Skip to main content

Extra Dry Skin? Kulit Terlampau Kering?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ku ini....

Saya mmg tidak mengenali diri saya sendiri. Owwhh... Bukannya langsung tak mengenali la... Cuma agak lambat utk saya mengenali diri sendiri. Dah berpuluh tahun hidup kat dunia ni, baru saya tau saya alergi dgn udang. Itu pon lepas saya buat uji kaji kat diri saya sendiri. Cuma alergi saya tidaklah begitu kronik sampai mata merah berair-air atau rasa sesak nafas bila makan udang. Alergi saya cuma setakat gatal² kulit jek. Tambahan lagi kulit saya memang jenis yang extra dry. Jadi, biler dah gatal sebab makan udang, then saya garu, kulit saya luka. Gatal ni bukan rasa gatal yang biasa² mcm kena gigit nyamuk tuh... Tapi gatal yang mcm nak garu guna berus dawai.

Pastu saya agak pelik, kenapa bila kulit saya gatal lepas makan udang, lambat plak hilang. Saya dapatkan nasihat doktor [Dr. Norbaya], kemudian dia tanya saya, sabun apa yang saya pakai. Masa tu saya pakai Ph 5.5 dari Jonhson & Jonhson. Dan Dr Norbaya nasihatkan saya supaya berhenti pakai sabun² yang berbentuk cream macam tu. Dan dia suh saya cuba sabun 'Oilatum'. Sabun ni untuk kulit kering. Rupa-rupanya, selain dari alergi udang, saya juga alergi dgn sabun. Cacat betul. Dah tua bangka camni baru nak tau. Tah hapa².


Esoknyer jgk saya pegi beli sabun tu kat farmasi. Sabun tu harga dia RM14.90.


Oleh sebab saya tamak haloba, saya beli satu lagi sabun yang diletakkan sebelah sabun Oilatum kat rak farmasi tu, iaitu Oilum. Pun untuk kulit kering. Oilum ni murah skit. RM10.20.


Saya pakai 2-2 sekali. Kadang² pakai Oilum, kadang² Oilatum. Kedua-duanya ada kelebihan sendiri.
Sabun Oilum berwarna putih dan mcm creamy skit. Tapi dia cepat habis, sbb sabun tu lembik biler kena air. Kulit pun macam jadik halus dan lembab sepanjang hari.

Sabun Oilatum plak, keras skit. Sabun tu warna oren. Tahan lama[lambat habis] tapi tak melembutkan kulit.

Yang penting, kedua-duanya sangat berkesan utk melegakan kulit gatal dan kering. [Kalo tak hilang gak gatal² kulit tu, maybe diri ko sendiri yang gatal la kot]. Hehehe...


Ok.... Itu sahaja utk promote produk kali ini. Terima kasih kerana membaca. See you later alligator...

Comments

  1. ank aku yg sulong kena eczema..pakai oilatum gak. alhamdulillah makin dia besor hilang terus eczema tu. kalo sini doc soh pakai parafin sapu..dia alaa2 vaselin gitu. x taula sana ada jual ke dok. satu lg cream/lotion E45 bagus gak. ada jual kt mesia

    ReplyDelete
  2. E45, dulu masa study dan dok sebilik dgn ko dulu rasa mcm ader gak aku ushar vit E, tp masa tu unit utk vit di kira mcm 1000u, 2000u. E45 ni brand ke apa?

    ReplyDelete
  3. Xjmp r oilum tu. Ssh cr.. Da try oilatum tp kring lg klit..ley gtau kdai kt mne ade jual oilum area pchg ni..

    ReplyDelete
  4. Kat mane nk carik sabun oilum ni ye kat msia?

    ReplyDelete
  5. Kat mane nk carik sabun oilum ni ye di msia?

    ReplyDelete
  6. Boleh cari kt lelong @lazada klu cari kt farmasi xde.

    ReplyDelete
  7. Sy ada jumpa dlm shopee.taip sabun oilum ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...