Skip to main content

Happy Befday Abg Ri.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Aihhh... Malam dah larut, tp waktu ni la idea banyak. Ader aku MC lagi ni esok... Kehkeh.

Siapa Abg Ri? Hihi.. Beliau sepupu saya. Anak Pak Long saya. Umur beliau jauh la berbeza dengan saya. Dah besar dah. Waktu saya kecik dulu, Abg Ri kawen dgn jiran saya, Kak Idah. Pehtu, ader satu hari tu.... Kak Idah ni ajak saya dan geng kapak saya [Imah, Ojin, Sobey] datang rumah beliau. Sebab nak menyambut hari jadi Abg Ri katanya.... Adik kepada Kak Idah tu, namanya Ebi[pompuan]. Beliau kata, nnt masa majlis hari jadi tu, bawak la hadiah apa-apa pun untuk Abg Ri. Sebab beliau kata, Abg Ri tak kisah pun. Kalau bagi cikedis [jajan] yang berharga 20sen pun Abg Ri suka punyer.

Saya dah jiwa kacau dah masa tu. Sebab setiap petang, mak hanya akan bagi saya 20sen je duit belanja utk beli cikedis. So, kalo saya nak bagi hadiah kat Abg Ri, nnt saya takleh beli cikedis. Tapi takper la... Demi kek harijadi punya pasal[sejak kecik suka makan kek].... Saya sanggup la korbankan 20sen tu untuk beli cikedis sebagai hadiah hari jadi Abg Ri. Saya beli keropok jagung yang bersalut coklat, yg bernama 'Gaga'. Plastik dia kaler kuning. Kira sedap la gak cikedis tu. Tu kiranya makanan kegemaran saya la masa tu. Then, saya balut dgn kertas warna, warna biru gelap. [Dulu kan ader kertas warna yg nipis tu, murah je.]. Itu pun kalau tak silap... Ebi yang bagi. Hahahah....

Lepas dah balut semua... Saya bagi la kat Ebi, hadiah untuk Abg Ri tu. Lepas tu, sementara nak tunggu majlis hari jadi tu bermula [jam 3.00 ptg], saya sambung la main dengan Imah dan Ojin. Pastu saya pegi umah Imah. Imah ni kira macam ader pertalian darah jugak la dgn saya. Kat umah Imah masa tu, ada abang beliau yang bernama Fahmi. Fahmi ni dah skolah menengah dah masa tu. Then Fahmi tanya, kami dari mana... So, saya cerita la... Pegi umah Ebi, bagi hadiah Gaga untuk Abg Ri. Pastu boleh tak Fahmi marah. Beliau kata saya bodoh. Sebab kena tipu dengan Ebi. Beliau kata, memang la Ebi kata nak bagi Abg Ri. Tapi sebenarnya mesti Ebi yang akan amik hadiah tu. Fahmi meyakinkan saya bahawa Abg Ri mesti tak pandang punyer cikedis mcm tu, sebab Abg Ri dah dewasa. Huuuu... Saya pun ternganga je dengar Fahmi cakap. Then, Fahmi suruh saya pegi semula kat umah Ebi, dan beliau suruh saya mintak balik hadiah Gaga tu. Saya ikut je plak tu cakap Fahmi. Haaihhhh....

Saya pegi umah Ebi.... Bagi salam, pastu saya mintak balik keropok Gaga tu. Pastu Ebi mcm konfius la.. Apsal dah bagi, bleh mintak balik. Then saya tak ingat apa jawapan saya masa tu. Last-last Kak Idah masuk campur, dan saya berjaya mendapatkan balik Gaga tu. Yeahhh... Menang.... tapi bengong giler...

Lepas dah dpt balik keropok Gaga tu, saya pegi semula umah Fahmi, utk tunjuk kat beliau.... Pastu kan.... Huuuwaaaaaaaaaaaaa..... Fahmi yang makan Gaga tu. Kuang hasam betul Fahmi ni. Saya tertipu bodoh-bodoh macam tu je... Ishhhh... Geramnyaaaaaaaaaaaa....

Tapi, muka tak malunya.... Saya boleh lagi pegi ke majlis hari jadi tu, makan kek... hahaha... Mmg sungguh tak malu. Ngaper la saya mcm tu masa kecik dulu.. Tak elegant langsung. Hiiii....

Ok... Dahhhhh.....

Comments

  1. hepi besday abg ri jugak..walau tak kenal abg ri..hehe

    ReplyDelete
  2. ish2..kelakar la ko ni lyd..
    tapi masa tu kecik, mana la faham sgt walaupun org yg tipu ko tue nama dia fahmi..
    Ada kene mengena ke faham ngn fahmi????ko jawab la sendiri... :)

    ReplyDelete
  3. Aida : ntah biler bday Abg Ri tu. Aku pon dh luper.
    ZUna : Ader la jgk kot kaitannya 'faham' dgn 'Fahmi' tu. Cuma masa tu, aku tak dpt nak relate nama beliau dgn penipuan beliau tew..
    E-Jay : Are u sure budak2 je yg selalu kena buli? Yg ko buli bos ko tu, canner? Tak kecik pon. Huhu . Selamba je ckp "Banyaknyer!!!" biler bos bagi keja.

    ReplyDelete
  4. hahaha aku dulu penah buli kawan aku, sbb dia buli aku dulu. dia mintak coklat yang ayah aku beli dari KL (masa tu hebat sangat la kalau beli barang dari kolumpo. hehe). dia paksa aku. last2 aku kata boleh, tapi aku suruh dia kemam biji chess (catur) yg aku amik dlm keta ayah aku. sian budak tu, dia ikut jer cakap aku, sib baik tak tercekik. akhirnya, aku tak bagi pun dia coklat tu, sbb aku pun dpt sikit jer. huhu

    ReplyDelete
  5. Eii... Kejam nyer ko Kakak CHumel.. Tp aku pon penah gak buli anak buah aku... Kalo dia mintak coklat, aku suh dia buat benda2 lain dulu. Nyanyi ke. Suh ckp aku cantik ke, puji2 aku ke. Hehh.. Tp last skali aku bg la jugak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya