Skip to main content

Nyah Kau, TokSin!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog yang tak semenggah ini....

Biasa dengar @ tengok Detox Patches tak? Ala... Benda alah yang orang tampal kat kaki masa tido tu. Then bangun-bangun dari tido Subuh esoknya, tengok-tengok patch tu dah bertukar [bertukar!] jadi kaler hitam. Menandakan toksin yg dah ternyahkeluar dari badan orang yg menampal tu.



Saya suka benda-benda magik ni. Ala-ala mistik la konon. Mcm kita buat sesuatu, tetiba esoknya... tadaaaaa ... kita akan dapat hasil. Contoh macam main Farmville, hari ni tanam Yellow Melon, 4 hari lepas tu boleh tuai dan jual. ~Ceh, takder kena mengena contoh ni.

Masa saya mula-mula cuba pakai Detox Patches ni, saya saje je suka-suka. Sebab rasa terhibur plak bila dapat tahu warnanya boleh bertukar hitam. Dalam masa yang sama, nak test toksin dlm badan saya. Nak tgk banyak ke tak. Hehehe... Memang tak ada niat langsung untuk kesihatan ke, untuk kekuatan tenaga batin ke atau untuk kecantikan dalaman.

Bila saya pakai malam tu, pagi esoknya bila saya bangun pagi.... Rasa ringan gila badan saya. [Macam kapas.] <-- Propa la tu. Tapi memang rasa segar je badan. I tak tipu tawww.... Seyes ni. Dan patches tu plak memang bertukar jadi hitam gila la. [Pakai sepasang, di kaki kiri dan kanan].

Tak pasti macamana benda ni berfungsi, tapi ia telah memberi efek yang best va-va-vroom. Mula-mula saya ingat patches tu jadi hitam sebab peluh. Jadi, saya buat ujikaji. Saya tampal kat perut 8 jam. Tapi tak bertukar pun jadi hitam. Pastu saya buat teori kedua.... Mesti bertukar hitam sebab kena udara dan masuk angin. Saya test la sekeping lagi letak kat udara selama 12 jam. Sama gak.. Tak berubah pun warnanya. Dan last sekali, ujikaji ke-3, saya tuang contact lens punya solution [air yg buat rendam contact lens tu]. Sama je, takde efek apa-apa pun. Huhh.... [Kononnya guna solution tu sebab solution tu kat macam air mata. Saya anggap je la macam peluh.] Magik...magik... Aku terkesima. Chey wahhh... Saya belum cuba buat ujikaji ke-4, iaitu bakar dalam oven. Hehehe... Confirm jadi hitam punya tu, sebab hangus.

*CAUTION! ACHTUNG! : Tidak sesuai untuk wanita mengandung. Tetapi sesuai untuk wanita yang mengandungi lemak. Wakaka.

Daripada hasil kajian saya kat Google, konsep detox patch ni, macam nak membuang cas yang berlebihan atau menyeimbangkan jumlah cas negatif dan positif dalam badan. Dan badan kita mengeluarkan cas-cas tersebut melalui tapak kaki. Bahan yang terkandung di dalam patches tu plak, dikatakan adalah herba dan bahan-bahan semulajadi sahaja. Sapa nak cuba, boleh cuba. RM2 je sekeping. Sepasang RM4. Brand apa pun tak tau. Jauh sekali la nak beli Kinohimitsu. Itu branded dan mahal.

Comments

  1. Yup..tul ckp ko..masa aku bangun tido tu memang terasa ringan je badan padahal masa pakai tu aku xde la nak caya pun....hehehhe...nanti nak lagi la....dah ada nanti bgtau ek?..

    ReplyDelete
  2. ko jual ke lid..kalau kaki sejuk2 bleh gak ke..

    aku ada try kino..tp aku tak rasa pun effect ape2..

    ReplyDelete
  3. Dek Da, aku mula2 tak ual, tapi kalo ader org nak beli, boleh je beli stock yg aku ader. Utk kaki sejuk2 tak tau la plak termasuk ke tak dlm pakej pemulihan patches tu. Huhu... Boleh try kot kalo nak tau. Murah je pun.

    ReplyDelete
  4. Lid, kwai agak skeptikal dgn benda ni (walaupun jauh di sudut hati nak cuba)...tapi bilamu dah bgtau ni aku tau mu tak menipu...so aku dah nekad nak cuba guna, pasal badan ni haa...sakit aje esp. bahagian belakang, pinggang & tengkuk. Agak2 kalau dah hari2 pakai, ada lg ke toksin yg melekat kat patch tu?

    ReplyDelete
  5. Abg Di : Mu bleh try. Beli dgn akak. Dia ader jual. Yg ku try ari tu pun kubeli dgn dia la. Tp ni badan ku la yg rasa ringan tu. org lain ku tak tau la. Dan juga kawanku si Ejay ni pun rasa benda yg sama. Kot2 kalo mu try, tak dpt efek mcm yg ku dpt, huhu... jgn 'salahkan saya kalau dia tak cantik'....

    ReplyDelete
  6. Abg Di : Tambah lagi skit... Ku dah guna agak lama jugak. Tapi masih belum berubah lagi warnanya. Tp kdg2 ada jugak la skali skala masih tinggal sisa warna putih yg belum tukar jadi hitam tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...