Skip to main content

Entry Ini Tiada Gambar.

Sejahteralah ke atas kamu...

Dua minggu yang lalu, aku jadi tak faham dengan diri aku sendiri. Mula-mula aku asyik rasa serabut sampai aku rasa macam muka aku nampak hitam dan keruh. Takde nur bak kata orang. Pastu aku memang rasa macam cepat naik hangin. Owh, kawan aku kata bukan ke selalunya aku memang cepat marah jugak ke? Ye la, betul la tu cuma pada 2 minggu sebelum ni, aku sekali ganda lagi cepat naik hangin daripada biasa. Selamat la aku tak marah Luth atau pon suami aku. Masih lagi waras kat situ.

Lepas tu perut aku pulak asyik meragam je. Aku ni memang ada gastrik. Gastrik ni kalau dengar macam penyakit enteng je. Namun, hanya sape yang ada gastrik je tahu apa perasaannya sakit gastrik tu. Ini bukan semata-mata alasan sakit bagi orang yang malas puasa ye. Memang seksa gastrik ni. Tapi dua minggu lepas, memang gastrik aku berlebihan sikit. Aku macam rasa bloated sepanjang masa. Pastu banyak sendawa, yelah dah bloated kan.  

Lagi teruk bila aku rasa macam selalu je nak terkencing yang jenis tak boleh nak tahan-tahan dah tu. Perasaan dia sebelum aku buang air tu, macam nak kencing sebaldi urine. Sekali bila kencing keluar macam ciput je. Huhu. Teruk penyakit nih.

Kawan aku kata aku pregnant. Lagipun aku memang dah lewat period beberapa hari. Tapi aku tak rasa macam aku pregnant. Sebab macam tiap2 bulan pun ada lewat 2, 3 hari, then aku gabra lebih, aku test guna pregancy test kit yang aku beli sendiri, pastu result dia negatif. Aku rasa macam dah 4 ketul pregnancy test aku bazirkan dengan result yang negative. Selamat la aku beli yang murah je, cap Guardian. 

Aku ni sebenarnya, acekonon tengah nak diet Atkins. Nak amik very low carbs dan low kalori. Tapi kalau dah gitu gaya kesihatan aku, aku pun berbelah bahagi jugak nak teruskan diet Atkins tu. Aku takut jugak kalau-kalau aku sebenarnya pregnant pastu aku pegi amalkan Atkins Diet. Kang mudarat pulak kandungan aku.....

So, di suatu pagi yang indah, aku rasa macam dah menggelupur nak tahu. Aku ni pregnant ke tak pregnant. Iye ke tidok? Iye ke tidok? Sebab nak diet ni. Heheh. Bila aku test tu, nampak kertas dalam pregnancy test tu laju je menyerap urine aku. Bila sampai kat garisan 'T' (penanda sama ada pregnant atau tidak), terus je jelas nampak garisan purple. Terang tebal garisan tu. Bukan setakat pudar-pudar warnanya hokey. Aku terus macam terharu sebab dah sah aku mengandung! Gals, i'm pregnant!

Aku keluar toilet, aku panggil husband aku, "Bubi! Bubi!" Bajet buat suara cemas macam ada lipan kat dalam toilet, husband aku bergegas datang kat aku. Dia tanya "Kenapa? Kenapa?" Aku pun tunjukkan pregnancy test yang pada mulanya tadi aku sorok kat belakang aku, sambil berkata, "tadaaaa". Dia tenung lama je pregnancy test tu. Muka berkerut, pastu dia tanya. Kenapa? Ni apa maksud dia?... *ko bayangkan tadi mula-mula ada muzik indah alunan biola bersama piano tengah berkumandang, tiba-tiba terus bunyi macam CD lekat cicak. Potong ahh husband aku! Dia boleh tak faham plak. Aku kata la aku pregnant. Lepas tu baru la dia melompat-lompat. (Okay, itu aku tambah-tambah. Sebenarnya dia tak lompat, tapi dia peluk aku.).

Haa, jadi begitu la kisahnya. Lepas ni kalau aku update blog, muntah la korang nak baca cerita pasal aku pregnant je memanjang. Hahahahah... Silalah gelak sekarang. Oh, my EDD will be on 7 Mei 2016. InsyaAllah.




Comments

  1. wah tahniah kak lagi advanced dari plan saya rupanya hahaha. tahniah sekali lagi, jaga kesihatan.. jaga kandungan lebih2 lagi pada peringkat awal ni ye :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Lyd! Alhamdulillah, bertambah ahli keluarga tahun depan. Insya Allah!

    Dari awal baca entri tak tahulah nak percaya ke tidak betul ke kata-kata si Lyd ni tapi bila dah confirm kat bawah-bawah depan lompat bintang lakibini ( I tambah sendiri) memang betullah ya berita gembira ni ^_^

    Takpalah, 9 bulan 10 hari kami sanggup baca pengalaman you mengandung kali kedua. Nak sambung lagi dengan BF dengan membesarkan anak pun takpa, dah namanya mak-mak punya blogkan. Kita semua pun faham :)

    ReplyDelete
  3. Luth apa khabar? sihat?.. Tahniah sis. kali ni harap girl plak. haha

    ReplyDelete
  4. sweetnya #tibe2rasamacamnakkawensekrg.. hahahaha btw tahniah sekali lg... moga2 girl..aminnn hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah.. tahniah..
    Moga sihat dan kuat hendakNYA.. ;)

    ReplyDelete
  6. tahniah... luth dapat adik la pasni...

    ReplyDelete
  7. Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.. tahniah. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
  8. Yeay... congrats....

    Jaga kesihatan ok.

    ReplyDelete
  9. tahniah lyd...buka2 blog dapat good news dari sahabat blogger...semoga kandungan membesar dengan sihat dan kuat....tabahlah menghadapi perut yang ke hadapan...hehehe...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah tahniah.. tumpang happy x lam lagi abng long luth la.. jaga diri lyd :)

    ReplyDelete
  11. lyd.. serius ckp msa ayah rania dlu sy tak tunjuk upt tu sbb nnti mesti buat muka blurr.. pastu tanya pa benda ni.. sbb spnjng nam tahun kawin mmg x pernah beli n tru test upt pon..

    itu yg saya plan ajak p klinik terus sbb nak check.
    pastu pkat pulak dgn nurse.. padahal nervous dah.. risau.. alhamdulillah, masa scan mmg dh nmpak :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahiah lyd..luth nk dapat adik..yey!!!

    ReplyDelete
  13. Tahniah sekali lagi!..moga sihat sentiasa dan selamat. Insya Allah. :)

    ReplyDelete
  14. Yeayyy...luth nk dpt adikkl...luth nak jd abam luth...tahniah lyd..happy for u

    ReplyDelete
  15. syukur alhamdulillah...
    mmg surprise sgt

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya