Skip to main content

Kuceng, Balas Budi dan Adab Depan Boss

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Kuceng
Cuba kamu bayangkan, kamu jumpa anak kucing yg kesian, tgh kesejukan selepas jatuh dalam longkang. Bulu dah lencun. [Alaa... Yang mcm dlm iklan sabun kat TV tu. Heheh...]. Pastu kamu bawa kuceng itu pulang ke rumah, bersihkan bulu beliau, beri beliau makan, dan pelihara beliau dgn penuh kasih sayang. Kamu sediakan bakul yang ada cadar satin utk cuceng tu. Beri makan nasik lauk ikan, kadang2 lauk ketam, kdg2 udang, kdg2 sotong. Sekali sekala time malas nak gaul nasik, kamu beri beliau makan Friskies, supaya bulu beliau bersinar. Kamu mandikan cuceng tu supaya beliau wangi, cuci telinga beliau supaya takder taik tinger, bersihkan bulu beliau kot2 ada kutu Si Khin yg melekat kat bulu beliau serta manjakan beliau dgn penuh perhatian.
Akhirnya bila beliau dah besar, beliau berak merata2. Kamu ajar beliau berak dlm jamban, beliau berak kat atas ceiling. Kamu beri beliau makan, beliau masih mencuri dari bawah tudung saji. Kadang2 siap kencing memancut merata-rata dlm rumah. Tak cukup dgn tu, beliau asah kuku beliau kat kerusi kayu jati kat umah kamu.... Pendek kata, kasih sayang yang kamu beri, beliau balas dgn ..... menderhaka kepada kamu...[Walaupun begitu, kamu tidak pula memberikan beliau 'sepakan penalti' untuk menyakitkan beliau.]

Balas Budi
Kamu sedang kesusahan. Katakan kamu ditimpa kemalangan. Kemudian, ada seorang insan dtg menolong kamu. Membawa kamu ke hospital. Beliau menjaga kamu di hospital. Sehingga kamu sihat. Waktu itu, kamu ketiadaan wang utk membayar kos rawatan. Insan baik hati itu tolong bayarkan bil rawatan kamu. Dan apabila kamu sihat, kamu sudah berupaya untuk bergerak semula, kamu berusaha untuk membalas budi insan yang baik hati itu. Sedaya mungkin kamu ingin membalas budi beliau. Kamu sanggup melakukan apa sahaja demi insan itu, kerana bagi kamu, tanpa pertolongan beliau, tidak mungkin kamu masih hidup di dunia ini.

Depan Boss
Katakan suatu hari, kamu dipanggil Ketua Jabatan kamu untuk bertemunya. Kamu merasa sungguh 'the very the nervous giler vavi nak mampus'. Sbb nak menghadap boss. Kamu sangat menghormati beliau, maka apabila dipanggil masuk ke bilik beliau, kamu dgn segera meninggalkan kerja kamu dan terus berjumpa dgn beliau. Kamu mengemaskan pakaian kamu. Jika yang lelaki, siap pakai tali leher. Demi utk berpura-pura berdisiplin di hadapan boss. Dan semasa masuk ke bilik boss kamu, kamu bercakap dgn beliau dgn nada yang paling sopan pernah kamu lakukan. Kamu cuba utk menjaga hati beliau sebaik mungkin, untuk mengelakkan beliau marah. Itu jika kamu menghadapi Ketua Jabatan. Jika Ketua Organisasi? Atau Ketua Menteri? Atau Perdana Menteri? Dan Yang DiPertuan Agong? Tentu lebih-lebih lagi tahap hormat kamu kepada mereka, betul kan?

.........................



Ok.... Semua cerita di atas ini apa kaitannya? :). Maaf. Suka betul saya merepek. Harap bersabar yer. Sekarang... saya ingin terjemahkan maksud saya dengan contoh-contoh yg telah saya berikan di atas....

Kuceng Yang Derhaka, [yang layak diberi sepakan penalti ~ Maklumle... Tgh musim World Cup 2010 ni kan. Go Argentina Go!]
~ Sedangkan kamu memelihara seekor kucing yang derhaka, kamu sudah merasa bengang, sakit hati dan marah. Belum lagi jika anak yang kamu jaga dan kamu beri kasih sayang sejak kecil, derhaka pada kamu apabila dewasa nanti kan? Jadi, bagaimana pula rasa Allah terhadap kita, apabila Dia memberikan kita segalanya, [bukan segala yang kita mahu, tetapi segala yang kita perlu] kemudian apabila kita mencapai satu tahap kejayaan tertentu, kita ingkar pada perintah Allah? Allah menyuruh kita taat kepada-Nya, tetapi kita tidak memperdulikan perintah Allah. Sama seperti kucing yang disuruh berak dlm jamban, tapi berak kat ceiling umah. Allah beri kita rezeki, tetapi kita masih ingin mengambil rezeki milik orang lain[ayat ini ditujukan kepada sesiapa yang suka mengambil apa yg bukan hak mereka; stay late at the office, tgk movie, tapi claim OT; time kenduri sebelum hidangkan tetamu dgn makanan, awal-awal lagi dah selinap makanan utk dibawa pulang kepada anak2, tak mintak kebenaran tuan rumah plak tuh; dan lain-lain lagi. ] Sama mcm kucing yang curi ikan bwh tudung saji. Allah suruh kita mentadbir bumi dgn bijaksana, tetapi kamu masih membuat kerosakan. Mengotorkan bumi, merosakkan habitat haiwan2 liar, sama seperti mengasah kuku di kerusi kayu jati. Betapa ingkar dan derhakanya manusia ini kan?

Balas Budi Kepada Insan
~ Bila manusia berbuat baik kepada kita, tau plak kita nak balas budi kan? Kalo bulan puasa, jiran seblah umah bagi mee goreng, kita balas dgn nasik minyak. Cukup berbudi bahasa. Tapi dgn Allah? Segala kebaikan yang Allah beri pada kita, adakah kita sudah cukup membalas semua kebaikan-kebaikan itu? Oksigen yang kita hirup utk bernafas, sudahkah kita balas dgn solat sunat di malam hari? Kesihatan yang baik, sudahkah kita balas dgn puasa sunat di bulan Rejab? Rezeki-rezeki yg kita terima tak kunjung habis... Kwn2 bawak kuih, ajak kita makan. Boss kita belanja makan goreng pisang di petang hari. Itu pon dah kira rezeki. Kenaikan gaji walaupun RM40 je setahun. Terselamat daripada kesusahan kereta mati kat tgh2 jalan di tengahari buta. Sihat dan terpelihara daripada sebarang penyakit. Tu semua contoh-contoh rezeki untuk kita yg kita tidak sedari. Cukupkah , kita membalas budi yang Allah berikan kepada kita itu? Sudah tentu takkan cukup. Sedangkan ahli ibadah di zaman dahulu yg beribadah selama 300 thn pon hanya boleh membayar untuk sebiji mata sahaja dgn ibadah beliau itu, apatah lagi kita. Huuuhuuuu... Dgn manusia, kita sibuk nak balas budi, tapi dgn Allah, kita meringan-ringankan jer. [Karangan ini... aku tujukan khas utk diri aku sendiri. Sbb kalo bukan aku yg melakukan semua keburukan2 itu, bagaimana aku bleh tau kan? Aduhh... Jauh lagi perjalanan hidup aku ni utk berubah. Byk lagi yg perlu aku lakukan utk hijrah diri dan minda aku ni. Semoga aku akan sentiasa berada di dalam rahim Allah dlm menuju ke jalan yg diredhaiNya.].Persoalannya, sanggupkah kita 'melakukan apa sahaja demi Allah kerana memikirkan, tanpa pertolongan Allah, kita tak mungkin hidup lagi di dunia ini. Dan adakah kita terfikir, bahawa pertolongan yang diberikan oleh insan yang menolong kita itu sebenarnya adalah pertolongan daripada Allah yang diberikan melalui insan itu? Erm... Fikir yer..

Adab Depan Boss
~ Kalo bercakap dgn boss, bukan main sopannyer yer? Bercakap sikit punyer 'pijak arnab pon tak mati'. Tapi bila menghadap Allah, [waktu solat la] bukan main lagi nak cepat. Gerakan semasa solat dah takde toma'ninah[berhenti seketika], nak angkat takbir pun bukan main laju2. Gaya macam nak gi berlawan dgn buaya. Bacaan masa solat pon laju berbolot-bolot dah. Padahal bacaan dlm solat tu seolah2 bercakap dgn Allah. Kalo kita gunakan nada yang sama mcm kita baca dlm solat tu, untuk bercakap dgn boss, mahu nak kena pelangkung skali dgn boss sambil dia hempuk file meja atas pala kamu skali sambil berkata "ko merepek haper ni samdol? Aku tak dpt tangkap pon apa ke benda yang ko ckp nih! Laju semacam jek! Ulang balik, ckp elok2 skit". Tapi Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.. Kita buat salah pon, Dia takkan terus balas kita jatuh longkang. Dia beri kita peluang utk memperbaiki diri kita. Betul tak? Dan pakaian masa nak menghadap Allah, biasanya cincai je. Mana yang sempat je. Pastu bila boss panggil, tau je nak dtg cepat2, tp kalo Allah panggil untuk menghadap Dia [melalui azan], ader ke kita bergegas pergi solat? Huuu... Saya la tu yang selalu melengah-lengahkan solat. Dan adab masa nak menghadap Allah pun, main redah je. Kalo masa nak bentang sejadah tu, kalo hujung sejadah tu, terlipat skit kat depan, kita nak betulkan macamana? Guna kaki je kan. Punyer malas nak tundukkan badan untuk betulkan dgn tangan. Dgn boss ader tak kita buat mcm tu? [actually ader, aku la org nyer yg biadap dgn boss tu.. Wakaka... *kena sound dgn boss lama aku sbb tunjuk tray 3 printer dgn kaki je masa boss tanya "Sijil keluar dari tray mana?". Hahaha... Derhaka].

Jadi, itu aje la... Semoga apa yg saya tuliskan ini dpt memberi manfaat kepada yang membaca. Yg mana terkurang, sudah tentu adalah kekurangan diri saya, dan yang mana yg baik dan bermanfaat itu, mmg benar, dtgnya dari Allah.

(Begitu aku menyayangi kucing sehingga sanggup menggunakan kata ganti nama 'beliau' untuk kucing itewwwww). Ngeee..

Comments

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya