Iklan! Iklan! Sila Click!

13 October 2015

Cranky & Clingy

Sejahteralah ke atas kamu...

Tajuk je bahasa inggeris, post ni dalam bahasa melayu. Jangan risau. Berdebor la tu nak buka google translate. Heheh. (cheh aku ingat org lain bodo bahse inggeris macam aku gamoknya. Kekeke.)

My Beloved Husband
Sejak aku pregnant ni, orang yang paling penat ialah husband aku. Sebab aku sangat-sangat mabuk. Selalunya tak ada tenaga, moody dan tak larat nak layan si kenit budak Luth. Aku tidur awal. Kul 9.30 malam aku dah tido. Husband pulak akan take over semua..... Maksud aku SEMUA tugas-tugas aku seperti basuh baju lipat baju sidai baju, kemas rumah, main dengan Luth, mandikan Luth dan penuhi semua keperluan rumahtangga termasuk la memasak. Huhu... Walaupun dia hanya mampu masak nasi dan sayur. Kadang-kadang goreng cekodok. Atau rebus kentang dan telur. Bukan sebab dia tak boleh masak makanan-makanan canggih yang lain. Tapi aku tak boleh langsung nak terhidu bau-bauan menumis atau bau rempah-rempah. Memang termuntah la aku. 

Aku kesian kat suami aku. Sebab sejak aku tak berselera makan ni, dia pun terpaksa makan makanan-makanan yang tak menyelerakan macam aku. Bubur kosong. Nasi kosong. Telur rebus. Kentang rebus. Semua makanan-makanan yang takde bawang atau rempah. Dia pulak memang jenis lelaki yg tak berapa suka makan makanan luar. Biasa kalau dia beli pun, mesti macam tak kena selera dia. Tapi dia akan tetap habiskan. Aku pernah cakap kat dia, "Sian papa... kena makan makanan yang macam ni je tiap-tiap hari". Dia kata, "Takpe... Orang Afrika tu, makan lumpur je buat biskut". Huuhuuhu... Hokey... kalau dia dah jawab gitu, what can i say la kan. Tapi memang aku bersyukur sebab aku memang boleh bergantung harap dengan suami waktu aku tengah tak sihat ni. Ini lagi sebulan dia kena outstation plak 3 hari. Aku dah mula jiwa kacau dok fikir cemana la kalo dia takde nanti. Aku memang jadi the lost world of Tambun la aku rase. Kalau aku sihat tiada masalah. Tapi ni tak sihat.

My Beloved Son
Luth pulak, sejak aku alahan ni, dia memang aku serahkan terus kat papa dia. Memang aku tak layan dia sangat. Cuma ada masa-masa yang aku rasa dia rindu kat aku, dia akan panggil je aku. Mama...mama...mama... Tapi takde apa-apa pun. Dia cuma panggil je. Kadang-kadang dia akan baring atas perut aku. Aku memang tak mampu nak layan dia sebab aku loya.... Aku kena baring dan bersendiri je. Huhu. Teruk. 

Malam tadi, aku macam biasa tidur awal. Dalam jam 12 malam baru papa dia ajak dia tidur dalam bilik. Sebelum tu papa main dengan dia. Mula-mula dia tidur. Lepas tu kul 1.30 pagi dia nangis. Bergolek-golek daripada sebelah aku ke sebelah papa dia. (Luth tidur kat tengah. Aku tidur setepi birai katil yang boleh. Papa dia pun tidur setepi birai katil yang boleh. Kat tengah tu seluas-luas katil Luth punya.) Itu pun dia masih lagi suruh kiterang tepi. Melampau la tu. Pastu dia nangis tu mula-mula dia kata nak air. Aku pun korek bawah bantal, keluarkan air kosong yang aku dah letak dalam botol susu. Pastu aku bagi kat papa dia, then aku sambung tidur. Aku dengar la papa dia pujuk dia, tanya nak apa, tanya sakit apa.

Aku terlelap kejap, bila aku terjaga balik, aku dengar Luth tak abih lagi menangis. Aku tanya, papa dia tanya, dia tak jawab. Aku dah rasa nak naik hangin dah ni. Perut aku dah la tengah sakit masa tu. Pedih sebab gastrik. Pastu aku biar lagi papa dia handle. Tak reda-reda jugak menangis dia. At last Luth cakap suruh buka lampu. Papa dia pun buka lampu.

Bila dah buka lampu tu, baru la aku take over. Aku tanya dia (dengan lembut walaupun aku sebenarnya sangat sakit perut).... Luth kenapa? Luth sakit apa? Dia tak jawab. Aku teka, "Nyamuk gigit Luth?", tetibe dia senyap. Berhenti menangis.  Maknanya betul la tu kena gigit nyamuk. Aku tanya lagi, "Mama letak Mopiko nak?", pastu laju je dia jawab, "Ye". Pastu aku pun suruh dia tunjuk, kat mana yang kena gigit tu, dia hulur tangan kiri. Aku pun usap-usap tangan dia, memang la ada 2 bintat gigitan nyamuk. Aku sapu Mopiko laila kat situ, lepas tu aku tanya lagi, kat mana lagi, dia hulur tangan kanan pulak. Aku sapu je la, melayan walaupun sebenarnya takde pun kat tangan kanan. Lepas tu kaki dua-dua belah pun aku sapu Mopiko. Sambil sapu tu, sambil mulut aku kata, "alaaaa shiannya anak mama". Sambil cium-cium kepala dia. Pastu baru dia diam. Dia sambung tidur. Errmmm.... Rupa-rupanya dia nak mama dia yang layan. Bukan sebab papa tak bagus. Cuma dia nak perhatian mama je. Sian anak aku.

Lepas aku dah sapu Mopiko, aku pujuk dia nak tutup lampu, lepas tu dia baring atas badan aku. Dia kata, "nak baring mama, nak baring mama". So aku bagi la dia baring atas badan aku yang lemak-lemak air ni. Hehe. Mula-mula meniarap. Lepas tu baring terlentang atas badan aku. Aku peluk dia, baru dia lena. Padahalnya, Luth ni, selama ni dia langsung tak suka kalau aku peluk dia waktu nak tidur. Memang berbeza la karektor dia bila nak jadi abang ni. Aku pulak yang rasa sebak. Dia memang nak perhatian mama rupa-rupanya.

Aku mohon agar semua urusan aku Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

21 comments:

  1. 1st lya nk ucapkan tahniah...
    bru tahu ni pregnant lagi..
    dh jadi abg dah luth..

    biasalah ank, bila dia bkl dpt adik mmg dia nk mnja lebih dgn mak.. bukannya dia tahu, cuma maybe instinct..lg2, bila kt penat..krg perhatian... gitulah ptalian ibu n anak.. bkn kaya ayah x jaga bagus..bagus sgt... tp phubungan ibu n anak semulajadi tercipta mcm tu kan..

    time mcm ni, mmg mcabar..peranan suami amat penting

    ReplyDelete
  2. tu mintak perhatian tu....

    takpe, biarkan dia bermanja... :)

    ReplyDelete
  3. salam sis...
    moga semua urusan di permudahkan ya ..
    nampak nya suami dan anak kena berkorban sikit ye utk mama.. Luth nak jadi abg...:)

    ReplyDelete
  4. Alahaiii...sedih plak baca. Sian luth. Rindu ngan belaian manja mama dia lah tu.

    Sian baca pengalaman orang² yang ada alahan masa pregnant. Syukur alhamdulillah sebab aku tak pernah merasa alahan. dari anak 1st sampailah 4th ni...ooppsss...Cuma tak menahan sakit heartburn. Makan pedas heartburn. Makan tak pedas pon heartburn jugak sampai lah 3rd trimester :-(

    ReplyDelete
  5. Nasib baik Luth itu sudah 3 tahun mudah sikit mengawalnya utk dia memahami diri Lyd yg sedang mengandung itu. 3 anak saya dulu dapat adik baru ketika mereka baru berumur 1 tahun, maknanya baru berusia 3-4 bulan, baru meniarap, isteri saya dah mengandung lagi...

    ReplyDelete
  6. kesian luth rindu mama dia... moga alahan mama luth cepat2 habis... aminnn

    ReplyDelete
  7. Kesian Luth..bijak dah sekarang..Macam mana pun tetap ibu jugak yang terbaik layanan nya..kan??

    ReplyDelete
  8. sibbaik bukan abah luth ckp "nak baring mama" jugakk., hehe2
    semoga dipermudahkan ., amin

    ReplyDelete
  9. Huwaa..kenapa rin plak yg nk sedih ni...lyd..ank rin yg yaya atas pd aish tahun 1 tuh smpi skang msh lg ada perangai nk perhatian since rin ngandung kan aish smpi skang ok..blk sek ada je drama yg dia cipta..cengeng manjang..nangis xpsl2 pun ye..ni aish dh nk msk 3thn kot..hahahaha

    ReplyDelete
  10. ko sumbat je die bawah ketiak. lena la nnt.... erk?
    hehe. gurau je lyd

    ReplyDelete
  11. Hello !
    Welcome. The "Directory Blogspot" it is not a spam, it's not a robot, it is a site like yours done by a person like you.
    The goal is to promote your blog in the world!
    I suggest you to publicize your blog by registering on the "international directory blogspot"
    The "directory" is 27 million visits, 198 countries of the world! and more than 19,000 blogs.
    In comments, please your URL. site name. and your Country
    Activity is only friendly
    Imperative to follow our blog to validate your registration
    We hope that you will know our site with your friends.
    Thank you for your understanding
    I wish you an excellent day
    sincerely
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Thank you to follow my blog - it is greatly appreciated! O)
    We follow your blog, please follow us in return!
    +++++++++++

    ReplyDelete
  12. Pengalaman pregnant setiap org tak sama..yg bagusnya ayah luth ni boleh handle semua urusan kira boleh la bergantung harap. Allah bg ujian tak sama, sampai membuatkan sy syukur sgt dua2 anak sy tak teruk pun alahan..Allah tu maha adil..klu sy jadi macam lyd tak boleh bayang en suami nak take over semua kerja.tu pasal Allah tak bagi teruk kot kat saya.memang ada hikmahnya.hahaha gelak besar

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum Lyd...tahniah2 yer...:)

    ReplyDelete
  14. Luth nak jadi abang...wahhhh tahniah Lyd... jaga diri dan tummy tau.. :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah ye Lyd....baru tahu awak pregnant. 2 x ucap tahniah hihi.....Apa pun moga segala urusan Lyd dipermudahkan....
    Biasalah tu mabuk mabuk.....nak buat macamana .....layan jerlah mabuk tu Lyd, upah nak dpt baby katanya.

    ReplyDelete
  16. Terpikir nanti kalau pregnant second baby camanalah agaknya....ni pon dah lembikkk huhubu

    ReplyDelete
  17. Bdk2 mmg mcm tu kalau nak jdk abg ke kakak. Ada je yg buat perangai ala2. Tp dh ada adik ok la kot. Mcm Aus yg br dua thn lbh tu walaupn manja still caring.

    ReplyDelete
  18. keadaa lyd sekarang buat saya teringat masa mengandung anak no 2
    serius sebiji! sebulan saya ambik unpaid leave sebab tak larat
    mabuk teruk...bukan takat muntah aje
    tak boleh buat apa2! saya banayk terbaring aje
    tak boleh urus diri...apatah lagi hal2 keliling

    manusia paling sabo time tu adalah suami saya
    bila teringat...allah, baiknya suami aku
    rumah bersepah kemas...pendek kata sama aje macam suami lyd
    bila teringat rasa ngeri nak mengandung lagi...hehe

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...