Skip to main content

Aircond Kereta Selalu Rosak

Sejahteralah ke atas kamu......

Kereta aku, Kenari. Beli tahun 2004. Sejak aku belum kahwin, sekarang anak dah 3, masih lagi setia berkhidmat untuk aku. Aku pun tak tau la, kenapa aku masih lagi pakai Kenari tu. Sebenarnya Kenari tu selesa. Tak kisah la kalau ada yang kutuk macam mesin basuh ke, macam peti sejuk ke. Aku tak heran. Memang spacious tau dalam tu. Memang tak lebar sangat, tapi sebab dia tinggi aku siap boleh timang anak tau dalam kenari. (Mcm la kereta lain takleh kan. 😝😝😝). Sekarang memang aku tak drive Kenari ni melainkan untuk ke pejabat je. Memang santai la hidup dia, tugas dia tak heavy duty pun. Bagi la dia berehat pulak. Dulu masa dia muda, seluruh semenanjung Malaysia dia pergi, kecuali Perlis je belum sampai. 

Ada juga yang tanya, "awak memang suka sangat ye kereta ni"? Aku tak tau nak jawab apa. Bukan juga terlampau suka. Tapi tak la juga tak suka. Sebab utama ialah Kenari ni dah habis bayar dah lama. Lapang wei kewangan kalau takde hutang bank ni. Lagi satu sebab aku masih pakai kereta tu, mungkin sebab ada sentimental value kot. Itu la kereta yang aku guna untuk bawa arwah mak aku ke mana-mana. Walaupun pada waktu itu, perangai aku memang tak semenggah. Bila mak ajak pergi ke mana-mana, aku kadang-kadang okay, kadang-kadang protes. Errmmm... Kalau la aku tahu apa perasaannya menjadi seorang emak, I will never cakap kasar-kasar atau kurang ajar dengan mak aku. Harap-harap mak aku ampunkan segala kasar bahasa aku pada dia dulu. Huhu. Sedih bila kenang. Zaman remaja memang zaman kebodohan optima. Haihhh... 

Kenari ni, sebenarnya bukan la sentiasa helok je dan  tak pernah rosak, malahan selalu rosak. Normal la kan. Kereta tua, buatan tempatan. Yang paling selalu rosak pada Kenari aku ni ialah aircond. Aku rasa dah banyak kali rosak, aku repair, rosak aku repair. Macam dah 5,6 kali gak kot. Repair aircond ni mahal juga. Dalam RM500-RM600 juga. Untuk aku, amount tu memang mahal dah. Aku tau, kalau kereta import, harga untuk repair lagi la mahal. Kerosakan lain yang paling kerap ialah berkenaan alternator dan bateri. Ya Allah, kalau aku cerita, memang haru wei. Kalau rosak takleh start tu, biasa. Ini jenis mati tengah jalan tu. Banyak kali pulak tu. Malas la cerita, sebab memalukan. 😅😅😅

Paling last aku repair aircond dalam tahun ni la. Tak sampai seminggu aku hantar repair, dah panas balik. Hati aku pun dah panas, aku biar je la. Aku tanggung je azab panas kereta takde aircond ni all the way pergi dan balik ke pejabat. On the way pergi, okay lagi sebab pagi masih lagi nyaman dan matahari kalau bersinar pun, cahayanya mendamaikan. Cerita dia, bila balik kerja, ko drive kereta takde air-cond, memang masak la. Bukan setakat masak lagi dah. Overcook terus. Dengan traffic jammed lagi. Haiyaaa... Tapi nak show off betapa penyabarnya diriku ini sekarang, eceh.... Aku bersabar je la walaupun peluh mengalir macam air terjun dah kat dahi. Pulak tu sekarang aku dah gomut. Lagi la berpeluhnya. Macam sauna la kan?

Last sekali, aku ambil keputusan untuk pakai kipas je untuk kereta Kenari tu. Lantak situ. Membantu juga la bagi berangin-angin dalam jammed tu kan. Kalau aku jadi spaghetti, aku cuma masak ala dente je. Tak overcook anymore. Mamamia. 


Nampak tu, kipas double lagi tau. Aku beli kipas ni kat Down Town, The Mines City. (Ala, masa aku pergi bercuti kat Mines Beach Resort hari tu la). Harga dia RM40. Bila dah balik hotel, baru ada idea nak cari kat Shopee, tengok harga kat Shopee, RM 28 je. Thanks. Aku kena scammed. Tapi okay la. Kasi can la orang nak berniaga kan. Aku suka je support orang berniaga.

Harap-harap aku terus la jadi penyabar. Memang aku takde plan nak repair lagi dah air cond tu. Biar la aku tanggung kepanasan tu. Anak-anak tak terlibat, sebab tu aku tak kisah. Kalau anak2 naik kereta ni, baru la aku gi repair.

Comments

  1. Aduhhh..lucunyaaa. ala dente ehh. 🤣.
    Ermm, teringat masa 1st time aircond kereta rosak dulu. Rosak masa kat kampung pulak tu. Nak menyampaikan ke Puncak Alam dlm sejam setengah camtu. Ahnaff waktu tu setahun lebih kot, tapi dia rileks je xde aircond. Siap tido lena sambil berpeluh² menitik² kat kepala botak dia tu 🤣. Sian kalau ingat balik. Hahaa

    ReplyDelete
  2. Kalau aircond dah repair, still panas, ada check tak air radiator kurang ke tak? Kereta viva aku pernah jadi aircond kejap sejuk kejap panas. Check2 rupanya ada saluran radiator yang leaking. Jenis leaking yang slow, tapi lama2 air radiator makin kurang. Last2 aircond jadi tak sejuk. Lagi satu, check juga kipas aircond, sama ada okay ke tak okay, jalan ke tak jalan. Biasanya time pomen repair, enjin kereta off. So tak perasan masalah kipas aircond ni.

    ReplyDelete
  3. kenari lah compact car yang paling aku minat dari dulu lg..nak jual murah2 bagitau la lyd..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenari ekon rosak pun ko teringin nak beli ke Bundle? Hahah,

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya