Skip to main content

Masakan Panas Ala Thai di Tengahari

 Sejahteralah ke atas kamu....

Aku nak promote satu kedai makan ni. Laman Aiman Sup Juara, Bazaria Pantai. Menu utama di sini ialah segala macam sup. Sup ayam, sup daging, sup tulang, sup lidah, sup perut dan macam-macam la. Masakan panas ala Thai pun ada. 

Menu lain ialah nasi ayam. Dalam banyak-banyak kedia nasi ayam di KL ni, aku rasa ni one of the best la. (Sorry, gambar aku tak sempat snap. Sebab biasa la. Lapar sangat samapi terlupa nak snap a photo of their signature Nasi Ayam.).

Laman Aiman Sup Juara ni, selalunya aku order by Food Panda. Tapi ada sekali ni, aku baru sampai dari kampung, elok tengahari timingnya, aku pun singgah la sini. Ingat nak order nasi ayam je. Sekali katanya masakan panas pun boleh. Biasanya kalau kedai makan ni, siang-siang dia jual masakan biasa, lauk campur, start pukul 4 atau 5 petang baru la masakan panas available. Ini, masakan panas seawal jam 11 pagi. Menarik la kan.

Aku pun, tetibe je order Ikan Siakap 3 Rasa untuk suami aku. Untuk aku, Nasi Ayam, untuk anak-anak bertuah, Nasi Goreng USA. 


Masakan dia memang sedap tau. Mungkin tukang masak dia betul-betul orang Thailand, atau pun dia masak with iman ke, tak sure la. Kiranya, kalau korang kerja kat area Bangsar atau KL Sentral, dan teringin pula nak makan masakan ala Thai, haaaaa.... usah bingung. Ini kedainya yang patut kalian order.





Ini menu the boys, tapi mereka hanya makan nasi goreng, telur dan papadomnya sahaja. Tak reti nak makan daging tu. 

Biasa je kedai dia. Kat foodcourt Bazaria Pantai. Pilihan makanan banyak. Bihun tomyam pun sedap. Yang ni aku selalu order.

Begitulah kisah Laman Aiman Juara Sup. Ikut selera aku, sedap. Kalau korang order tak sedap, jangan cerca aku ye.

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...