Skip to main content

Hari Kemenangan Versi Jimat

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Baju raya? Dah beli ke belummmmm? Tahun ni saya excited nak raya sebab boleh balik kampung dan jumpa ahli keluarga dan saudara mara. Tapi tak excited pun nak beli baju raya. Sebab bagi saya... selama 30 tahun hidup kat dunia ni... [eh...umo aku 30 tahun dah ke? Prapppp.... kantoii], saya rasa dah bosan melalui 'kitaran hidup tahunan' yg sama iaitu bila raya, sibuk tempah baju raya 3, 4 pasang. Pening kepala nak cari tudung untuk dipadankan dengan baju, nak beli kueh raya/biskut raya banyak-banyak jenis. [Beli oven, tapi tak buat pun kuih raya... Hehehe...]. Bayangkan la... Tiap2 tahun ulang benda yang sama. Pastu bila pagi raya, akan terasa diri saya la yang paling gorjes sebab konon-kononnya sebab pakai baju baru yang cantik bergemerlapan.... Maya Karin pun kalah kalau dia berdiri kat seblah saya. Perghh.. Punya la gorjes.

Hakikat sebenarnya.... Walau baju saya secantik macamana pun, atau mahal macamana pun, rupa saya tetap begitu. Tak berubah pun. Mata, hidung, mulut dan gigi kapak yang sama juga mcm tahun-tahun sebelumnya. Yang berbeza mungkin hanya lokasi jerawat kat muka, atau jumlah kedut dan garis-garis halus di tepi mata. Jadi, apa relevannya saya beli baju raya, semata-mata nak perasan gorjes sendiri sedangkan orang lain tengok saya sama jer. Cuma baju je baru. Kalo perangai tak baru, takder maknanya juga.[Perangai baru ke arah yang positif la maksudnya.. Kalo ke arah negatif, takyah pon takper].

Entry ni, saya membebel kepada diri saya sendiri je tau? Bukan nak condemn sesape. Saya tak heran nak beli baju raya, sebab saya rasa saya ada banyak baju yang saya beli masa tak raya, yang orang-orang kampung belum tengok saya pakai. Orang bukan tau pun baju tu baru ke dah lama, selagi saya tak beritahu kan? Kalau dikirakan, macam ada lebih dari 10 pasang yang saya belum penah bawa balik kg. Baju-baju yang saya pakai pegi ofis. Hehehe... Yelah... Cuma yang tak bestnya, kalo time raya pakai baju biasa pegi ofis tu, pastu amik gmbr, then upload kat Facebook, nanti kwn2 plak nampak... "eh, baju raya ko ni je ke? Heheh... Ei... Tak bergaya nya......". hahaha... tapi, ader saya kisah? Kalau rupa dah cantik, pakai la baju lama ke baru, mesti akan cantik jugak. ~perasan giler vavi.

Jadi, untuk berjimat di hari raya kali ini.... saya hanya ada 1 baju baru. Itupun dibeli secara tak sengaja lama dulu. Yang belum dipakai. Jadi, tu boleh dikira sebagai baju raya la... Walaupun niat masa beli tu, nak pakai biasa-biasa je.


Tips dari saya.... Untuk kelihatan lebih anggun daripada biasa dan lebih menyerlah daripada orang lain di hari raya kali ini.... sila pilih warna baju yang bukan termasuk dalam kategori 'warna-warna selamat' kamu. Contohnya macam saya... range warna baju-baju saya semuanya menghala ke warna-warna panas.... Merah, oren, pink, purple dan maroon. Jadi, lebih elok kalo saya pakai baju kaler hijauuuuuu.... Mesti akan nampak lain. Kalo selalu pakai kaler terang mcm krim, peach, pastel colour... then, tukar ke kaler gelap... Hitam ke, coklat gelap ke... Baru la nampak lain... Kalo tak... tiap2 tahun, sama je muka ko. Kaler sama je. Corak bunga2 je lain. Hehehe.... Ok? Kak Bedah mintak diri dulu.. Jumpa lagi di lain masa... dalam rancangan...... TOm..Tom... Bakkkk.....

Comments

  1. hehe..guer dari dulu lagi x bernafsu sgt beli baju raya..cuma skang je sebab da ada famili nak bertema-tema pulak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya