Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Book Review: DIAgnosis dan DIAgnosis 2

Sejahteralah ke atas kamu... Aku beli buku ni 2 ketui di MPH Online. Aku rasa aku lagi suka beli buku online la, sebab kadang-kadang kalau pergi kat kedai MPH, buku yang aku nak tu takde stok di cawangan tu. So, kena gi cawangan lain. Itu kalau ko memang dah tau buku apa yg ko nak beli la. Tapi kalau saje-saje walk in dan belum decide lagi buku apa nak beli, lagi elok pergi ke kedai buku terus. Boleh la belek-belek, baca synopsis. Buku DIAgnosis ni penulis-penulisnya ialah para doktor-doktor yang bertugas di Hospital Kerajaan. Aku kalau di alam nyata, aku suka dengar pengalaman doktor merawat pesakit, sebab selalunya pengalaman yang mereka cerita tu ada ilmunya. Contoh paling mudah aku bagi, blogger Daddy Ziyyad . Dia doktor tau. [Cepat gi mintak MC dgn dia]. Blog Daddy Ziyyad, [ Macam Macam Ada] ni aku memang admire sebab banyak ilmu yang aku boleh dapat di situ. Dengan ucapan, "Bila DZ nak tulis buku plak?" Jadi, sebab tu jugalah aku suka buku DIAgnosi

Persatuan Salah Cakap

Sejahteralah ke atas kamu.... Masa kejadian: Pagi tadi Lokasi: Depan cermin, sebelum pakai contact lenses. Pesalah: Aku, Lyd Sunshine Saksi: Husband aku, Mat Azghul Aku nak pakai kanta lekap masa tengah bersiap nak gi kerja. Tetibe rasa macam kewring sangat mata.  Terus je panggil husband yang masa tu ada kat dapur... "Bubi! Oooo bubi! Bubi ada Dynamo tak? " Sayup-sayup je dengar jawapan dia, "Ada, Dynamo nak guna buat basuh apa?" sambil aku dengar dia ketawa. Cis. Jadi bahan la ni. Perkataan salah:  Dynamo  [Sabun basuh kain] Perkataan betul: Eyemo [Ubat titis mata] Kejadian ke-2; Keluar nak pergi Mydin Mart yg kat depan rumah. Aku duduk seat belakang dengan Luth. Cermin tingkap aku turunkan. Kat sebelah Mydin tu ada gerai Char Kuey Tiaw sedang beroperasi.  Elok je masa lalu kat tepi gerai tu, tiba-tiba aku teringat kisah silam dan terasa nak kongsi cerita tu dengan husband. Aku kata, "Dulu masa

Nenek Pengasuh Luth 3.0

Sejahteralah ke atas kamu.... *aku lebih suka kalau korang baca sampai habis kalau nak komen* Nenek pengasuh Luth disahkan menghidapi kanser sel pada tahun lepas. Kanser sel tu katanya ialah sejenis kanser yang sangat unik dan boleh dikatakan hanya satu dalam sejuta. Dalam tengah sihat, tiba-tiba dia dimasukkan ke hospital kerana muntah dan sakit perut yang teramat, kemudian selepas menjalani pembedahan membuang cancer tersebut aku tengok kesihatan dia semakin susut. *Waktu dia sakit, anak dia yang menjaga Luth.* Aku sedih. Sebab aku rasa aku dah mula sayang pada nenek pengasuh Luth tu. Aku macam ni la, susah nak mula berkawan, susah nak berkenalan, tapi once aku dah mula kenal seseorang di dalam hidup aku, aku akan jaga silaturrahim itu supaya terus berkekalan. Ewahh dah macam bercinta pulak. Lagipun, aku memang berazam untuk buat baik pada orang yang menjaga anak aku. Aku belajar daripada ibu. Sebab ibu mentua aku pun mengasuh anak-anak orang juga di kampung. Pengalaman ib

Intipati Ceramah Ustaz Sabri Rani: Hubungan Suami Isteri

Sejahteralah ke atas kamu........ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kata Ustaz, kalau mahu hati betul-betul tenang, 10 minit sebelum masuk waktu, kita dah tunggu dah nak solat. Dah ready ada wudhuk dan hanya tinggal nak solat je. Selepas solat pula, selepas berdoa duduklah sekejap untuk muhasabah diri. Bermonolog dengan Allah. Cuba bercakap dengan Allah, mengadu dengan Allah. InsyaAllah kalau kita bercakap dengan Allah, kita takkan dikata gile. Kita ni, contohnya pasangan suami isteri la. Kadang-kadang kita dah tahu dah pasangan kita dah selamat sampai ke destinasi perjalanannya. Kita nampak dah kawan dia dah update gambar dia dengan pasangan kita di Facebook, tapi kita tetap nak tunggu pasangan kita sendiri yang inform kat kita, "Saya dah selamat sampai dah, alhamdulillah". Betul tak? Perasaan bila dia sendiri beritahu tu seperti terapi emosi untuk kita [yang isteri je la kot rasa macam terapi]. Atau pun contohnya yang selalu jadi ka

Cara Membuat Sendiri Kentang Goreng Sejuk Beku

Sejahteralah ke atas kamu... Aku suka sangat makan fast food walaupun aku tahu itu adalah makanan yang sangat tak sihat. Aku masih tergamak lagi makan burger dan kentang goreng yang aku beli dari restoren makanan segera. Biasanya aku makan fast food masa hari bekerja. Aku memang jarang sangat beli fast food jika Luth ada bersama aku. Pernah sekali tu, husband aku cuti. Dia bawak Luth datang ofis aku. So, petang tu sebelum balik, kami sempat beli set burger di Burger King. Sebab masa tu ada promotion kupon yang berharga RM6 dapat beli belian bernilai RM20. Aku beli burger yang setnya ada kentang goreng. Aku harap-harap Luth tak suka, tapi jangkaan aku silap. Aku tengok anak aku makan beriya sangat kentang goreng tu. Pegang tangan kiri dan kanan. Lepas tu suap laju-laju, then tadah tangan mintak lagi. Waktu tu rasa macam nak luruh hati aku sebab rasa bersalah, bagi dia makan makanan yang tak sihat. Well, ko tahu la kan. Kentang goreng daripada restoren makanan segera, dengan bah

Sewing Tools Kit Pattern

Sejahteralah ke atas kamu... Ini contoh sewing tools kit yang aku buat sendiri. Tujuannya adalah untuk menyimpan alatan menjahit aku dengan lebih kemas dan tersusun. Mutu jahitan memang la 'out'. Tengok warna benang pun terlampau contra dengan warna fabric. Tapi macam biasalah, asal boleh je aku ni. Aku gunakan fabric daripada shopping bag. Malah, memang shopping bag tu la yang aku potong untuk buat sewing tools kit ni. Senang bila ada beg peralatan menjahit macam ni. Senang nak usung bawak pergi-balik ofis. Kadang-kadang ada masa rasa nak menjahit waktu rehat kat ofis. Siapa nak tempah angkat tangan? Okay, tempahan ditutup. Hewhewhew.

Cara Mudah Membuat Playdoh Atau Plasticine Di Rumah

Sejahteralah ke atas kamu... Saje nak share resepi membuat playdoh di rumah. Kalau korang ingat lagi masa kita kecik dulu, main plasticine atau nama kampungnya tanah liat, bau dia, Allahurabbi, macam nak pitam. Bau macam cat yang kuat sangat kan? Itu sebenarnya toksik. Eh cemana mana eja dia? Toksid? Toksin? Tokmoh? Ahh tak kisah la, yang penting in English dieja toxic.  Banyak je non-toxic plasticine dijual kat pasaran. Cuma nak membelinya tu, mampu ke? Beli sekali memang la mampu. Beli banyak kali boleh mampu[s]. *plural*. Meh sini aku nak ajar cara korang berjimak berjimat dengan membuat sendiri playdoh untuk anak-anak yang baru nak up ni. Ramai dah tahuk rasanya, tapi kalau yang tak tahu, silalah baca.  Pertama sekali ingin aku pesan, untuk membuat playdoh ni ada banyakkkkkk resepi. Tak semestinya apa yang diajar oleh seorang tu adalah paling betul dan takleh tukar-tukar ingredients. Be creative and open your mind. Ni salah satu resepi paling mudah dan sempoi mamp