Skip to main content

Mimpi Saya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Selalu mimpi tak? Ermm, saya sangat-sangatlah seorang pemimpi. Tiap2 hari saya mimpi. Waktu tidur, saya mimpi, waktu berjaga saya kuat berangan. Berangan project perniagaan untung juta-juta, berangan kalau masuk syurga nak ada binatang kesayangan iaitu kucing bulu tebal warna putih dan bersaiz sebesar lembu, tapi manja gila serta tak berak dan tidak kencing merata-rata, juga boleh bercakap dan bulu tak melekat kat baju serta saya takyah bagi makan. Hahahah. Merepek aje kan...

Mimpi ni menurut Ustazah Masyitah Zuhaila Ibrahim ada 3 kategori. Pertama, mimpi yang merupakan mainan syaitan. Memang banyak mainlah syaitan ni! Kalo manusia suka main bola. Takpun kanak-kanak suka main Lego. Tapi syaitan suka bermain dgn mimpi manusia. Contohnya kalo mimpi tah hapa-hapa, pegi menari terkinja-kinja kat disco kot. Jadi, kalo mimpi kategori pertama ni, abaikan je la. Pastu, kategori kedua pula mimpi kebaikan yang memberi petunjuk. Petunjuk tu pula tak semestinya direct. Tentu sahaja secara tersirat. Contoh mcm mimpi makan makanan yang lazat-lazat. Bermaksud akan mendapat kebaikan. Kebaikan tu plak tak semestinya sama dengan apa yg kita mimpi. Boleh jadi kita mimpi memancing dpt ikan besar, tapi rupa-rupanya nak dapat bonus 12 bulan gaji. Konon je la.. Dan kategori ketiga pula mimpi-mimpi buruk yang memberikan peringatan supaya berhati-hati. Contoh macam mimpi tenggelam dalam banjir ke, atau mimpi kena panah petir kot. Mungkin ada musibah yang akan terjadi.

Saya penah mimpi makan buah anggur, kismis dan kekacang-kekacang yang sedap. Dalam buku tafsir mimpi yang saya ada, tafsir mimpi makan kismis ialah saya akan dapat suami yang baik dan beriman. Masa tu padahalnya saya muda lagi. Tak amik port pasal kawen-kawen ni. Dan buah anggur pula adalah salah satu makanan di syurga, juga membawa maksud akan mendapat kebaikan. Cool huh?

Baru-baru ni, saya mimpi.... saya pergi rumah salah seorang kawan lelaki saya.... Berjumpa dengan ibu beliau. Lalu ibu beliau memberikan saya duit seringgit2 sebanyak 22 keping dan sekeping duit syiling 50 sen. Wahhhhhhhhhhhhh.... Cool right? Semoga mimpi menjadi kenyataan.




*Huuwaa... Aku kata aku takmo citer pasal personal dah. Tapi tak tahan nak cerita. Bleh kena barah hati kalo tak luahkan dalam blog ni. Huhh.. Kronik..

Comments

  1. aku duk bayang ustazah masyitah zuhaila cakap bait2 kata yang ko taip..siap dengan gaya tuhh..aduyaii.

    ReplyDelete
  2. hah rasanya faham je maksud tersirat disebalik mimpi dpt duit tu hihi..harap2 sy tak salah faham..

    ReplyDelete
  3. Aida : Alamak.. Aku pon dah terbayang skali.
    Eda : Haaa... Kan smlm aku search niali mas kahwin mengikut negeri. Hehehe. Betullah kat Pahang mmg RM22.50.

    ReplyDelete
  4. nak kawen dah ker?

    elok lah, dah thirty something pon...

    hehehhehehee...

    ReplyDelete
  5. masa baca syiling 22 keping tu dah tau dah. Kita kan sekapal. Aku doakan mimpi yang itu jadi kenyataan. tapi ibu siapakah itu? jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  6. Anonymous : It's only 'thirty' without 'something'.
    KakakCHomel : Ibu-ibu bapak-bapak, siapa yang punya anak... bilang aku,.. Hohoho...

    ReplyDelete
  7. what the heck???!!!!
    Kerja yg sia-sia, psl mimpi pun nak citer...
    Most of the Malays mmg kuat berangan dan malas pikir hal2 yg berfaedah...
    Takleh terima?! Tgk je lah channel hiburan skrg, hiburan byk ke or education yg byk?!

    ReplyDelete
  8. Anon : Thanks for the comment. Tak kisah pon kalau u nak kata apa yg i citer tu keja sia-sia. Sbb itu adalah pendapat masing-masing. Sesuatu pendapat tu hanya relevant bagi org yg mengeluarkannya. So, terpulang la ye Nyah. TQ juga sebab sudi baca blog ni. Sgt hargainya. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...