Skip to main content

Mr Flossy

Sejahteralah ke atas kamu...

Salah satu barang penting yang mesti kena ada dalam henbek aku adalah dental floss. Aku memang kena floss gigi setiap hari. Kadang-kadang setiap kali lepas makan aku perlu floss gigi [kalau menunya daging atau makanan spesis keras dan liat]. Sampaikan husband aku panggil aku, "Mr Flossy". [terlalu panjang nak cerita kenapa "mr', bukannya 'mrs' atau 'miss'. Aku pendekkan cerita, ada satu watak dalam movie yang kami pernah tonton, watak Mr Flossy, yang habitnya floss gigi. Sama mcm aku.].

Sumber gambar daripada Google.


Agaknya, sebab tiap-tiap hari tengok aku floss gigi, Luth pun selalu je mintak sikit floss aku. Dia kalau nak mintak apa-apa, dia akan cakap "nak cit" maksudnya "nak sikit". Kuat mengecek ni. Kalau aku taknak dia ganggu ketenteraman aku memflosskan gigi aku, aku akan bagi dia floss yg aku potong pendek je. Tapi kalau aku rajin, aku akan floss gigi dia dulu. Baru aku floss gigi aku. Yang comelnya, dia sangat memberi kerjasama sewaktu aku nak floss gigi dia. Duk diam dan nganga mulut. Kekeke. Tapi kalau aku nak sental gigi dia guna kain, tak pulak dia beri kerjasama macam tu. Selekeh betul mama dia ni ye, gosok gigi anak guna kain je. Aku tak beli lagi berus gigi untuk Luth. Yang ada hanya berus gigi getah je, yang aku perlu masukkan jari dalam tube getah untuk gosok gigi dia.

Ermmm... lagi apa aku nak cerita ye. Tetibe idea terbang. 

Nah, aku tunjuk gambar Luth je la...

Mula-mula, shaye makan nasi arab.

Lepas itu, shaye floss gigi


Lubang hidung shaye bersawang.


Oh, hari ini... Luth duduk di rumah dengan papa dia. Nenek pengasuh Luth masuk hospital semalam dan akan menjalani pembedahan appendix mungkin hari ini atau Isnin. Aku pun tak tau nanti siapa yang akan jaga Luth sebab selepas operation, paling kurang pun perlukan 2 minggu untuk pulih. Cuti aku pulak dah habis, tapi Isnin aku la yang kena cuti untuk jaga Luth. Semoga Allah permudahkan untuk kami.. Aku serahkan diri kami, bulat-bulat kepada Allah.

Comments

  1. luth pon nak floss gigi ye? auntie nak tengok gigi luth..tak nampak

    ReplyDelete
  2. comelnya luth ek.pandai nak floss gigi dia jugak tau

    ReplyDelete
  3. Alahai, comelnya Luth floss gigi! Tetiba je nak beli floss serta-merta. Model iklan comel sangat ^_^
    Moga ada jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah siapa yang nak kena jaga Luth sementara babysitternya sembuh. Susahkan macam ni, Lyd. Selalu je cuti habis kerana anak. Saya pun dah zelo-zelo balance. Bantai unpaid leave jek. Bos pun berkerut kening cam Ziana Zain dah!

    ReplyDelete
  4. Olololo...comelnya Luth. Aku rasa, aku pun kena beli floss la. Gigi aku ni, dahlah tua seiring dgn umur sendiri. Pastu menderita kalau gigi terselit sisa makanan. Mulalah pala otak cari solution mcm ne nak keluarkan sisa makanan tu. Bila dah asik pk, tak fokus dgn kerja hakiki. Macam mana tu? Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  5. Aminn..semoga dipermudahkanNya..

    pandainya Luth floss gigi.. boleh jadi geng Amsyar suka ngecek tapi Amsyar buat masa ni kalau dia minta sesuatu dia tadah tangan jer..hehehe

    ReplyDelete
  6. semuga dimudahkan segalanya. adalah orang yg akan menjaga Luth nanti..

    ReplyDelete
  7. adoiii Jelita gigi dah rosak2 sebab dia tak bagi kami uruskan, semua dia nak buat sendiri..tau tau la. apapun bagus la luth kecik2 dah pandai floss floss, I sampai sekarang tak reti nak floss guna yang ni, I selalu guna yang ada pencungkil gigi macam gergaji tu jer... pastu ada satu jenis yang macam berus jamban kecik untuk celah2 gigi tu.. hat tu jer la I pakai hahahhaa.

    ReplyDelete
  8. gigi jenis jarang ke asyik floss gfigi?hehe..macam2 tabiat manusia sy senyum je..tp comel je ada gelaran mr flossy..luth [pun kemain bergaya buat demo.hehe

    afia pun jenuh berperang klu nak gosok gigi dia.baik guna kain baik guna berus..klu mood baik pandai plak dia berus gigi dia sendiri

    semoga jumpa jalan penyelesian untuk cari penjaga luth..ameen

    ReplyDelete
  9. Isteri saya selalu guna floss gigi, maklumkan misi gigi.. Saya pula kalau ada masalah lebihan makanan tersumbat baru gunakan floss. Dua hari lepas tengok cerita omputih tentang 'spirit of the coin', ada adegan ngeri mengenai floss gigi....

    ReplyDelete
  10. hhehe bgus2 kecik2 dah jga gigi ye luth ;p

    ReplyDelete
  11. Tak pernah floss pun...pakai pencungkil gigi je...

    ReplyDelete
  12. alolo.dh pandai guna floss ye luth.bagus bagus..jaga dr kecil

    lama jugak tu..
    smga dipermudahkan hendaknya
    aamiin

    ReplyDelete
  13. tgh pening jgk...pengasuh nak cuti isnin dpn tp aku ada kursus...dah la kursus smpi mlm huhu...errr...tajuk apa td ek?? hehe

    ReplyDelete
  14. hehe...comellah luth
    acik yana pun tak pernah guna floss tu
    insya ALLAH, moga ALLAH permudahkan urusan lyd anak beranak

    ReplyDelete
  15. cantik bersih la gigi Luth nanti..hasil meniru mama dia. :D

    moga Lyd dapat jln penyelesaian utk hal jaga luth ya. Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. nampaknya nak kena ada jugak ni.
    hehe

    pandai plok luth tu ..hihi

    ReplyDelete
  17. saya pn suka floss gg tapi xdelah selalu... hehehe
    comel jer luth...luth jga gg taw..gg ptg...klu gg cntik mka manislah segih kite..hehehe

    ReplyDelete
  18. amboi dh pandai ke tu floss gigi...bagusla kalo dia nak buat seniri...berus gg jari tu sy memg ajar dkt qisya masa dia awal2 tumbuh gg..mudah..

    ReplyDelete
  19. pandainya luth... anak sy guna berus getah tu je, kalu guna berus biasa berdarah la gusi dia, agaknya gusi lembut lagi kut.. ksian pulak..

    ReplyDelete
  20. comelnya luth..pandai floss gigi kecik2..mesti cantik gigi dia nanti (^_^)

    ReplyDelete
  21. Ok la bawak floss dlm henbeg. Kecik & padat. Kot orang yg bawak berus gigi & colgate merata..tu lagi jenuh beb. Huhu

    ReplyDelete
  22. Luth yang comel... kecik kecik pun dah pandai guna floss.. :D

    ReplyDelete
  23. Hi! Mr. Flossy...hehehe...Pandainya luth. Kecik² nak floss gigi.

    Smoga dipermudahkan semua urusan.

    ReplyDelete
  24. anak borek,makrintik..seronok tengok luth memfoss tuh..heheh ..comel jer..
    kalau acicha bapaknya tukang cuci gigi dier, cuci ngan towel jer jgk..sampai abes pkaian nakbuat tonyoh gigi..underwear mak kalau dpt pun dier wat lap gigi..heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w