Skip to main content

Kak Bedah Tak Faham

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

*Menaip entry baru sambil mendengar lagu 'Selimut Hati - Dewe Semilan Belas'.....

Seusia saya hidup di dunia yg sementara ini, SALAH FAHAM adalah salah satu perkara yang saya selalu sangat terlibat dengan. Ayat tu macam huru hara je. Hahahaha... Tapi kamu faham maksud saya kan?

Sudah banyak kali saya melalui perkara-perkara salah faham ni. Kalau setakat salah faham tapi tak ada kesan apa-apa terhadap orang lain, tak mengapa. Ini boleh efek pada kehidupan orang lain. Dan saya pun selalu juga salah faham pada orang lain.

Jadi, marilah kita bersama-sama jangan menyalah fahamkan orang lain. Sebab bila orang lain menyalah faham pada kita, kita akan rasa macam nak baling selipar je kat mereka. Habis, bila kita yang menyalah faham orang lain, kita ingat orang lain tak teringin nak baling tong gas ke kat kita?

Pendapat saya, walau apa-apa pun, kehidupan kita ni sebenarnya ringkas sahaja. Sama seperti bacaan doa iftitah yang kita baca 5 kali setiap hari yg bermaksud, "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata-mata kerana Allah". Kadang-kadang apabila timbul sesuatu perkara dlm hidup kita yang kita nak labelkan perkara itu sebagai 'masalah' besar..... Cuba la jangan perbesar-besarkan sangat. Sungguh ni saya cakap, kebanyakan perkara-perkara besar itu adalah berpunca daripada perkara kecil yang diperbesarkan.

Kesimpulannya... Jangan selalu salah faham. Tu je la. Dan jika tersalah faham juga.... Jangan terus terkam. Cuba fikir guna otak. Sebab manusia sepatutnya boleh berfikir untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Fikir logik la sikit woii
!!! Hishhh... Serabutnya aku rasa....

Kehkeh... Mesti korang tak faham apa yang saya citer ni kan? Takpe kalau tak faham. Ni cuma hasil extract minda. :). Aman.

Comments

  1. nak tersalah faham gak aku baca entry ni..hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. AKu yg menaip entry ni pun dah hampir nak tersalah faham sendiri. huhu... Dasat kan bahana salah faham ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya