Iklan! Iklan! Sila Click!

23 June 2010

Siapalah Kita Tanpa Sejarah

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Lagi-lagi pasal movie. Last time dulu kamu semua dah baca review saya tentang filem the Lord Of The Ring Trilogy kan? [kepada sesiapa yang baca sahaja la..]. Selepas ketiga-tiga filem tersebut, saya tonton pula filem Lara Croft : Tomb Raider dan Lara Croft : Tomb Raider [Cradle Of Life]. Bagi sesapa yg tak ingat, citer ni dilakonkan dgn bestnya oleh Angelina Jolie.


Saya sangat berharap agar kamu membaca review tentang filem-filem yang saya masukkan di dalam blog saya ni. Bukan saja-saja nak review utk menunjukkan ke'lagho'an saya. Dan bukan juga nak menjadi poyo sbb byk tonton movie Hollywood sedangkan movie 'Satu Hati Dua Jiwa' saya tgk 5 minit pertama je [sbb tak tahan tak logik]. Saya ringkaskan je review ni seringkas yang boleh supaya kamu tidak perlu membaca meleret-leret. Sila baca yer.

Lara Croft : Tomb Raider

Watak Baik [Hero] : Lara Croft, Bryce[geng Lara yg genius] dll

Watak Jahat : Manfred Powell [org kanan dlm pertubuhan rahsia - Illuminati]



Objek Yg Direbut : 1] Memula dierang berebut jam detik. Jam ni sbnrnya adalah kunci[Satu objek yg ader bentuk mata kat atasnya].
2] The Triangle of Light - Kepingan segitiga [yg bleh dikatakan 2D piramid], segitiga ni dah terbelah dua. Konon2nya zaman dulu, segitiga ni dah disalahgunakan oleh kuasa jahat. Maka segitiga tu dibelah 2[oleh saper, aku tak pasti. Maybe org yg baik pd zaman tu la kot]. Dan setiap keping tu disemadikan di 2 tempat yg berjauhan, 1 kat Cambodia dan satu lagi di Rusia. Dan 2 kepingan segitiga ni hanya bleh dijumpai semula setiap 5000 tahun iaitu apabila semua planet2 berada pada kedudukan selari dgn matahari.


Kebolehan Objek Tersebut :
1] Kunci - Untuk mendapatkan segitiga yg dah terbelah dua tu.
2] 2 keping segitiga yg terbelah tu, kalo dicantumkan, bleh mengembalikan manusia ke masa lampau dan mengubah sejarah.


Tempat Objek Tu Bersemadi: Kat Rusia [dlm satu gua yg ader kolam air dan dlm kolam tu ader mesin masa. [kuat menipu weh mat salleh ni...]. Lara tembak je segitiga tu sampai hancur. Abih le citer.

Motif Cerita : Illuminati nak segitiga tu utk menguasai dunia dgn mengubah sejarah. Tak tau la sejarah apa yg mereka nak ubah. Faham2 la sendiri yer. :)

Unsur-unsur Piramid atau Mata [All Seing Eye] : Jelas pada jam yg dierang berebut tu. Pada The Triangle of Light lagi. Dan dalam pengembaraan masa Lara dgn Manfred pun ada piramid, dan byk le unsur2 piramid dan mata sebelah dlm citer ni.


Lara Croft : Tomb Raider The Craddle Of Life

Watak Baik [Hero]: Mesti la lagi skali, Lara Croft.

Watak Jahat : Jonathan Reiss[pencipta senjata biologikal], Shay Ling [Kumpulan kongsi gelap di China yg diketuai oleh Chen Lo], dan Shadow Guardian [Penjaga Cradle Of Life]

Objek Yg Direbut :
1] Mula2 berebut 'orb', iaitu bola kaca
2] Kemudian berebut Pandora's Box


Kebolehan Objek-objek Tersebut : 1] Bola kaca tu adalah kunci untuk pergi ke tempat simpanan Pandora's Box [Cradle of Life] dgn selamatnya, sbb pada bola kaca tu ada peta untuk ke Cradle of Life.
2] Pandora's Box.... erm... dlm tu tersimpan penyakit yg bleh memusnahkan manusia.

Tempat Tersimpan Objek Itu : The Cradle Of Life [Kat 'Mountain Of God yang letaknya di Kilimanjaro, Afrika]

Motif Cerita : Lara ni kan pemburu kubur, keke.. so dlm citer ni dia cuba memjejaki kota lama yg hilang pada zaman Alexander The Great yg kononnya tenggelam di dalam laut kerana gunung berapi. [Kalo dlm Islam kita percaya ada kaum yg ditelan bumi, dan dihilangkan dgn kota-kotanya skali kerana ingkar kan?]. Biler Lara jumpa kota tu, dia jumpa Orb yg saya sebutkan di atas. Pastu Chen Lo rampas orb tu utk diberikan kepada Reiss [diupah oleh Reiss]. Sbb Reiss ni jahat, dia ni kan pereka senjata biologi, jd dia nak Pandora's Box tu utk kuasai dunia la. Well, mcm biasa, dia buat penyakit, dia buat penawar. So, Lara pon bertanggungjawab utk menyelamatkan dunia.

.............................................................

Haa.. Baru saya perasan bahawa tajuk post ni langsung takder kena-mengena dgn cerita saya dlm post ni. Waka waka.. [Ceh suka betul guna 'waka waka' sekarang ni. Mentang-mentang musim WorldCup tiba lagi. Waka waka ni bermaksud 'Do It', lebih kepada do it a task or job.]

Pasal review filem saya di atas ni, sila bersabar. Saya akan berikan kesimpulannya apabila saya sudah review filem-filem lain nanti. Ok...Chioww....

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...