Skip to main content

Hari Kemenangan Versi Sedih

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tajuk tu macam nak bagi entry yang berunsurkan ceramah je kan? Owh... Jangan risau.. Tak bagi ceramah.. tak bagi ceramah.
Sebelum saya ditukarkan ke KL, saya tinggal bersama mak dan abah di kampung, di Kuantan. Saya ni, belajar dulu pun di Kuantan. Sekolah di Kuantan. Kolej di Kuantan. Tiap-tiap minggu boleh balik kampung. Bila dah kerja pun, kerja di Kuantan. Lagi la... Terus duduk dgn mak abah. Pendek kata, saya ni memang tak pernah berjauhan dengan mak abah.


Selama ni, bila raya... saya memang gembira. Cuma saya selalu tak faham.... Kenapa bila dah dekat Hari Raya, selalu cerita-cerita sedih orang lain yang keluar kat TV, diringi dengan lagu Dendang Perantau? Lagi, orang yang buat ucapan Selamat Hari Raya kat TV juga selalu menangis masa bagi ucapan kepada keluarga di kampung. Dalam hati saya masa tu.... "Tah hapa-hapa dierang ni. Tu pon nak sedih. Aku tak rasa sedih pon. Relax la wei... Hari raya pon nak nangis2 buat apa??"....


Tapi sekarang ni, bila diri sendiri yang dah duduk jauh dari mak abah..... Bila terdengar je lagu Dendang Perantau, tak kira bila, mesti rasa sebak yg macam nak menangis bercucuran air mata sambil keluar belon kat hidung . Padahal, lagu tu secara tak sengaja Kak Sade 'play', masa bukan bulan Ramadhan pulak tu. Itu pun hanya muzik intro je, pun boleh sebak. Dan bila jalan-jalan di shopping mall, bila dengar lagu raya je, saya rasa terbakar je dalam hati. Tergamak mereka pasang lagu raya. Ish..ish...ish... Sengaja nak buat saya sedih la tu.

Yang bagusnya tinggal berjauhan daripada keluarga ni, saya rasa saya lebih menghargai erti kekeluargaan tu. Ye la.. Kalau dulu, bila raya.... saya tak sibuk pun nak balik kampung, sebab saya memang tinggal di kampung. Saya hanya melihat, abang-abang dan kakak-kakak saya pulang ke kampung dan pulang semula ke rumah masing-masing. Tiada kesan pun dalam hati. Tak rasa apa-apa. Nahhh... Sekarang bila dah jauh.... Bila saya balik kampung, dapat jumpa adik beradik yang lain dan anak-anak buah saya, rasa mcm happy sangat. Rasa semangat makin kuat. Rasa terhibur. Rasa seperti hidup penuh bererti. Barulah saya menghargai hubungan kekeluargaan tu. Kemudian, kalau tak dapat cuti raya lama-lama, saya rasa terkilan, rasa tersisih sebab adik-beradik saya semuanya berada di Kuantan. Hanya saya dan seorang kakak saya sahaja tinggal di KL. Jadi, bila mereka buat open house selepas raya, saya selalu tak dapat sertai. Saya rasa sedih sangat. Cuma pura-pura cool je. Tak mau mak abah saya tau saya sedih. Nanti efek kesihatan mereka. Lagipun, kalau saya tak pergi pun, tak ada efek jugak terhadap open house mereka. Hehehe... Sbb saya dtg makan je. Bukan orang penting pun dalam keluarga. :D

Kesimpulannya.... keluarga adalah sangat penting bagi saya. Mungkin karektor saya 'kerek', atau berlagak.... atau sombong... dan dengan keluarga saya tidak selalu bercerita tentang diri saya, atau tidak selalu manja dengan keluarga.... tapi.... dalam hati saya.... Tuhan sahaja yang tahu. Yang paling penting.... Raya tahun ni.... saya dapat cuti doblas hari... Yahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..... Yey!! Dapat pegi open house banyak-banyak.

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya