Skip to main content

Ada Lagi Yang Lebih Teruk


Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Tadi, jam 8 mlm saya dah ngadap TV semata-mata nak tgk Buletin Utama. Pastu dah 15minit asyik kuar berita pasal pilihanraya kecil Hulu Selangor je, fitnah sana, fitnah sini, janji palsu sana, janji palsu sini, saya pon apa lagi... tukar channel la terus. Lebih baik saya tgk 'Halimah Jongang The Series' kat Astro Prima. Takder lagi rasa mual, no more serabut otak.

Baru seminit tgk Halimah Jongang, iklan plak. Saya tukar² channel, last skali sampai le ke Hallmark Channel [702], rancangan Oprah sedang disiarkan. Terus jari-jemari salidasunshine ni terberhenti daripada menekan remote.

Yang sebenarnya, saya menyampah tgk Oprah tu. Sbb dia suka menyampok biler ahli panel dia tgh bercerita. Rasa macam nak menyirap je biler kita tgh fokus nak dgr jwpn ahli panel dia, tetiba dia mencelah dgn pendapat personal dia... EEiiii.... Grrrr.... [Maroh ni!].

Mujurlah waktu saya tukar channel tu, rancangan tu sedang tayangkan visual tentang kisah benar yang terjadi pada sebuah keluarga kat Amerika Syarikat [Limited By Guarantee.. ngeh..ngeh... org SSM mesti paham ni].

Kisahnyer mcm ni.... Ada sepasang husband and wife ni, dierang ada 10 org anak.... pastu di suatu hari yang malang, dua-dua org ni kena tembak mati... Dlm rumah mereka. Daripada 10 org anak dierang tu, hanya SEORANG sahaja yang dah dewasa dan berkahwin... lagi 9 org, masih bwh umur [paling besar waktu tu 14 thn] dan kesemua mereka adalah kanak² istimewa. Ader 2,3 org down sindrom. Ada yang hyper-active, ada yang bila nak makan, hanya bleh masukkan terus ikut perut..... Dan lepas mak dierang mati, kakak dierang tu lah yang amik alih jaga adik² dia tuh bersama suami dia. [Takper, saya faham kamu memang nak tau siapa yang bunuh, dan kenapa... errmmm.. jawapannya, sampai skrg masih tak dpt tangkap siapa pembunuh tu].

Dan byk lagi kisah² manusia yang diuji dgn penderitaan yang lebih dahsyat daripada ini. Cuma, sama ada kita diberitahu atau tidak. Dan jika diberitahu, sama ada kita ingin mengambil pengajaran atau tidak.

Semua org dlm dunia ni ada masalah. Tak logik kalo ader org kata dia tak pernah ditimpa masalah. Ye dok? Sama ada kecik atau besar masalah tu, sama ada ringan atau berat, semuanya bergantung kepada org yang hadapi masalah tu, dan bergantung jugak macamana cara dia nak selesaikan.

Manusia ni, biler dia ada masalah, selalunya dia rasa dia la yg menerima ujian paling teruk dlm dunia ni. Pdhal dia tak sedar, MESTI ader yang lebih teruk lagi diuji oleh Tuhan.

Manakala, bagi yang bahagia, yang tidak berdepan dgn masalah... tolong jgn bongkak. Jangan lupa diri. Dan jangan ingat kebahagiaan tu tidak boleh ditarik kembali pada bila² masa.

Jadi, sambil menasihati diri saya sendiri.... Sahabat² yang membaca blog ini... Sama² la kita nilai diri sendiri. Betapa beruntungnya sesetengah drpd kita dan betapa bertuahnya kita... :). Assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...