Skip to main content

Almari Yang Bijak

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Maksud saya; bagaimana mengaturcarakan almari kamu dgn bijak? Terutamanya jika almari itu sungguh la kecik. Tajuk di atas tu mmg melampau skit. huhu. Ayuhhhhh... Baca ini; [mengaturcara almari? huahua... mcm nak develop system la plak].

1. Pakaian berbau : Untuk mengelakkan pakaian-pakaian kamu berbau seperti kambeng gurun, sila pastikan kamu asingkan baju yang belum dipakai dgn baju yang sudah dipakai. Ingat! Bukan penyakit TB saje yg boleh berjangkit. Bau pakaian juga boleh. Baju yang sudah dipakai tu takyah le letak dlm lemari. Bawak2 la letak kat luar. Sangkut le kat mana2, belakang pintu ke, tepi tingkap ke, kat katil ke. Tapi kalo gantung merata-rata, nampak semak plak kan? Haaa... Maka, sila la kikis sikap 'jimat tak bertempat' kamu tu. Baju dah pakai, basuh je la. Nak simpan buat apa.

2. Sempit : Makin lama, kamu dapati almari kamu semakin mengecil. Mungkinkah beliau sudah mengecut? Errm... mungkin juga, kalo beliau telah disihir oleh ahli sihir wanita. Wei... Mana ader lemari tu nak jadi kecik. Mesti sebab baju-baju kamu semakin banyak. Tapi, sedar tak, kebanyakan baju-baju kamu di dalam almari itu, bukan semua pun kamu pakai. Kadang-kadang yg tak penah pakai pun ada. Maka, bersedia la dari mental dan fizikal utk membuat ujian kelayakan bagi baju-baju di dalam almari itu. Pastikan hanya baju yang betul2 layak sahaja ditempatkan di dlmnya. Yang zip dah rosak, yang dah kembang, koyak atau reput, sila remove. Diulang, REMOVE. Jika kamu mmg seorang yg penyayang, sayang nak buang baju-baju tersebut, pergi hantar repair la itu baju selagi boleh. Atau boleh letak dlm kotak lain. Simpan la kotak tu kat mana2 yg sesuai .

3. Gantung atau lipat? : Pastikan kamu melipat baju yang sepatutnya dilipat dan menggantung baju yg memang sepatutnya digantung. Contohnya ; baju berkait [knitted top] lebih sesuai dilipat, tidak sesuai digantung. Kerana jika digantung, bentuk baju kait itu akan berubah mengikut penyangkut baju. Berlainan pula bagi blouse atau suit yang lebih sesuai digantung bagi mengekalkan 'kehenseman' mereka.

4. Ikut Kategori : Susun pakaian anda di dalam almari mengikut kategori dan ikut ruang yg betul. Kamu tentu tahu baju jenis apa yg paling banyak kamu miliki. Contohnya, kamu ader banyak t-shirt, dan baju tidur ada sedikit saja, jadi susun t-shirt itu di ruang yg paling besar di dalam almari kamu dan baju tidur diruang lain yang lebih kecil. Kalo boleh, lipat tu biar sama panjang dan lebarnya. Nanti baru la nampak kemas. Seluar pula lebih sesuai digantung menggunakan hanger. Jika lipat, makan ruang yang besar. [Makan ke? nyum..nyum..]

Kalo takder tempat sangkut mcm dlm gmbr ni, bleh je guna hanger. Lipat 2 seluar tu, then letak hanger kat tengah-tengah tu.

6. Tempat yang sesuai untuk anak-anak : Bukan anak-anak kamu, tapi, anak-anak baju kamu. Maksudnyer baju-baju junior kamu. Tak dpt tangkap lagi? Underwear la... apa lagi.. huhu.. Kalo ader, bleh letak dlm laci. Cover line le skit kan? Kalo tak ada laci, bleh letak dalam kotak yang berpenutup. Beli la kotak yg lawa skit. Kalo taknak beli, guna kotak kasut pon bleh. Nak bagi nampak cool lagi, balut le skit kotak tu guna kertas pembalut hadiah. Kalo kedekut sgt nak beli kertas balut hadiah, ko balut je la dgn surat kaba.

Erm.. itu je la kot. Lain kali sambung.

Comments

  1. hihi..bijak2 ..

    lyd ciksu memang tak rasa tau.ciksu masukkan semua bahan2..pastu ciksu suruh suami yg rasa.mmg ikut selera tekak en somi.dah tahu sangat dah..

    en somi pon dah paham..kalau blk kg ciksu mmg tak da punye ikan sungai ni..kg ciksu byk ikn laut je.. sebab tu jadi jakun sekejap..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya