Skip to main content

Negative Body Language - Bahasa Tubuh Negatif

Sejahteralah ke atas kamu yg membaca blog ini....

Perasan tak, kalo kamu tgh syok bersembang dgn geng kerepek kamu, pastu ada diantara kamu yang suka berpeluk tubuh masa mendengar, atau yang suka pegang hidung semasa bercerita, ada juga yang mengerutkan dahi atau yang terseringai* je sepanjang kamu mula bercerita sampai ke noktah yg terakhir....

Itu semua adalah bahasa tubuh @ gerak badan @ gerak tubuh @ bahasa badan, hatau hi halam hahasa horang hutihnyer hihehut 'body language'. Kenkadang, kita tak perlu bercakap pon org dah dpt baca apa perasaan kita pada waktu tu dgn menyekodeng** bahasa tubuh kita. Pendek kata, ko takyah nak tipu le kalo ko sebenarnya sedih, tapi ko buat-buat hepi walaupon ko pakai baju corak bunga-bunga kaler pink+biru+kuning, tapi mulut ko moncong. Mesti org tau punyer ko sedih. <-- ni contoh jek. *Kalo gigi jongang dimaafkan.

Kat sini ada beberapa puluh contoh bahasa tubuh yang perlu kita berlatih untuk elakkan supaya kita akan nampak lebih va-va-vroom di khalayak ramai. [Dalam banyak-banyak ni, saya pon ader jugak buat kadang-kadang...kuhes..kuhes..]. Tapi ader jugak yg bleh kita gunakan semasa darurat. So, saya sertakan sekali dgn maksud atau makna gerakan tubuh tersebut.

1. Memegang sesuatu di depan tubuh kamu - Cth cam cawan ke, handbag ke, atau notebook.. Seolah-olah seperti kamu menyorok di belakang barang tersebut. Org yg selalu wat camtu, maksudnyer beliau 'shy-shy cat' dan tak 'kondifen' dgn diri sendiri.

2. Selalu tengok jam atau belek kuku @ jari - gerakan tubuh begini bermaksud "weiii, aku bosan giler dgn citer ko... biler ko nak berenti nih?!!". Cover line le skit wp bosan. Kecik ati member kang. [Wp selalu je saya buat gini. hahahah]

3. Urut dagu semasa mendengar - Ini bermaksud kamu sedang menghakimi orang yang bercakap. Nnt org yg bercakap tu akan terasa tak selesa. Drpd kamu urut dagu kamu, lebih baik kamu urut kaki orang yg tgh bercerita tu. Bleh bagi rawatan refleksologi kat dia.

4. Mengecilkan mata - Kalo org tgh bagi pendapat, pastu kamu mmg tak setuju peringkat ke-8 dgn pendapat dia tu, kamu bleh la kecikkan mata. Makin kecik mata, makin tak setuju la tu maksudnyer. Pdhal, ada jugak org yg tersilap mengecilkan mata sebagai memberi gambaran yg dia tgh berfikir. Jd, jangan beri mesej yg salah kepada org ye..

5. Standing Too Close - This just makes people feel uncomfortable. Most people consider the four square feet of space immediately surrounding their body their personal space. Cross this invisible boundary with good friends and intimate mates only. [Kalo buat mcm ni, nnt org akan rasa tak selesa. Kebanyakan org lebih selesa jika ader jarak 4 kaki diantara dia dan org di sekeliling dia. Tp kalo dgn kwn rapat atau pasangan kamu, peraturan ni terbatal secara otometik. ]

6. Usap/sentuh/pegang bahagian muka - Dengan menyentuh bahagian muka kamu semasa bercakap, terutamanya hidung memberi gambaran bahawa kamu itu sedang menipu. Hahaha... [JekJan, ko selalu pegang hidung masa ko cerita. Tapi takper..aku tau ko tak tipu punyer.]

7. Berpura-purak senyum - Say cheeseeeee.... Kita bleh kenal kalo org tu senyum betul-betul atau senyum buat-buat. Sebab bila dia senyum dgn ikhlas, hujung mata dan hujung bibir dia akan berkedut yang akan merubah seluruh wajah dia menjadi ceria. Kalo org yg tersenyum paksa ni, yg berkedut hanya tepi bibir dan tepi mata, tapi airmuka keruh. Melainkan kalo dia menanam tebu di tepi bibir. Hahaha.. *Lawak ah tu konon. [Tapi kalo senyum palsu masa tgh bergambar, dimaafkan]

8. Ketuk-ketuk meja dgn jari atau hentak kaki [tap your foot] - Menunjukkan yang kamu sedang bosan dan tak sabar-sabar nak chow cin chow. [Yang ni pon saya selalu buat...wakaka]

9. Bermain-main dgn objek kecil yang kamu pegang - Contoh macam pusing-pusing pen, tekan-tekan pen mekanikal atau ketuk-ketuk pemberat kertas kat meja, atau main jentik2 getah kat cicak yg ader pada dinding... owhh... no...no..no...no... Nampak biadap.

10. Berdiri dengan sebelah kaki, pastu tukar-tukar kaki plak tu, kejap kaki kiri kejap kanan - Biasanya kalo berdiri lama sgt, kan penat? Terpaksa la buat mcm ni ye dok? Tapi kalo org lain tgk, nampak gaya mcm kamu ni tak menyabar-nyabar. Dan nampak jugak macam kamu nak mengelak daripada berada dalam perbualan tu. Kalo tak tahan sgt penat, bleh la tukar2 kaki utk berdiri seblah kaki ni, tapi amik la masa 5 minit sebelum tukar kaki.

Yeahh.. Dah sepuluh. K la. Saya ngantuk giler. Nak tido lah. Hahaha... Kata ader beberapa puluh kan? Rupa-rupanya 10 jek. Thanks for your reading anyway.

*terseringai = tersengih seolah-olah mcm nampak semua gigi termasuk geraham bongsu. haha..
**menyekodeng = men'skodeng' atau mengintai
hatau hi halam hahasa horang hutihnyer hihehut = dlm nada sengau sebab selsema.

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya