Iklan! Iklan! Sila Click!

25 August 2014

Cerita Pasal Duit Raye

Sejahteralah ke atas kamu...

Raya dah tinggal lagi sehari. Aku baru nak cerita pasal raya. Mood raya baru je datang tetibe seminit yang lepas. Aku ni biasa le. Selalu je lambat panas. Time raya aku tak nak makan lemang, dok sibuk makan biskut raya, lepas raya baru le terhegeh-hegeh mengidam nak makan lemang. Sebut pasal lemang, masa raya baru-baru ni, aku pertama kali cuba makan lemang periuk kera. Sorry, gambar tak sempat snap sebab adegan tu kat rumah orang. Malu plak aku nak berselfie-selfie, nak berfoodie-foodie kat umah orang sebab taknak la mencontengkan kapur kasut di muka ibu mentua aku dengan perangai over begitu. Berbalik kepada lemang periuk kera tadi, rasanya tidaklah begitu memikat hati aku. Tak sesedap lemang dalam batang buluh yang dibaluti daun pisang. Aroma daun pisang tu, terasa macam nak sebut perkataan yennadey bila makan. Cemana la lemang periuk kera tu nak terasa sedap pada lidah aku. Aku ni manusia. Periuk tu pulak kera yang punya.

Tahun ni adalah tahun kedua Luth berhari raya. Kali ni, duit raye Luth kurang seratus daripada tahun lepas. Eh, jangan kata aku tak bersyukur, aku hanya menjelaskan dalam bentuk ayat penyata. Rezeki sikit ke banyak tu, subjektif. Bagi aku sentiasa cukup je.

Aku teringat zaman semasa aku kecil dulu, duit raya yang biasa aku dapat kutip hanya dalam RM20 je. Itu pun dah tersenyum sepanjang masa dan rasa macam nak melompat-lompat je. Berapa banyak aiskrim paddle pop yang aku bleh beli dengan duit RM20 masa tu, dengan air kotak, air tin. Waktu tu, aku boleh beraya kat rumah sesiapa je seluruh kampung, walaupun orang yang aku kenal. Paling koman, orang akan bagi seposen. Biasanya 20sen. Kalau yang agak berada bagi 50sen. Waktu tu tak de rasa takut pun nak pegi mana-mana. Mak ayah pon tak risau anak kena culik ke, kena rogol. InsyaAllah akan balik dengan selamat.

Aku memang takleh lupa, rumah yang paling aku excited nak pergi collect duit raya ialah rumah wakil rakyat, [sekarang dah meninggal dah]. Rumah dia dekat je dengan umah aku. Kalau beraya rumah dia, akan dapat RM1. RM1 pada zaman itu memang sangat bermakna. Sama perasaannya macam dapat RM10 zaman sekarang ni. Yelah, sekarang ni, aku rasa dah takde orang bagi duit raya 20sen. Kalau ada pun memang jarang. Biasa bagi RM2 betul tak? Bila kumpul-kumpul dapat la beratus-ratus duit raya, tapi nilai dia, lebih sikit je berbanding duit raya dulu. Kalau eskem paddle pop dulu 30sen je, sekarang dah berapa hingget? Singgit lebih dh kan.

Cemana dengan yuolls, berapa collection duit raye masa kecik? Ce kongsi kat sini kenangan terindah collect duit raya korang.


17 comments:

  1. dulu keceik2 penah gak p kutip duit raya keliling kampung,,paling sadis dpt duit 5sen..satu sen pon macam penah gak dapat.mungkin makcik tu ingat duit seposen kot..huhu..apa2 pun redho jela..hehe..betoi lyd,dulu tak takut nak jalan jauh2..mak pon xrisau..skrg?jgn harap!nak bagi anak main depan rumah pon serammmmmmmmmmm...(T T)

    ReplyDelete
  2. Dulu dapat RM50 pun dah kira syukur dah. Orang yang dapat atas RM100 tu kira hebat la. Sekrang ni RM50 tu sekali dapat je rasanya. Murah dah nilai duit ni.

    ReplyDelete
  3. wah Luth, beratus tu...
    mari rumah acik...acik cukup seratus..
    haha...

    dok2..acah je..

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang budsk2 memang boleh dsapat sampai beratus lyd

    ReplyDelete
  5. Paling banyak penah kolek duit raya rm30 lbh je kot..huuuuu...dulu xpegi pun beraya umh org dgn kawan2..sbb ma abah xbg..uhuk

    ReplyDelete
  6. a ah kan lyd..
    zaman kt dulu..bebas nk beraya rmh sape2 kan..
    seluruh kmpung tawaf berkumpulan ramai2.. mmg syok sgt.. smpai beg londeh..sbb penuh duit syiling..kan berat.. betul tu..dulu2 dpt rm1 tu waaaaa..aku kayalah jwbnya..dh aiskrim pon 10 sen je time tu...

    skarang lya tgk..xde pon bdk2 dtg jln2 rmh..klo ada pon y dtg dgn family2.. msing sibuk gadget kat tangan.. mcm x nikmati hari raya mcm zaman kita dulu.. huhu..

    ReplyDelete
  7. Zaman saya dulu kalau dapat duit raya RM20 dah kira cukup bagus. Ye lah time tu ABC baru berharga 30 sen, sate secucuk 15 sen. Bila ekonomi negara semakin berkembang nilai duit semakin kecil....

    ReplyDelete
  8. Tingat zaman kanak² beraya. Raya berjemaah ngan kawan². Pusing kawasan kampung. Berpanas pon sanggup. Seronok dapat duit raya banyak. lima ploh hinggit pon dah bersyukur. Bebudak skang dapat duit raya beratus².

    Tapi skang kalau beraya takut nak lepaskan anak² raya sendiri². Risiko amat tinggi jaman skang.

    ReplyDelete
  9. I selalu masa kecik balik raya belah Siam, ingat lagi lepas solat raya jer semua kanak2 berebut beratur depan masjid nnt orang kuar sana akan terus bagi2 kan duit raya, pastu baru gerak dari rumah ke rumah.. haaa modus operandi. sekarang ni takder dah semua tu, kat isni lagi la..apa pun takdak.

    ReplyDelete
  10. sama dengan saya dulu la..duit raya tak de la sampai ratus2 macam budak2 sekarang.dulu 20 ringgit tu kira dah cukup banyak..boleh di canang2...sekarang ni mikhail dengan maisara punya duit raya sampai 2 kali pi bank la sebab nak simpan...duit masa hari raya dengan duit masapi open house..heheh...

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang je cerita kita...masa tu kalau dgr kwn dpt kumpul lebih rm50 pun dah ternganga kita...bestnya dia! Yela, kita family susah..masing-masing pun hulur sikit je kan.

    ReplyDelete
  12. Pagi raya pertama wajib le ke rumah tok empat dulu...
    kat rumah tok empat dapat minum air gas botol kaca....dapat duit raya singgit...dapat makan jeli yang bersalut gula tu...ada kuih raya selain dr semperit dan bahulu...

    ReplyDelete
  13. duit raya yg aku dpt kumpul lbh kurang mcm hang gak la. tp kadang2 boleh cecah rm50-100. tp jarang la.

    ReplyDelete
  14. err...nak komen jugak walau raya dah habis. hahaha. dulu collection duit raya paling tinggi tak cecah seratus pun, tapi nilai duit dulu macam2 boleh beli. terasa macam kaya sekejap...huhuhu

    ReplyDelete
  15. dulu masa kanak2 memg meriah yg amat...tiap pg slps bersalam dgn family mesti pegi tgu tepi masjid sbb lps solat raya nti org masjdi bg duit raya..slps habis kat sini..baru g beraya merata kmpg. Syok...memg meriah, selalu boleh dpt cecah dua ratus

    ReplyDelete
  16. dah tak ingat...tp rasa budak skrg lagi banyak kot?

    ReplyDelete
  17. Zaman kita dulu dengan zaman budak-budak sekarang dah jauh berbeza. Kalau kita dulu niat hati beraya di rumah orang memang sebab nak duit raya pun tapi takdalah terang dan jelas sikapnya. Budak-budak sekarang ni lain macam sikit. Terang-terang beritahu nak duit raya je, tak dapat masuk, minum dan makan kuih raya pun tak pa. Tak jadi kudis pun, janji duit raya jangan bagi sikit-sikit. Kalau bagi sikit memang mereka marked lah rumah kita, tahun depan tak payah beraya lagi :)

    I dulu mewah gak. Adik beradik ramai. Kalau bagi pun memang banyak. Tapi dulu budak kampung sorang ni tak pandai ke hulu ke hilir dalam kampung beraya. So dapat gi kumpul duit kat rumah sedara mara je. Paling best boleh masuk Singapore pergi raya rumah mak saudara dan collect duit kat rumah sepupu yang lebih tua. Itulah memori kumpul duit raya paling indah!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...