Skip to main content

Perkembangan Terbaru? Baca Blog Aku, Aku Malas Nak Explain

Sejahteralah ke atas kamu....

Jangan Nak Perasan Blog Ko Hebat.
Bukan sekali dua aku terasa nak jawab macam ni bila orang tanya perkembangan terbaru aku, "Boleh ko baca blog aku kalau ko nak tau?". Tapi syukurlah perasaan tu aku hanya 'rasa' je nak jawab mcm tu, aku belum betul-betulm tergamak nak jawab gitu. 

Kita ni tu la masalahnya. Teknologi mendorong kita jadi malas bercakap dengan orang. Terutamanya kalau ada blog. Dah explain, cerita panjang x lebar x tinggi dengan details siap buat lawak sikit-sikit yang mana, lawak tu biasanya kita sorang je faham, tetiba ada lagi orang tanya, "Luth dah pandai buat apa dah sekarang"? Waktu gini la perlunya pertimbangan rasional. Ko jangan ingat ko macam Red Mummy, atau Fynn Jamal atau Mat Luthfi yang ramai orang kenal dan setiap kali ko post benda baru, orang rasa nak click. Jangan. Jangan ada perasaan Diva Universal mcm tu. Sbb ko kena sedar diri ko, yang blog ko tu suam-suam kuku je. Malahan, ada orang yang tak sedar pun kewujudan ko di alam maya ni. *point pertama ni aku betul2 tujukan untuk diri aku. Hakhakhak.*


Kalau Ko nak Tau Pasal Aku, Pegi la Gugel.
Satu lagi perosak masyarakat menggunakan teknologi ialah bila ko jumpa kawan lama, kawan lama bertanya pasal pekerjaan ko, atau syarikat tempat ko bekerja, ko suruh dia gugel. "Aku sekarang keja sebagai Senior Manager kat Gigi Karat Sdn. Bhd."... "owh, Gigi Karat Sdn. Bhd. tu syarikat apa"?, tanya sahabat kau itu dengan begitu kudus. "Ko try la gugel, ada jawapan dia kat gugel". 

Dia macam ni la.... kalau kawan ko tu kebulur sangat nak gunakan gugel, lebih baik dia jadi stalker ko je, takyah dia nak bertegur sapa dgn ko bertanya khabar kalau semata-mata nak suruh dia gugel. Kadang-kadang, orang bertanya, bukan sebab betul-betul nak tahu apa pekerjaan ko atau syarikat Gigi Karat mana yang ko bekerja tu. Tapi semata-mata nak cari topik perbualan semata-mata dengan ko, kawan lama kononnya. Benda-benda macam ni sepatutnya kita sebagai manusia, kena faham. Bukan semuanya benda ko perlu suruh orang gugel. Ade fehem?

Comments

  1. Nak tau perkembangan bace lah blog saye.
    Bila tengok blog lama tak 'update'. Maksudnye takde perkembangan la tu hahaha.
    Boleh macam tu?

    ReplyDelete
  2. salam lyd...hehehe...mcm bengang tak bengang ngan someone jer..
    kalau kita biasa bercerita kat blog cam ben ashaari tuh mmg baca kat blog jer lah kesah kehidupan kan...tapi ade jgk part yg kita private kan...

    oklah selamat berpuasa..take care..miss luth..:)

    ReplyDelete
  3. baik saya fehem. hihi.
    ater semuanya dihujung jari itu pasei disuruhnya gugel aje :)

    ReplyDelete
  4. Kira samalah juga Lyd kalau kita tengah sidai pakaian di jemuran tetiba jiran sebelah tanya, 'Tengah jemur baju ke?' . Kalau ikutkan rasa hati yang tengah marah sebab kerja rumah tak siap, memanglah nak marah balik. Tak pun nak sipi-sipi sindir biar si jiran tu tadi terasa hati. Tapi orang bertanya sebab nak buat modal berbual dengan kita. Layankan ajelah walaupun kita rasa - ' apahallah ko ni tanya soalan bodoh, ko tak nampak ke apa aku tengah buat! '

    ReplyDelete
  5. macam marah je lyd?hehe..sabaq byk2 no bulan posa ni..hehe

    ReplyDelete
  6. huhu..garangnye makcik ni..

    untung aku takda sapa tanya khabor (forever alone) huhu..
    ni la zaman teknologi skg lyd..kita dah jadi kurang berkomunikasi secara nyata..blajar nyata, berkawan nyata..tu semua dah semakin hilang..ada apa2 soalan? google kan ade,,haha..

    ReplyDelete
  7. orang berbudi kita berbahasa..tul kan..hihi..
    gajet canggih benor semua benor nak gugel..alahai

    ReplyDelete
  8. biasa nyer kalau ada yg menjawab sruh aku google, biasa nyer aku "bahan" dia balik. hehehe...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum lyd...sabar yer..:)

    ReplyDelete
  10. Sakit hati kan klw ada yg komen camtu.

    ReplyDelete
  11. Mendalam maksud entry ni lyd...hehehe...

    ReplyDelete
  12. kenapa ni kak..bunyinya macam tengah marah jer ni..

    ReplyDelete
  13. Ahaha..kelakar plak baca pasal syarikat gigibkarat tu lyd..kenapa lyd dh macam kurang update ek..busy ke .eh??hehheeh

    ReplyDelete
  14. tu la kan..klu macam abg ben tu lain la..semua benda setiap minit n saat cerita kt blog..ada plak tu org nak baca.haha

    alahai bawak bersabar.hebat sgtkah kuasa gugel smp hubungan berbual mesra jadi begitu gaya.hehe..

    ReplyDelete
  15. itu selalu jawapan saya kepada adik2 bila lama tak berskype atau calling, just that "cek belog jer la, malas nak citer"..boleh? hahahah tapi yang kenal I dan tau I ada belog hanyalah adik beradik saya sahaja.

    ReplyDelete
  16. salam lyd..lama xsinggah sini...
    rindu dh dgn entry luth..nak cari kejap

    ReplyDelete
  17. aiklain macam je topik lyd ni..zaman internet ni semua di hujung jari..kadang2 suami isteri anak-anak nak bercakap apa2 atau berbualpakai wassap je walau masing-masing serumah..

    ReplyDelete
  18. huhuhu...dunia sekarang katanya semua dihujung jari last2 nya terjadi la less communicate T__T

    ReplyDelete
  19. Itulah orang Melayu, terlebih ramah, dah gaharu cendana pulak dah tau bertanya pulak (bertanya banyak2 pulak tu..). Tapi itu suka bertanya kabar itu sekurang2 nya terlebih banyak baik berbanding orang tak nak tanya kita langsung apa-apa pun tentang kita, seolah2 kita yg di depannya tak pernah wujud pun di dunia, itu lebih menyakitkan ye tak...?

    ReplyDelete
  20. Hehe.. xpnh tpikir plok mde y lud kabo ni.. klo tnya pkembangan suh buka blog.. suh google.. hihi..

    Bg lya tlis blog ni just nk simpan memori utk sdri n mna2 info y baik blh di share. Tp bila dh tlis blig ni.. smestinya ada y mbaca jgk.. cuma jdkan komen +ve tu sbg pmangkin smngat. Klo kt bca entri lama.. msti tsenyum smula n cuba imbau saat tu.

    ReplyDelete
  21. Yelah..kdg tu saja tanya sbg pemanis kata. Pdhal boleh je tengok kat profile fb tu, terpapar segala.

    ReplyDelete
  22. err.... ntahnya, tak suka sombong2 jawab jer kan bagus. Kira dah bersyukur sangat kalau ada yang nak bertanya khabar @ perkembangan kita.

    Apa perkembangan terbaru ko...???? thihihi.. :P

    ReplyDelete
  23. dah tu...mananya perkembangan baru? kata suh baca belog :p

    ReplyDelete
  24. salam;
    udah lumrah manusia gitu memang banyak soalan2 yg dh terang2 dh terjwb didepan mata tiap kali bertegur sapa...tapi sebagai manusia sabarr tp tak semua boleh bersabar!!!.

    ReplyDelete
  25. yeehaaa! Sebab tu saya xlayan sangat FB.. tggu masa nk delete je. Kita jarang berjumpa teman in person kebelakangan ni.

    ReplyDelete
  26. Eh, biasanya kalau org tny... jawab je. Xde la srh gugel bagai. Haha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya