Iklan! Iklan! Sila Click!

22 June 2010

Jiran Saya Dan Babi

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....


Pagi tadi, sewaktu saya mempersiapkan diri dan sedang berada di dalam dilema sama ada nak ke ofis atau pon nak sambung je MC, saya terdengar suara orang kecoh2 kat luar rumah saya. Sempat gak la saya skodeng skit ikut tingkap, apa benda yg memekak pagi2 ni?? Kot-kot la kereta saya dah menghalang kereta sesape nak keluar ke. Mengganggu fokus saya je utk menyapu krim Oil Of Olay ke seluruh wajah ku yg jelita itewwww...

Pastu saya nampak seorang jiran saya berkata dgn nada marah ,"baru je tinggal sekejap, dah hilang. Benda tu pon nak curi", pastu saya abaikan je la... Tak amik port la saya kalo hal2 mcm tu. Then sepanjang saya bersiap tu, saya masih dgr dia marah "Memang babi betui la..", "Dasar babi!", "Babi", "Babi" dan "Babi" dan perkataan 'babi' tu diulang dlm kekerapan 30 kali dalam masa seminit. Arghhh... Rimasnya saya dgn pakcik ni.

Sehinggakan sewaktu saya keluar rumah nak pegi ofis pon, dia masih di situ dan memaki babi tersebut. Tp dlm hati saya, tertanya2 juga, barang apa yg hilang tu. Biler saya lalu depan dia, saya terdengar dia ckp, "babi betul org ni, spark plug pon nak curi.". Saya pon dlm hati berkata, "Owwwwww..... Spark plug. Ingatkan apa yg hilang sampai marah mcm dan hilang keta Hummel.". Tak pasal2 plak babi yg kena. Huhu... Dtg betul2 babi sondol punggung dia kang, baru dia tau.

*Pakcik tu tinggalkan moto dia kejap kat tgh2 laman,[masuk umah dia kejap kot, takpun gi buang sampah], tetiba bile dia balik semula kat moto dia, dia tgk spark plug moto dia ilang, jadi dia takleh start moto. Wakaka... Sian dia...

Moralnya, kalo marahkan orang, jangan libatkan babi. Huhu...

2 comments:

  1. sapen tajuk.... bila baca sampai abis baru tau.... mgkn sblm ni dia pernah kena sondol dgn menatang tu kut.... ishk3......

    ReplyDelete
  2. Rayyan : Haa... tu la . maybe penah, sbb tu dia suka sgt nak seru-seru makhluk haram tu. Ishh...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...