Iklan! Iklan! Sila Click!

04 May 2010

Dominican Sisters of Mary. Sista! Sista!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Nak kongsi pengetahuan pasal 'rahib'[sister] atau 'biarawati'[nun] dgn kamu semua. Pakaian yang dipakai oleh rahib atau biarawati ni dipanggil 'habit'. Dan pakaian tu sebenarnya adalah dianggap sebagai 'wedding dress' mereka. Sister ni perlu la suci. Derang tak boleh melakukan sex. Sbb bagi derang, biler dah jadi nun, bermakna derang berkahwin dgn Jesus. So, sbb tu le uniform derang tu dianggap sebagai wedding dress.


Apa bezanya antara rahib dgn biarawati tu, saya tak la pasti sgt. Tapi secara umumnye sama je. Ader la perbezaan² dari segi tugas atau level. Tapi basicnyer, sama jek.

Kehkeh... Saya tgk Oprah sebenarnya. Sbb tu saya tau benda ni. *nampak sangat aku selalu tgk Oprah...ngeee... peace..*

Oprah siap rakam lagi kehidupan sisters ni. Saya tgk, kehidupan dierang mmg sangat disiplin. Bangun jam 5 pagi. Kena berdoa ramai². Kemudian sarapan dlm keadaan yang senyap dan beradab. Aktiviti sepanjang hari plak, mcm² kegiatan amal, beriadah, main hoki.[derang beriadah pun pakai habit tau... Maksudnya masih menutup aurat. Sama mcm muslimah bersukan dgn berjubah]. Malam, dlm kul 7, kena berkumpul lagi. Berdoa secara berjemaah. Derang kena tido dlm kul 10mlm. Lepas tu, semua nun tak dibenarkan dah nak kuar lepak², bergossip girls XOXO atau bergambo dgn boifren pastu upload kat FB. Takleh. Dilarang.

Jangan tak caya, ader dikalangan mereka yang ada pekerjaan yang baik sebelum jadik sister. Yang sorang tu, namanya Sister Maria, dia ader sebuah rumah tepi tasik, dan pekerjaan dia ialah Pengarah Kewangan dan dia kata, dlm lemari baju dia dulu, baju² dia semua designer label. Branded² belake.[dia la yg kata... kalo dia tipu, memang aku tertipu la kan.. huhu]. Tapi dia tinggalkan semuanya sbb dia rasa tak puas dgn hidup dia lalu memilih jalan utk jadi nun.*[Salah satu lagi syarat nak jadi nun ni... derang perlu hidup di dalam kemiskinan, tak boleh memiliki harta.]Org Islam ader tak yang mcm tu? Ader gak kan? Cuma saya tak kenal je.

Kesimpulannya, cara hidup mereka ni disiplin, dan ader persamaan jugak sedikit sebanyak dgn Islam kan? Tapi sayangnyer mereka tidak mengakui Allah tuhan yang satu dan Muhammad rasul terakhir. Sian kat derang.

[Ni kalo En Stormpong baca ni, mesti dia ajak saya berfikir... 'awk rasa adil tak kalo org bukan Islam, yang sejak kecik, berbuat baik dan langsung tak jahat... tapi masuk neraka dan kekal di dalamnyer. Sedangkan org Islam yang jadi Islam sebab mewarisi agama Islam tu dari mak bapak, padahal mereka langsung tak menyembah Allah, sedangkan langsung jahat dari segi perangai dan akhlak sejak kecik sampai ke besor... tapi dpt masuk syurga juga akhirnyer walaupun mula² masuk neraka. Adil tak? Adil tak? Saya faham, En Stormpong bukannyer berniat nak mempertikaikan hukuman yang sedia ada. Cuma dia nak ajak saya berfikir perkara² tersirat...... Now, saya plak yang ajak kamu memikirkan perkara tersirat yang sama... Heheheh... Dan jika kamu sudah dpt memikirkan perkara tersirat tersebut, sila buat karangan kesimpulan tidak kurang dari 120 patah perkataan dan email kepada saya.*Mesti takder org nak layan permintaan sebegini. Kan?]


Ok... Tu je... Babai Nyahhh... Auww...

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...