Iklan! Iklan! Sila Click!

21 April 2010

Meh Fikirkan....................








Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....


Meh fikirkan... dengan sedalam-dalamnya, ayat² berikut;

Dan apa sahaja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah [datangnya], dan bila kamu ditimpa kemudharatan, maka hanya kepada-Nya lah kamu meminta pertolongan

Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu daripada kamu, tiba-tiba sebahagian daripada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan [yang lain]
~ Surah An-Nahl, Ayat 53 & 54~

Kiter pernah dihadapkan dengan berbagai-bagai masalah, diuji dgn segala jenis tok kaduk kesusahan, kesedihan dan penghinaan. Sedangkan org² di sekeliling kita takkan faham apa rasanya kita menghadapi semua itu.

Saat itulah, setelah jauh melupakan Allah... Kita akan kembali sujud kepada Dia dan memohon pertolongan dari Dia. Dan Allah menerima kita semula. Dia bantu kita utk berdiri semula malah dengan lebih teguh lagi.

Tapi, apabila Allah telah melegakan hati kita, Dia telah hilangkan semua masalah itu, kita kembali melupakan-Nya.

Kalau dah namanya manusia kan? Allah dah tau dah sikap hamba-hamba-Nya. Sedangkan ayat-ayat ini telah diturunkan sebelum kita lahir ke dunia lagi. Tapi Allah sudah sedia dgn jawapannya untuk kita. Tidakkah kita mahu memikirkannya? Tidakkah kita mahu mengambil perhatian dgn kata-kata Allah?

:). Itu sahaja utk kali ini. Kembalilah ke jalan yang benar.......

No comments:

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...