Skip to main content

Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Ada sorang sahabat saya yang dah pegi Bengkel Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir yang dipengerusikan oleh Dr Azizan Salim [pakar motibasi]. Dia kata best. Saya pon tak tau le best ke tak. Tapi saya sempat gak paksa dia kira potensi diri saya. [Sepatutnya macam tak boleh bocorkan rahsia kot. Tapi dia nak lari mana kalo saya dah pandang dia terkebil² mcm kuceng dlm citer Shrek]. Nak ke tak nak, dia bukan ader pilihan, melainkan kena buat pengiraan tu jugak kat saya. Ngee... Tak senonoh betul paksa² org.


Saya tgk dia kira tarikh lahir saya... Ader dua jenis pengiraan. Yang pertama potensi diri. No saya 5-5-1. Saya pon tak hafal semua. Tapi lebih kurangnya daripada nota yang saya baca dlm buku dia, saya ni dikategorikan sbg org yang 'biler bercakap, kata² saya bleh pengaruhi org'. Saya kreatif. Tapi mulut laser. Saya boros. Kuat cemburu. Rasa seksi[atau lebih tepat, perasan seksi, tapi sakai. muehehehe]. Born to be a leader[well, my name pun 'Lead' huhu]. Moody. Byk plan. Suka merancang. DAN.... Yang paling penting.... Saya ni sesuai jadi artis atau pelakon atau penulis. Heheheh.... [Pembaca berita? Lebih kurang artis la kan? Hahaha].

Pastu pengiraan yang kedua... err.. saya dah lupa. Heheh... Sbb saya tak berapa fokus sgt dgn nota dia tu. Kehkeh..

Kesimpulannyer, saya rasa saya ni born to be a public figure. Tapi kategori yang tak menjadi. Contoh kalo buat album, album hanya laku 200 copies je. Tu pon yang saya bagi free kat kawan² rapat dan keluarga[yang belum tentu dierang nak dgr]. Kalo berlakon plak, sesuai jadi watak pasu munge je, mcm 'kwn baik kepada 'adik' heroin' atau 'jiran seblah umah mak mentua hero yang bertegur sapa masa tgh siram pokok puding kat laman umah'. Hehehe... Kalo baca berita plak, maybe baca berita laporan kaji cuaca, atau jadi wartawan yang tetiba kena pegi buat liputan kawasan banjir kat Sungai Lembing[tu pun sbb kebetulan je ader kat kampung, so company nak jimat kos, suh aku je buat liputan.]. Hahahaha.... Dan kalo jadi penulis... jadi la penulis blog yang followernyer cuma ader 6 org. Setakat tu je la potensi diri saya....

Comments

  1. Weh.. sonot la baca blog ko..
    Klakar.. hahaha...
    Tahniah kepada Cik Salida yang pandai buat blog
    Semoga suksess yer..

    ZURA

    ReplyDelete
  2. Tenkiu Zura.. Tak sangka ko sudi baca blog usang aku ni. Ngeee...

    ReplyDelete
  3. kan aku dah cakap, ko mmg pandai menulis. err..maksudnya, menulis atau mengarang cerita, bukan menulis abc. so teruskan usaha.

    yang benar,
    aku yang comel kat tkt 22.

    ReplyDelete
  4. Yg Comel Tingkat 22? Errm... Yg mana 1 ni? Kat tgkt 22 mcm semua comel2 je... Confius nih? Atau mak budak yg takmo join pegi MidValley tadi? kekeke. Btw... Thanks.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya