Skip to main content

Posts

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...
Recent posts

Masakan Panas Ala Thai di Tengahari

  Sejahteralah ke atas kamu.... Aku nak promote satu kedai makan ni. Laman Aiman Sup Juara, Bazaria Pantai. Menu utama di sini ialah segala macam sup. Sup ayam, sup daging, sup tulang, sup lidah, sup perut dan macam-macam la. Masakan panas ala Thai pun ada.  Menu lain ialah nasi ayam. Dalam banyak-banyak kedia nasi ayam di KL ni, aku rasa ni one of the best la. (Sorry, gambar aku tak sempat snap. Sebab biasa la. Lapar sangat samapi terlupa nak snap a photo of their signature Nasi Ayam.). Laman Aiman Sup Juara ni, selalunya aku order by Food Panda. Tapi ada sekali ni, aku baru sampai dari kampung, elok tengahari timingnya, aku pun singgah la sini. Ingat nak order nasi ayam je. Sekali katanya masakan panas pun boleh. Biasanya kalau kedai makan ni, siang-siang dia jual masakan biasa, lauk campur, start pukul 4 atau 5 petang baru la masakan panas available. Ini, masakan panas seawal jam 11 pagi. Menarik la kan. Aku pun, tetibe je order Ikan Siakap 3 Rasa untuk suami aku. Untuk aku...

Belajar Rajin-rajin Supaya Terjamin masa Depan?

 Sejahteralah ke atas kamu. Semalam  kat TV (TV berapa aku tak perasan) ditayangkan filem Azura untuk yang entah ke berapa kalinya.  Vibes menonton filem Azura sebagai seorang yang manusia biasa, dengan vibes menonton Azura dengan 'topi' seorang ibu, memang berbeza rupa-rupanya. Banyak sungguh dialog dan adegan yang aku rasa agak keterlaluan yang dilontarkan oleh Zack(Jamal Abdillah) sebagai seorang anak.  Aku tak puas hati betul bila dia biadab dengan ayah dia, biadab dengan majikan, biadab dengan semua orang, semata-mata kerana cinta. Tapi, dulu kalau tengok filem tu semasa bujang, aku rasa wowww cool gila dan aku nak lelaki yang akan mempertahankan cinta kami macam yang Zack buat tu. Hakikatnya, lelaki macam tu, tersangat la hauk. Macamana ko nak bersuamikan seorang yang tak hormat orang terutamanya ayah dia sendiri. Padahal ayah dia suruh belajar je.  Ada satu scene tu, Zack nak minta kerja. Majikan tu tengok sijil, hanya ada sijil berhenti sekolah, jadi Zac...

Dapur Omputih, Jalan Teluk Sisek Kuantan.

Sejahteralah ke atas kamu, Kuantan hari ini, banyak sungguh restoren-restoren baru dan cafe hipster yang menarik konsepnya. Berbeza dengan last time sewaktu saya masih menetap di Kuantan. Sekarang ni bila balik Kuantan, rasa macam tak cukup mulut dan perut nak cuba makan di restoren-restoren hipster di sana. Negeri-negeri lain ada je tarikan-tarikan yang tersendiri. Macam Terengganu ada Pasar Payang. Kelantan ada Pasar Besar Siti Khadijah. Melaka takyah cerita la, macam-macam tarikan ikonik yang ada di Melaka tu. Rasanya Majlis Bandaraya Kuantan patut promote Kuantan sebagai Bandar Cafe Hipster Malaysia. Contohhhhhh.... Cuti Tahun Baru Cina 2023, saya pulang ke Kuantan, kampung halaman yang tercinta yang sentiasa di hati. Akan saya mencari ruang masa untuk round-round bandar Kuantan, cari restoren menarik untuk dicuba. Malam Tahun Baru Cina, saya ke Teluk Cempedak, nak cuba The Loteng. Tapi malangnya, fully booked, fullhouse. Dengan hampanya, makan je la di food court yang dah hampir n...

Kisah Budak-budak Sunat

  Sejahteralah ke atas kamu..... Cuti sekolah bulan 12 2022 yang lepas, aku sempat la khatankan anak-anak aku. Yang sulung umur 9, yang kedua umur 6 tahun. Actually 6 tahun tu masih kecil untuk bersunat sebenarnya. Walaupun aku tahu ada orang sunatkan anak semasa anaknya masih bayi. Dia macam ni, sama ada nak sunat semasa masih baby, atau tunggu kanak-anak dah besar sikit macam umur 9 tahun ke atas. Aku ni, layankan je la sebab yang 6 tahun tu beriya-iya nak sunat. Dia bersemangat nak bersunat sebab aku janji dengan dia, kalau sunat, sementara tunggu nak sembuh tu aku bagi main henfon tiap-tiap hari. (Biasanya Jumaat Sabtu Ahad je mereka boleh main henfon).                      Aku khatankan anak-anak aku di Melaka. Saja nak bagi mereka together-gether dengan sepupu dia. Bagi feeling-feeling berjemaah menyatu ummah sikit. Kisahnya anak kedua aku yang umur 6 tahun tu berani sangat nak sunat, sebab dia tengok kartun Upi...

Keinsafan Belanjawan

 Sejahteralah ke atas kamu...... Cerita dia macam ni. Aku ni, boleh dikatakan sangat kerap order makanan dengan delivery service. Aku sedar, harga kat Fud Penda atau Gerab lagi mahal daripada harga kalau beli kat kedai. Service Tax lagi. Delivery Fee lagi. Memang mahal. Tapi aku pejam mata je demi nak melayankan kemalasan aku ni. Sehinggalah semalam. Aku order sekali lagi daripada Fud Penda, tetibe aku tersedar..... Delivery fee mahal gila. Ini restoren yang bukan la begitu jauh daripada ofis aku. Biasa dalam RM5 gitu je. Aku dah terasa mahal sangat dah ni. Tapi aku keringkan hati, place order juga. Lapar punya pasal kan. Bila Fud Penda sampai, aku turun la ke lobi untuk ambil food aku. Masa aku dah ambil food aku, dan naik lif. Jeng...jeng... jeng... tiba-tiba ada seseorang officer higher level kat ofis aku nak naik lif yang sama dengan aku. Aku berdua je dengan dia. Pada tangan beliau (tibe2 hormat), ada sebungkus makanan macam beli tapau. Aku pun ringan mulut bertanya, beli kat ...

Penawar Batuk dan Selsema?

 Sejahteralah ke atas kamu...... Sepanjang aku hidup di dunia yang fana ni, sudah tidak terkira banyaknya aku demam, batuk dan selsema. Setiap kali itu jugalah, berbagai jenis ubat dan penawar yang aku telah cuba. Uihhh... umo dah nak masuk 50an ni kan... Mestilah banyak petua yang aku dah cuba. Dari semoden-moden ubat, sehingga la yang terpaling tradisional alami semulajadi. Apa yang akhirnya aku faham ialah, penawar setiap kalinya adalah b e r b e z a. Yang ini aku sangat pasti.  Contohnya, bulan Januari aku demam, batuk dan selsema. Aku makan unat moden dari klinik. Demam sembuh untuk beberapa jam, pastu dia datang balik. Kemudian aku minum air kelapa. Sekejap lepas tu, aku sembuh.  Bulan Februari aku kena lagi demam batuk selsema, aku terus minum air kelapa. Ternyata..... tak sembuh. Hak hak hak. Jadi aku cuba makan habbatus sauda dgn madu pula. Wowww... Terus sihat.  Bulan Mac, demam lagi. Aku terus makan habbatus sauda dan madu, tak sembuh-sembuh. Aku makan uba...