Iklan! Iklan! Sila Click!

08 September 2014

Berperang Dengan Perasaan

Sejahteralah ke atas kamu....

Minggu lepas aku kena gi kursus lagi. 4 hari 3 malam yuolss. Lama. Kejung rasenya dok lama-lama kat dalam hutan tuh. Aneh kan? Tahun lepas aku dah kena pergi kursus kepimpinan eksekutif. Yang itu memang semua eksekutif kena pegi at least 2 tahun sekali. Alih-alih tahun ni aku kena pergi lagi kursus Performance Enhancement. Ermm... baca tajuk kursus tu macam dah tahu je kursus tahun ni berkenaan dengan apa. Nak enhance.... diulang...ENHANCE my performance. Maknanya performance aku bagi tahun lepas, memang tak bagus la tu. Huhu...

Biarlah aku terus terang. Markah aku banyak kena potong sebab masalah kehadiran. Tahun lepas aku bersalin. Sebelum cuti bersalin 3 bulan, aku ada juga MC. Alahan la dek non. Takkan sesaje plak nak MC buat kuih talam kat umah. Tidak sekali-kali. Dah la cuti bersalin 3 bulan, lepas masuk kerja pun aku ada juga MC, tak cukup dengan tu, aku YEYEL juga... means, emergency leave. Teruk jugak la. Tapi tidak la sampai 14 hari aku MC + EL tu. Hanya 13 hari je. hekhekhek. Aku tak mampu nak explain kepada yang berkenaan. Bahawa MC aku memang betul-betul aku sakit. Dan EL aku betul-betul bersebab. Biasanya EL sebab Luth tak sihat. Tahun lepas jugak yg Luth masuk wad 5 hari. Kalau nak tahu, opih tempat aku kerije ni, memang menjadi kepantangan kalau MC atau EL yang bersambung dengan cuti hujung minggu. Maknanya, let say cuti hujung minggu ko Sabtu dan Ahad, maka, kalau ko MC atau EL pada hari Isnin atau Jumaat, haaaa... itu mungkin akan dituduh menipu. Aku tak nafikan ada yang betul-betul tipu MC. Tapi malang la bagi aku yang kebetulannya saat aku atau anak aku jatuh sakit pada waktu yang dimakruhkan oleh opih aku tuh. Apalah daya aku nak menghalang sakit pening aku. 

Maka habuan untuk aku ialah... attend kursus tu bersama dengan pekerja-pekerja lain yang ada masalah integriti termasuk yang ada kes polis dan bergaduh bertumbuk. Ini seriussss... Wonderpet datang, kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah.

Luth demam malam tadi. Aku tidur pon dah macam ayam. Kejap2 bangun sebab Luth menangis meragam sepanjang malam. Aku tahu dia tak selesa. Aku sedih gak sebab aku panik tak tau nak buat apa, melainkan bagi dia breastfeeding je, sampai kering dah aku rasa sampai dah takde susu dah. Pagi tadi aku dah mula berperang dengan perasaan sendiri, nak EL ke tak. Macamana aku nak tinggalkan anak aku yang demam tu dengan pengasuh. Pengasuh bukan hanya ada anak aku sorang je yang dia nak jaga. Ramai lagi anak asuhan yang dia perlu layan. Kalau Luth meragam sebab tak selesa nanti, siapa nak comfortkan dia. Memang berbelah bagi aku rasa. Kalau aku EL nanti.... memang makin buruk la rekod aku. Akhirnya aku keringkan hati.... aku kuatkan semangat untuk pergi ofis. Aku harap anak aku dilindungi Allah sentiasa. Semoga Luth baik-baik saja di rumah nenek. 

Memang begini la kehidupan. Kalau ko hanya seekor bilis di lautan, memang susah ko nak survive. Sedangkan ikan kembong pun struggle nak hidup, inikan pulak ikan selar kuning. Apatah lagi ikan bilis macam aku ni. [walaupun badan aku tak la kecik macam ikan bilis, tapi macam paus huhu.]. Bila datang ujian macam ni, satu je yang aku ingat.... semua itu adalah di dalam perancangan Allah. Allah jualah yang menyusunnya dan pasti ada sebab kenapa aku yang terpilih.

22 comments:

  1. Ya, bukan mudah nak besarkan anak orang...kawan aku masa kecik2 dulubterpaksa diikatkan/ditambat pada tiang rumah...sbb mak bapak kena turun ke sawah....jadi, ujian membesarkan anak bukan kpd kerja opis yg 9-5 je....org kampung pun ada cabarannya...kalau tak turun je sawah, takde padi nak hidup...takde makanan dan duit utk semusim nanti....

    ReplyDelete
  2. aku suka tmpat kerja aku sekarng.. bos jenis understand org ada anak kecil mcm kita.. aku selalu sgt EL. dan dia faham.. masa aku ngandung dulu pun aku tumpah darah dpt mc dekat sebulan jugak.. lepas tu nk beranak aku ct awal sebb turun drh lagi.. leps tu x berank2 pun.. nak berank kat kg lg tu.. balik awal lah kekonon.. memng aku kuat sungguh cuti..

    ReplyDelete
  3. sabar ek...Tuhan akn bgi dugaan bgi org yg mampu je..mungkin ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  4. Topik ni dekat di hati tau....

    I pun habis segala cuti dek kerana anak. My sis jaga my anak tapi sejak dua tahun kebelakangan ni, memang teruk sikit sebab dia jaga my mak yang tak sihat juga. So, adakalanya dia bosan dan nak berubah angin balik kampung. Maka ketika itu memang I yang jadi masa asyik mohon cuti. Itu belum kira anak-anak sakit. Walaupun sakit sikit je, hati mak macam I ni tak kuat betullah. Sayu sungguh nak tinggalkan anak yang buka mata pun tak larat, nak cakap pun mulut letih sebab demam. Kadang tu, badan anak baru dedo sikit I dah sms bos nak cuti. Tapi one good thing, my office ni takdalah nak kata apa. Lantak koranglah. Yang habis cuti, korang. Yang kena potong gaji ,korang. Tapi bila increment sikit ke apa, jangan meroyan pulak. So, I redhalah ajelah....

    Mesti ada hikmahnya Tuhan pilih kita yang lemah ni untuk dugaan macam ni, kan.....

    Eh, emosi pulak tetiba....

    ReplyDelete
  5. Mmg ini common problem for a working mom, especially yg masih ada anak kecil..
    Apa yg saya pernah buat utk patient2 saya ialah, tuliskan surat menjelaskan anak sakit dan perlu penjagaan / di kuarantin dari menghadiri taska/nursery..So maybe awak boleh consider minta tolong doc yg check anak awak, tuliskan surat buat majikan awak, dgn harapan majikan memahami situasi awak, ie a genuine case, bukan sesaja nak ambik EL/ MC. Yup, mmg menjadi rutin saya setiap Isnin/ selepas long public holiday, kaki2 MC akan cipta 1001 alasan utk sambung cuti ( menipu MC) :)

    ReplyDelete
  6. Sementara Luth nak besar..memang banyak la dugaan2 nya..cari pengasuh yang jaga sorang anak je boleh??kalau dia jaga anak kita je tak la risau kalau nak tinggalkan bila dia demam..

    ReplyDelete
  7. itulah kehidupan.. sayapun selalu berperang dengan perasaan bila diuji macam tu.. cuma bernasib baik sebab Amsyar maktok yang jaga.

    teringat dulu2 bos siap pesan No MC pada hari Isnin dan Jumaat, gaji tak naik setahun..alasan selalu EL dan hampir kena buang kerja sebab nak sambung cuti bersalin sebab Aishah masuk wad (jantung berlubang) mulanya panik tapi bila fikir ianya datang dari Allah saya bersabar dan Alhamdulillah..ok jer bos siap bagi cuti bergaji masa Asyraf masuk wad operate jantung.. kalau perasan setiap anak ada je masalah macam ni.. tapi boleh diatasi kalau kita berserah pada Allah..

    ReplyDelete
  8. Cepat sembuh yer Luth... Bertabah la ibunya yer... ada hikmah disebalik semua ni, I beleive nnt besar Luth akan jadi seorang yang independent.

    ReplyDelete
  9. Kalau duduk dekat bolih bunda tolong jagakan Luth ...zarif pun dah besar...hehe..

    ReplyDelete
  10. kesian kat lyd. tp takpe. mana la tau kot2 dapat pengalaman yg bermakna masa training enhancement tuh nnt.

    ReplyDelete
  11. Ala kesiannya Lusth.. Semoga Luth cepat sembuh ya.. Aminnn

    ReplyDelete
  12. bersabar ye..saya memahami situasi lyd sebab sama2 bergelar ibu..tp sya bersyukur dapat team yg memahami wp management tak memahami..itu dah cukup..

    ReplyDelete
  13. Pengorbanan seornag ibu, terpaksa korbankan cuti. AL/EL/MC dan ibu memang takkan terpisah...cewahhh...dah macam iklan plak komen aku. Kalau nak soh en somi memang tak lah kan.

    Masa anak kena chicken pox berjemaah last year, nasib dapat doctor yang baik. Jimat cuti sket ☺☺

    ReplyDelete
  14. Smoga luth cepat sembuh. Memang tak tenang nak kerja bila tinggalkan anak yg tak sihat. Bertabahlah.

    ReplyDelete
  15. sabar lyd...memg ini ujian utk working mummy mcm kita..berat hati nk tglkan anak yg xsihat pd bs. Memg kalo tgk rekod sejak ada anak ni, penuh dgn rekod EL dan MC huhuhuhu..

    ReplyDelete
  16. Ya Allah! Samalah situasi. Kdg tu aku terpaksa berkorban tglkan anak kt bbysitter sbb hal yg mcm nilah. Sobs! Nak benti keje, uit tak ckp. Camno? Sobs!

    ReplyDelete
  17. betul tu semua ujian Allah lyd,bertabahlah..hidup ni memang tak mudah..semoga luth cepat sembuh ya!

    ReplyDelete
  18. rupanya ada kursus utk mcm ni ye..
    serius..smpai kes btumbuk pon ada..
    biasa lah lyd... lain keadaan ada ank n xde anak..
    bila ada ank..mmg kbykn ct sbb ank

    ReplyDelete
  19. huwaaaa...tgh berperang gak ni...camne nak tggl anak g kursus 3 hari ni...nk pk stok lg huhu

    ReplyDelete
  20. semoga akak terus kuat dan tabah menerima ujian. Nak tak nak kena pergi jugak. Semoga ada hikmahnya,

    ReplyDelete
  21. Okla ada kursus macam tu..
    Tak semestinya yg poor performance boleh join kan.. :)

    Takpe Lyd, ikut jela kan.. bukan kita sengaja..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...