Skip to main content

Cendawan Goreng Tepung Rangup

Sejahteralah ke atas kamu....

Seperti yang pernah aku katakan di dalam post sebelum ini, aku.... sebagai isteri, aku memang cuba untuk memasak setiap hari. Walaupun.... cubaan itu hanyalah sekadar niat di dalam hati. Kot-kot la kitchen utensils boleh bergerak dengan sendiri, kelip je mata terus terhidang asam pedas di atas meja makan. Seronok sungguh la hidup kalau boleh memasak pakai niat je. Huhu.. 

Aku harap hasben aku okay dengan kemalasan aku ni. Aku harap, beliau tidak menyimpan di dalam peti la perasaan bengang dengan isteri yg tak berapa konsisten memasak macam aku nih.

Kalau aku memasak, salah satu lauk yang kerap aku sediakan sekarang ialah cendawan goreng tepung. Kerap tu maksudnya macam setiap kali masak kot. Sebab ada sorang budak cikedis tu, kalau aku tak buat cendawan goreng tepung yang rangup crunchy tu, dia akan request. Budak cikedis tu si Luth la. Dia kalau makan benda-benda yang rangup, tak kira la kerak tepung ke, ayam goreng ke, keropok keping ke, semua dia panggil 'PAPOK'. Asalkan bila dia kunyah tu boleh bunyi krup krap, haaa, itu papok la tu. Termasuk la kuih batang buruk pun dia panggil papok. So, bila aku tak masak cendawan goreng celup tepung tu, boleh plak dia nangis sambil rapping, Luth nak papok, Luth nak papok. Bila aku bagi alasan takde telur, dia taknak terima. Dah tu, dia ingat aku nak layan kerenah dia? Keskes. Yela, kita ni kalau nak layan kerenah anak-anak pun, tengok keadaan dan tengok la apa benda yang dia request tu. Kalau boleh dipenuhi, layankan je. Kalau takleh, takyah la menggelupur nak penuhi, takut nanti mua pulak anak tu. Mintak apa semua dapat. Opps... merepek pulak aku citer pasal anak. Heee... Maafkan dagu daku ye.

Untuk resepi cendawan goreng celup tepung yang rangup dan sedap, aku gunakan taktik mengelat je sebenarnya. Apa la yang susahnya, beli je tepung Goreng Ayam Adabi, atau apa-apa cap yang disukai. Aku pernah try tepung goreng jenama Seri Aji, lagi sedap. Hasben aku la tu keletah sangat pilih sesuka hati dia je. Selamat la sedap. Kalau tidak, aku denda dia tidur kat rak kasut. hehehe... Contohhhhh.... contohh..

Berikut adalah langkah demi langkah untuk sediakan cendawan goreng tepung rangup;

Langkah 1;

Beli cendawan. Pastikan cendawan tiram. Jangan tak tau, cendawan tiram ada yang hitam, ada putih, ada warna pink dan kuning. So, ikut sukalah nak beli hok mana. Buleh belako-lako deyyy! (Org kelantan jangan marah ye, kalo slang kelantan aku teruk. Saje je buat hiburan.).



Langkah 2;

Siang cendawan. Bukan ikan je yang boleh siang tau. Kalau kat kampung, semua pun panggil siang. Siang sayur, siang daging, siang ayam. Dah semua siang. Siapa nak ambik malam? Huhu. K fine tak kelakar. Siang cendawan biar jadi macam carik-carik bulu ayam macam ni;




Tujuan mencarikkan cendawan tu, supaya lebih banyak tepung yang menyelaputi (coating) cendawan tu, supaya lebih cepat masak dan rangup.


Cendawan ni, the best way to prepare ialah dengan tak payah basuh. Sebab cendawan ialah sejenis makhluk yang serap air. Texture dia macam berspan sikit, so nanti akan jadi berat. Bila goreng tu nanti susah sikit nak rangup. Tapi aku bilas je. Tengok la keadaan cendawan tu cemana. Kalau nampak bersih, aku tak basuh la. Kalau nampak comot je, aku basuh le. Kita ada akal kan? So, gunakan la akal untuk buat keputusan sama ada nak basuh cendawan ke tidok.



Langkah 3;

Masukkan sebiji telur ke dalam bekas cendawan yang telah siap disiang tadi. Kemudian gaul rata. Ikut suka nak gaul guna tangan atau sudu. Guna akal. Guna akal. Ingat tu.




Langkah 4;

Sediakan tepung gorengan di dalam sebuah bekas lain. Agak-agak je la nak letak banyak mana tepung dengan jumlah cendawan tu. 



Langkah 5;


Masukkan sedikit demi sedikit cendawan yg telah digaul dengan telur tadi ke dalam tepung. Salut sehingga seluruh cendawan diselaputi tepung. Kemudian terus goreng dengan menggunakan minyak yang benar-benar panas dalam api sederhana kecil. Minyak masak tak perlu sampai banjir, cukup secawan je. 



Tips menggoreng:


Bagaimana nak tahu gorengan telah cukup masak? 
-  Tengok warna dia. Cemana ye nak explain. Macam ni lah, sebelum mula menggoreng, pergi pakai gelang atau cincin emas dulu. Lepas tu, compare la emas tu dengan gorengan korang tu. Kan ke biasa orang selalu cakap, goreng sehingga keemasan. So, sekarang korang tau la kan apa tujuan orang wanita pakai barang emas, selain untuk melawa. Hikhik. 

Padahalnya... Takde la macam warna emas sangat pun. Kusam je. Biasanya bahan gorengan tu masa mula-mula masuk kuali, dia macam berat berair sikit. Bila dah lama-lama goreng, dia makin timbul ke atas minyak dan nampak lebih terapung dan ringan. Bila kita kacau guna sudip, dia ringan. Cuba la ye.


Comments

  1. salam ziarah..

    kalau cendawan ni, saya suka goreng guna tepung Bestari..sebab x masin sangat.. dulu2 guna seri aji or kentucky tu tp masin..tekak x leh telan... skrg ni setia dengan trepung Bestari jer..sentiasa ada stok kat umah..hehe

    ReplyDelete
  2. Klu kicen utensil gerak2 sendiri, elok taburkan lada hitam n garam....hehe

    ReplyDelete
  3. cendawan goreng tepung, ratah pun sedap...

    ReplyDelete
  4. Dulu selalu juga beli kat pasar malam.. nak try jugaklah..Semalam tengok kemain lahap si Amsyar makan ikan bilis goreng.. dia pun suka juga papok ni.. :D

    ReplyDelete
  5. Cubalah guna tepung bistari atau aroma pulak. Sedap tau esp. yang spicy punya. Kat rumah I goreng tepung habis semuanya spicy. Terkinja-kinja anak-anak kalau makan, berliter-liter air masuk mulut!

    I suka goreng cendawan tepung macam ni sebab I suka, maka kekerapannya memang agak tinggi jugalah menu hidangan ni terhidang di atas meja!

    ReplyDelete
    Replies
    1. If kita guna tepung bestari, masih kena salut telur ke sis?

      Delete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya