tua, aku dah tak kisah orang nak ckp apa. Nak tuduh aku apa-apa pun, aku maafkan je la. Sebab aku hanya menganggap ko sebagai budak-budak je. Lagipun aku memang tak salah dengan ko.

Mungkin sebab aku dah tua, orang selalu memberi anggapan buruk pada aku. Nak buruk sangka dengan aku pon, ikut suka ko la. Aku tak pedulik! Sebab apa yg ko sangka buruk pada aku tu, bukan betul-betul pon.

Mungkin sebab aku dah tua, orang rasa aku layak dibuli. Boleh mengata aku dgn kata-kata pedih. Kononnya mcm berani. But coward. Hahaha... Chicken. Aku hanya buat hal aku sendiri. Dan aku mmg tak kacau sesiapa. Orang yang selalu kacau aku ada la.

Manusia ni suka membuat andaian kemudian memberi hukuman drpd apa yang dilihat dan didengar, walaupun hanya lihat dan dengar separuh je. Aku makin tak faham. Aku rasa seolah-olah aku ni macam arnab yang tersepit dalam jerat, pastu aku plak yang disalahkan oleh tuan punyer jerat, oleh kawan tuan punyer jerat dan mak tuan punyer jerat... sebab dia nak perangkap rusa. Tapi arnab yang masuk. So, arnab yang salah sebab tak berhati-hati. Dan seolah-olah memang jadi tanggungjawab arnab je utk mengelakkan diri daripada jerat tu. Orang lain langsung tak bersalah. Huuu.... huuuu... Sedihnya aku rasa....

Apa lagi yang aku boleh buat? Aku tak mahu menceritakan keburukan orang lain. Aku tak mahu mengadu domba. Aku tak mahu menyalahkan orang lain demi membela diri aku... Jadi, blog ni je yang aku ada utk ekspres suara minda aku. Dan hanya kepada Allah aku mengadu... segala salah faham yang dilemparkan kepada aku. Sobbb....sobb..... sobbb.... :(

Musuh akan gembira apa bila melihat aku bersedih. So, bergembiralah wahai musuh-musuhku.... Aku sedang bersedih. This is your moment to celebrate.

Comments

  1. Ko ada musuh ke?? ish2...tak baik la dia orang ni kan, musuh ngn ko...

    ReplyDelete
  2. uish..ko sedih dgn sapa nie..nak tau gak..lain mcm je bunyi nye..

    ReplyDelete
  3. Zuna & Aida : Thanks for concerning. Biasa la. Sesama manusia ni byk je tersalah faham. Aku relax je wp hati luluh. :) ~Senyum penuh kepahitan.

    ReplyDelete
  4. aku ke? aku ke? rasa mcm tak, tapi ntah la kot tak perasan

    ReplyDelete
  5. anda tua kah? hakikatnya tua atau muda bukan diukur dari sudut fizikal hayat...umur dunia ini singkat...namun,perjuangan masih jauh...selangkah kita menuju kpd Allah, selangkah jua ujian Allah menerpa hny semata2 utk menguji ketulenan hati kita yg ingin kembali kpdNya...wlupun begitu, Allah maha Pengasih Maha Penyayang..Maha Mengetahui...ada hikmah disebalik setiap dugaan...biar dimusuhi seisi dunia pun, yg penting redha Allah itu bersama...apa guna jika disayangi,disanjungi seisi dunia sekalipun andai murka Allah ada..la tahzan...(pesanan utk diri tetapi dikongsi bersama...=] )...

    ReplyDelete
  6. Kakak Chomel : Ish... Dah tentu bukan ko.
    Zykron : Thanks. Kata-kata yg sungguh bermakna untuk dikongsi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya