Skip to main content

Raya Kedua : Flashback Lagi...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Persoalannya : Ada ke orang Melayu Islam kat Malaysia yang sambut hari raya kedua dengan mendaki bukit dengan alasan untuk beriadah? Hahaha... Jawapannya sudah tentulah ada. Sayalah orang Islam itu. Gila ke aktiviti mendaki bukit di pagi raya kedua? Gila ke? Haaa? Gila keeeeee? Jawab!!!!![Berdrama plak.].

Bagi saya tak la gila sangat. Sebab the whole family bagi sokongan moral dan beri keizinan. Mak saya siap tolong kejutkan lagi pagi tu, kul 6 pagi takut saya terlewat bangun untuk melihat sunrise di atas bukit itu. Cool kan? Plan nya dah lama. Sebelum cuti raya lagi. Saya dan Wonk [anak buah saya], bercadang nak daki bukit tu untuk menguji kecergasan dan stamina masing-masing. Heh, poyonya lah. Dan biasanya kami hanya berada di kampung pada waktu yang sama, hanya pada hari raya. So, hari raya la yang jadi pilihan.

Bukit yang saya daki tu, namanya Bukit Panorama. Asal usul nama tu, saya tak pasti. Mungkin sebab dari atas, bleh nampak panorama kawasan Sungai Lembing dan yang paling hebat sekali, sebab boleh nampak Kompleks Teruntum yang letaknya di bandar Kuantan [40km dari Sg Lembing]. Huhh... hebat...hebat.... [Tepuk la tangan woiii!! Hebat tu kan? Ish... Korang ni mmg tak menghayati kehebatan Bukit Panorama. ~Ader korang kesah? Hehehe]

Ketinggian bukti tu pun saya tak pasti. Walaupun tak setinggi Gunung Kinabalu, tapi yang penting, masa mendaki tu, boleh mendatangkan kepenatan yang berganda-ganda. Sebab bukit tu bertangga simen. Korang tau-tau je la kan.. Kalo naik tangga ni penat. Ada lebih dari 800 anak tangga juga.

Ahli ekspedisi kami mula-mula ada 7 orang. [Mcm bagus je guna perkataan xpdc tu kan? Padahalnya, sorang2 mendaki bukit tu, pakai slipar jepun je. Tak layak pun nak panggil xpdc.] 2 orang lelaki [Wali dan Waqi], 4 orang perempuan [Wonk, Fadzilah, Hana dan Aisyah] serta seorang wanita [Saya la tu. Hehehe... Sebab i kan dah tua namun tetap gorjes dan awet muda. Kalo tak caya, tanya Wai Foong. Wahhhhh.]

Separuh jalan mendaki, 2 orang lelaki itu sudah menyerah kalah.... Dan turun semula... Warghhhhhaahahahaha... Apa laaa... Dengan alasan, ramai sangat orang, sesak gila, jammed, dan berbagai-bagai lagi alasan yang sewaktu dengannya. Tapi, memang tak dinafikan... Waktu kami mendaki tu, hanya kami je orang Melayu yang ada di situ. Yang lain semua Cina dan seorang sahaja India. Waktu kami naik tu dah terlambat. Dalam kul 7 pagi. Sedangkan motif utama nak daki bukit tu ialah untuk tengok sunrise. Tapi kalo dah kul 7 tu, the sun was already raised la wei... Jadi, sebab tu la, masa kami naik tu, orang lain semua dah on the way turun. Berlawan arus la nampaknya. Dan bila berselisih dengan orang-orang yang turun tu, ramai la yang wish Selamat Hari Raya kat kami. Kami pun tersiput-siput sedut la kat situ.

Antara kami berlima yg tinggal tu, kami agak risau dgn Aisyah. Sebab beliau ada asma. Tapi takpe. Dah bawak bekal inhaler. Lagipun stamina beliau, mak beliau sendiri pun ragui. [Mak beliau = kakak saya]. Masa dah naik suku bukit tu, Aisyah penat. Berhenti. Dan waktu tu sebenarnya saya pun dah semput gila. Dalam hati, tengah fikir, macamana la saya nak buat alasan untuk turun balik supaya saya takyah naik lagi bukit tu. Dalam otak ni, dah terfikir nak gunakan alasan, nak temankan Aisyah. Hahahaha.... Tapi baru je bercadang nak speak out the idea, tetiba je nampak sorang nenek tua lalu berselisih dengan kami.... Huuu... Jauh airmuka kalau saya turun balik nih,.. Hinss... Maka, terpaksa la naik jugak.

Akhirnya, selepas dah banyak kali temankan Aisyah berhenti, sampai juga ke atas walaupun saya sampai last skali. Hahaha. Saja je gunakan nama Aisyah sebagai alasan. Padahal diri sendiri pun pancit gila vavi. Bila sampai kat atas tu, rasa puas sangat sebab dapat tengok view yang sungguh cantik...




Eric Leong bertanya "Cantik tak???!!!







Dan ... pada petang hari yang sama, saya ikut plak abang-abang saya pergi mandi sungai.


Dua orang kanak-kanak yang ditemui terdampar dengan penuh dramatik di tebing sungai Kenau.



Pengubang-pengubang handalan. Dari kiri : Abg Di, Arief, Airey dan De.

Ni jelah gambar-gambar yang saya sudi share dengan kamu. Kesudahannya, hari raya kedua tu, saya tak ada gambar berhari raya pun. Hehehe...

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...