Skip to main content

Raya Ketiga : Lagi-lagi Flash Mbekkkkkkk....


Sejahteralah ke atas nko yang membaca belog haku ini....

Dah lama tak mengarang dengan menggunakan ganti diri 'aku'. Ce aku test try sket. Ari ni nak guna perkataan aku.

Bak kata pepatah Pakistan "Jika sendiri tiada mampu memakan roti, jangan berani memesan daging". Maksud dia, lain kali kalo tak pasti boleh tunaikan, jangan mengada-ngada nak berjanji. Marah orang Pakistan kalo dengar ni. Sebab aku reka je pepatah tu. Chupp... Aku tujukan untuk diri aku sendiri la pepatah tadi tu. Sebab last entri dulu, aku janji nak citer pasal raya ke-3. Padahal aku tak rasa pun ader org yg ternanti-nanti entri terbaru dari aku. Tapi kalo dah janji, kena la tepati kan. Ni dah makan 5 hari asyik takder kemajuan je blog aku ni.

Sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun terjadi di hari raya ke-3. Cuma pergi open house umah Abang Chik aku je. Raya ke-4 umah Abg De. Raya ke-5 dok umah ternak daging kat badan. Raya ke-6 umah Kak Long dan raya ke-7 kat umah Abg Sidi AR. Gitu je la kitaran raya aku. Cuma nak kongsi dengan korang lagi beberapa gambar aku bersama keluarga aku, tidak kira.... walau di mana jua... anda berada [sambil menunjukkan ke depan, menggunakan ibu jari].

Lydi and nieces, Syuhada dan Maisarah [Makk aihhh... Gomutnya aku]
















Ni la gambar yg paling mahal... Susah giler nak amik gmbr dia ni. Asyik lari je biler org nak amik gmbr dia. Ishh... Ikut perangai saper ntah pemalu sangat ni....




Ok... Enaf citer pasal raya. Aku stress giler, apabila mengenangkan yang aku dah makin membadak lepas raya ni. Makan tak hingat. Asal ada makanan je, aku rasa nak makan. Asal ada makanan je aku rasa nak makan. Asal aku rasa nak makan je, ada makanan.... huuhuuu... Lepas ni sila bawak-bawak la insaf yer Salida Chan.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...