Skip to main content

Crocs Menghina Allah? Fikir Dulu.....

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....











Wah... Kecoh betul pasal isu Crocs menghina Allah ni. Sebelum saya teruskan, saya ingin bertanya kamu... Katakan kamu nak jual 1 produk baru yg kamu cipta, dan kamu masih belum bagi jenama utk produk tu. Katakan produk yg kamu nak jual tu ialah kasut. Kamu mencari-cari nama yg ideal untuk diberikan kepada produk ciptaan kamu itu. Adakah kamu, akan berfikir begini; "Ermm... Nama apa aku nak bagi kat kasut ni yer... Haaaaa.... memandangkan aku benci Yahudi... apa kata aku bagi nama kasut ni 'Yahudi'. Biar nnt bila org lain pakai, dierang pijak2 je Yahudi ni kat bawah kaki dierang. Sbb Yahudi mmg hina lagi menghinakan. Owwh.. Tapi... aku tak boleh tunjukkan sangat. Jadi, apakata aku tukar nama tu jadi Keladi, pastu logo dia nnt, aku selitkan perkataan 'Yahudi' tapi secara tersembunyi...Yes!!!! Aku bijak. Biar Org-org Yahudi yg pakai kasut ni tak sedar yg mereka sedang pijak bangsa mereka sendiri."

Atau pon, masa kamu sedang berfikir2, kamu nak mulakan bisnes, tapi tak tau nak jual apa.... Adakah kamu akan; 1)Memilih produk yang boleh kamu jadikan serampang 2 mata iaitu utk dpt memberi keuntungan dlm masa yg sama produk itu boleh digunakan untuk menghina sesuatu yang kamu benci? atau 2) Kamu memilih produk berkualiti yang mempunyai potensi utk berjaya dijual dan memberi byk manfaat kepada pembelinya?

Mcm selalu la.. Artikel yang saya tulis di dalam blog ini biasanya berpandukan apa yang saya baca atau apa yang saya lalui pada hari itu. Pagi ini saya mendapat email 'forward' drpd Cik Atul yang 'mendedahkan kan berita besar' tentang penyelewengan syarikat kasut Crocs yang dikatakan mengandungi tulisan kalimah 'Allah' pada logo Crocs tersebut. Berikut adalah sedikit petikan drpd email tersebut;
"Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :
Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?

Nota :

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium."



Ok, skrg baru saya nak komen pasal email tu. Maaf, pengetahuan saya juga amat dangkal. Jd, apa yang saya tulis ini hanya berdasarkan apa yang pernah saya baca dan diberitahu. Sebenarnya mungkin juga ada agenda utk menghina Islam, tetapi penulis mengatakan bahawa yang ingin menghina Allah itu adalah 'Yahudi dan Nasrani'. Smlm saya menghadiri program Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Arsyad. [Cerita pasal Crocs ni saya dah penah baca sebelum ni di Facebook, dan saya ada share juga dgn kwn2 saya di profile saya]. Kebetulan semalam, Ustaz memberitahu tentang orang2 Yahudi. Menurut beliau, orang-orang Yahudi ini, mengaku bahawa tuhan mereka adalah Allah. Mereka percaya Allah. Kerana mereka juga menggunakan kitab yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Musa a.s iaitu Taurat. Cuma, masalah kaum Yahudi ni, mereka tidak menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul terakhir pilihan Allah. Kerana Nabi Muhammad berbangsa Arab, sedangkan Nabi Musa berbangsa Yahudi. [Ni kes takleh terima hakikat la ni, sbb Yahudi menganggap mereka adalah kaum yg terbaik, jadi apehal plak bleh pilih bangsa Arab jadi Rasul? *Org2 ingkar mmg camtu le perangainya. Suka melawan! Cis!].

Kasut Crocs ni diasaskan oleh seorang usahawan yg bernama Mr. George B. Boedecker Jr. Dia ni orang Kanada la agaknya [malas nak cari dlm internet,kat mana hometown mamat ni]. Pasa asalnya kasut Crocs ini dikeluarkan dan diedarkan dgn mengambil rekaan daripada sebuah syarikat yang bernama Foam Creations yang berasal dari Quebec, Kanada. Kasut yang dierang kuarkan ni adalah jenis kasut 'clog' iaitu biasanya yang org pakai masa berkebun, atau melombong, atau pegi kerja kilang.


Camni le rupanya clog yg original. Zaman dolu2 abah aku ader kasut yg lebih kurang cenggini. Pakai masa gi keja kat lombong bijih timah kat Sg Lembing.




Tapi kasut clog yg dikeluarkan oleh Crocs, Inc. ni asalnya direka utk dijadikan kasut spa pd thn 2002. [baru je lagi]. Tapi first model yang keluar dinamakan Crocs Beach. Alaa..lebih kurang la ringkasan penerangan tentang pengasas Crocs ni.[rujuk Wikipedia] By the way, saya tak pasti dia ni Yahudi ke Nasrani ke apa.. Kalo dia atheist(free-thinker) mungkin gak la dia benci Allah.

Bagi pendapat personal saya plak; Iya, memang kita sebagai umat Islam perlu menjaga kesucian agama Islam. Umat Islam hari ni, biler org kafir kutuk Islam, maki Rasulullah, semua melompat. Semua naik hangin. Buat demontrasi jalanan sampai sesak jalanraya. Padahal org yg menghina Islam tersebut adalah orang kafir. Mereka mmg tidak mengerti. Jadi jika mereka menghina Islam, walaupun mereka tidak menghormati agama kita, tapi kafir tetap kafir. Yang kita nak marah sgt kafir hina Islam tu kenapa, kalau dalam masa yang sama kita tidak merasa apa-apa pun bila umat Islam sendiri yang menghina Islam, buat maksiat terang-terangan, minum arak secara terbuka, mempersoalkan hukum Islam yang jelas terkandung di dalam Al Quran, kita biarkan saja? Kenapa orang-orang yg selalu condemn org2 kafir ni tutup mata je? [Saya bukan membela org kafir. Walau apapun, saya juga rasa sakit hati jika kafir menghina Islam. Tapi mereka mmg jahil, nak marah pun tak guna.] Mana blog utk membangkitkan kemarahan umat Islam demi mempertahankan kesucian Islam bila umat Islam sendiri menghina Islam? Mana email-email yang boleh diforward kepada seluruh saudara seislam yg lain? Mana??!!! [Dgn nada separuh menjerit]. Tolong... Islam ini agama yang suci. Yg sangat indah. Jika ingin menegakkan Islam, bersatulah. Bersihkan minda sendiri. Dan ambil Al-Quran dan Sunnah sebagai pedoman hidup. InsyaAllah jika kita melakukan semua ini, takkan berani orang-orang kafir menghina Islam. Kalau kita semua kembali kepada ajaran AlQuran dan ikut Sunnah Rasul, semua orang-orang kafir yang menghina Islam itu akan tunduk kepada kita. Sebab itulah... Maksud saya di sini.... Kalo kita betul-betul nak mempertahankan kesucian Islam, kita sendiri yang perlu mengangkat agama kita supaya dihormati oleh orang-orang kafir. Apa gunanya kita berdemonstrasi di jalanan, jika dalam masa yang sama kita sebagai umat Islam tidak menjaga akhlak dan kelakuan kita? Sebab tu la org kafir berani menghina Nabi kita, sebab mereka tengok perangai umat Islam yang teruk dan menyangka semuanya datangnya dari Nabi kita, padahalnya tidak begitu.

Saya tak kata pendapat org yang sebar email ni betul atau salah. Saya juga tidak mahu mempengaruhi pendapat kamu. Cuma, bagi saya... sebelum kita membuat penilaian atau percaya ke atas sesuatu berita atau maklumat dari email yang kita terima, sila la cari maklumat tentang perkara tersebut tersebut. Bertanya pada yang tau. Dan cari dari berbagai sumber, supaya kita ada byk rujukan, dan last skali kita juga yang perlu buat keputusan sama ada nak percaya ke tanak. Jgn main ikut menonong je mcm En Si Khin. Gunakan akal iaitu ; gunakan pendengaran untuk mendengar hujah2 itu, kemudian gunakan penglihatan untuk melihat bukti-bukti yang ada, dan gunakan hati untuk menilai. Jika terdapat sebarang penambahan pendapat, saya sgt alu-alukan, sila masukkan di Penambah Perisa.

Erm, lagi satu... Crocs is really not my style at all. Saya tak pernah terlintas pon nak beli kasut Crocs sbb saya tak tau nak pakai masa biler. Lgpon saya mmg jenis manusia yg takkan terpengaruh dgn trend selagi saya rasa trend tu tak sesuai dgn saya, walaupon diacukan senapang patah ke kepala saya.[Hehehe... aku poyo je buat statement senapang ni... Ni metafora je.].

Comments

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya